Friday, July 24, 2015

Anak Saya Tak Pandai Masak.


Assalamualaikum WBT.

Hah, topik macam best.

Itulah yang Mak Mama sebut dengan Ma masa keluarga Baba datang merisik.

Terkejut! Ingatkan Mak tak akan sebut benda tu, tapi Mama rasa Mak mesti nak berterus terang, mungkin nanti-nanti kalau ada komplen pasal tak makan..kurang-kurang dia dah bagi amaran awal-awal.

Mak sambung lagi.. "tumbuk sambal belacan pun dia tak reti" aduiiii..mmg statement yang pedih aje telinga dengar..malu menimbun-nimbun. Masa tu rasa menyesal, kenapalah dulu tak sibuk nak belajar sama.

Mak teruskan ayat, "Dia anak perempuan seorang, kasut sekolah pun tingkatan 4 baru dia start basuh sendiri. Lipat baju tak pernah, saya memang nak dia belajar aje."

Aduhai.walaupun ayat yang mula-mula tu boleh jadi tak jadi nak kahwin, tetapi ayat last tu benar-benar membuatkan Mama sebak. Sebak mendengarkannya...

Memang benar. Mama adalah anak sulung dan satu-satunya anak perempuan buat Mak dan Ayah. Mama tak pernah diajar untuk membuat kerja rumah, dan Mak hanya membenarkan Mama untuk membaca buku, suratkhabar dan menonton TV. terdetik rasa di hati nak tolong Mak di dapur, tapi memang Mak akan melarang keras. Kalau ada pun, dah tingkatan 4, tolong Mak koyak bawang dan kisarkan dengan blender.

Kasut sekolah? memang Mama tak basuh kasut sendiri. Hari Jumaat balik sekolah, Mama rendam kasut, esok pagi-pagi bangun, kasut dah siap dibasuh. Sudah solat Subuh, pergi dapur, sarapan sudah disediakan.
Itulah Mak..

"Mak nak Aida belajar. Banyakkan baca buku. Ambil tahu pasal isu-isu semasa. Orang yang pandai nanti, dia tak ada masa nak masak pun, kalau kerja bagus, tak pandai masak, makan je kat kedai ataupun gajikan orang masak."
Itulah Mak.

Lagi satu pesan Mak..
"Nanti nak kahwin,cari orang jauh, boleh Mak jalan tengok tempat orang..sekarang Mak nak jalan tak ada duit"

Mak,
Memang Allah beri orang jauh pun kat Aida!!
san Alhamdulillah, banyak kali juga kami dah bawa Mak ke Kelantan dan juga berjalan-jalan, termasuk ke Sabah. Alhamdulillah,

--
Itu selingan..

Ceritanya di sini adalah bagaimana ibu-ibu membentuk peribadi anak-anak. Walau pada asalnya Mak tidak membenarkan Mama membuat sebarang kerja rumah, namun itu bukan bermakna dia tidak mahu anaknya mengambil kesempatan pada kemudahan yang diberi. Walau caranya itu seolah-olah akan membuatkan anaknya ini tak mampu langsung nak menghidangkan makanan buat keluarganya, namun dalam masa yang sama dia mengajar anaknya untuk terus belajar dan menerokai dunia dengan kemudahan yang ada.

Cara Mak mengajar Mama untuk menggunakan kemudahan dengan tidak perlu bersusah-susah.

Tetapi..
nampaknya sekarang, anak2 kita berlebih2 menggunakan kemudahan tanpa reti sedikitpun nak rasa susah..

haihhh.,.
kisahnya?

Gunalah kamus dr Google Translate nak oiiii....


No comments:

Post a Comment