Friday, May 16, 2014

Mama yang octopus..

Assalamualaikum WBT

Salam Sayyidul Ayyam..

Terlambat buat post
Hari ni Mama bz skit...
Pagi hantar Hashimiz ke sekolah..then teman Ma ke klinik dan bawak Ma jalan2..kami ke SACC dan Ma beli tudung kat Turkuaz...
*mode happy dapat happy-kan Ma*
Alhamdulillah.

Setel..zass amik Hashimiz kecik..

So..sampai rumah..amik ayam dalam freezer n thaw-kan..
Tertidur!! **tak sukaaaaa**

Bangun and tengok wahhh..banyaknya keje rumah nak kena buat!!
Amik ayam..rebus..buat Nasi Ayam aje lah..senang kerja.
Tengok jam pukul 2,30 ptg..amik vakum...vakum rumah sampai sawang2 kat siling tu...sekali tgk jam balik..pukul 4!!
Owh..rupanya salah tgk tadi.bukan 2.30ptg..tapi 3.30 ptg okeh!!
Kelam kabut bersiap amik Hashimiz sekolah....
Start enjin keta..dengar satu bunyi...tetetettttt..lambang minyak menyala!!
Haihh..kena isi minyak pulak!!
Okeh...singgah stesen..isi minyak...
Alhamdulillah..siap semua..sampai IISSA pukul 4.25!!
Carik pulak Hashimiz..tak jumpa..haihhh..
Kluar pulak keta...carik diaorg..

LAPAR!!!
Singgah lak kedai mamak jap..
Mama tak sempat nak masak td..gara2 salah tgk jam (ye ke??)
So..makan roti canai buat alas perut..

Sampai rumah...bersilat!!
Nasib baik nasi ayam sonang aje..
SIAPPP!!

Malam ni Balqees Hashim ada geng tdo...her cuz Tihani..
Diaorg janji nak baca buku..
so..Mama nak skodeng..betul ke dia org baca???

Okeh..dah aaa..penat nak menaip..hahah
Special day today kan...


SELAMAT HARI CIKGU!!!!
Jasa kalian tak terbalas, moga Allah meredhai kehidupan kalian dan moga Jannah adalah milik kalian...Aamiin.

Cikgu kesayangan saya : MAK saya!! i luv u Cikgu Mak!!
p/s : harapnya korang dah baca Al Kahfi ye...

Thursday, May 15, 2014

Oh Ibu...

Assalamualaikum wbt..

Salam hari Khamis..

Mama nak sharing something hari ni...lama rasanya tak buat sharing..
Kita jarang dengar Mak Ayah tinggalkan anak2 yang sakit sebab sibuk dengan kerja tapi kita selalu dgr anak2 tinggalkan mak ayah yang sakit sbb anak2 sibuk dgn kerja kan....



Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat. Sebaik selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar :
“Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku?”
Jawab Ibnu Umar : “Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.”


hati begitu sayu
hati cepat tersentuh
namun memang tak mampu nak menarik
cuma doa yang tanpa lelah dipanjatkan
dialah yang dulu kuat
dia jugalah yang dulunya sasa
dia juga yang dahulunya pahlawan
tak pernah rasanya dia mempersiakan
tak pernah juga rasanya dia membiarkan
tapi 
dia seperti dilupakan
hati begitu sayu
hati cepat tersentuh
semakin hari dirinya semakin tidak utuh
semakin saat berlalu semakin pegangannya tidak kukuh...

Aida Ishak 
15052014


“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” [Surah Luqman ayat: 14]


“Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).” [Riwayat Muslim]
p/s : dah call mak ayah?

Sunday, May 11, 2014

Shaklee : Cepat minum Meal Shake!!

Assalamualaikum WBT

Salam kasih sayang semua...
Alololooo..rindu pulak Mama nak menulis.
Macam ala2lama tak kepoci kat sini kan...so..kali ni Mama nak kepoci skit..
buka nak kepoci apa...

Nak ajak korang yang berminat dengan Meal Shake..
hik..hik..hik..

Well,
Dan nama pun SID kan..

Just in case korang nak beli Meal Shake yang tengah sibuk dipromosikan bulan ni..just drop Mama a call/whatsapp..

Promotion sepanjang bulan May 2014, Meal Shake :  Beli 6 percuma 1. Maksudnya..harga untuk 6 canister..tapi korang dapat 7!!



Korang boleh belek2 Label  Meal Shake yang ada kat tepi kanan blog ye untuk mengetahui apa itu Meal Shake..dan memang selalunya ibu2 prihatin mmg akan borong Meal Shake banyak2..

Tak nak panjang cerita..
Kita jumpa bila korang order..
COD available sekitar Shah Alam.

 ---

Shaklee Anyone??
COD - Shah Alam
SMS/Whatsapp 24/7
0192491201


:: RM75 for life and enjoy products at member's price! ::

Life is like a camera...



Life is like a camera

FOCUS on what's important
CAPTURES the good times
DEVELOP from the negatives
But, if it is not work out, TAKE ANOTHER SHOT














saying I WISH







saying I WILL!





Shaklee Anyone??
COD - Shah Alam
SMS/Whatsapp 24/7
0192491201


:: RM75 for life and enjoy products at member's price! ::

















Our never ending song.....





Pengorbanan tanpa syarat
Pemberian tanpa syarat
Pengelolaan tanpa syarat
Perjuangan tanpa syarat

Biar apa yang menanti
Kau tetap teguh berdiri
Dalam satu perjuangan yang tak berkesudahan
Engkau korbankan segala
Tak pernah pinta balasnya
Kau titiskan airmata
Namun tersenyum jua

Dilahirkan sebagai manusia biasa
Tetapi ditabalkan sebagai Ratu
Dia yang menahan sakit demi sebuah kehidupan
Dia yang bersengkang mata demi sebuah kehidupan
Dia yang berpenat lelah demi sebuah kehidupan
Dia yang sentiasa hebat di mata setiap kehidupan 

Allah beri dia
Untukku
Untukmu
Untuk kita semua

Ya Allah
Berikan aku kesempatan
Meraikannya
Memeluknya
Menciumnya
Membahagiakannya
Sepanjang hidupku
Aamiin.


Rindu Mak
Hari2 call Mak pun tak hapus rasa rindu kan...
So, cuba bayang kalau korang dah lama tak call mak korang..
Apa yang mak2 korang rasa..

Sebenarnya Mama bukan nak bebel apa pun..
orang dok celebrate hari ni as Hari Ibu..
cuma buat Mama..
up to korang untuk meraikan dalam satu2 masa..tapi bagi Mama, mereka WAJIB diraikan hari2..bukan hanya pada satu hari.
Jangan jadikan alasan sibuk untuk tidak meraikan mereka..
Jika korang sibuk pun..tak kan tak mampu nak spend RM2 sehari untuk tanya khabar mak2 korang melalui telefon kan..kita adalah kita sekarang juga adalah antara doa mereka....


Friday, May 2, 2014

Diva nak exam??!!

Salam Jumaat Sayyidul Ayyam.

Sekejapnya dah bulan lima..dan dah masuk rejab dah pun..2months till Ramadhan, insya Allah.

Last wednesday, Mama dapat letter from Restukids..diaorg akan conduct the mid year exam starting from 5th-9th May!!!

Ya Allah...
Nervous!

Aiman Hashim mcm x berapa neves sangat...tapi....neves kat Aness Hashim!!

Terbayang muka yg x de perasaan bila suruh belajar dan gerak gaya manja2 gitu bila disuruh buat homework!

"Adek penatlah! Mama tolong peganglah tangan Adek nii"

"Tak buat pun x apa..nnt Adek buat kat sekolah dengan teacher"

"B-A..BA...B-A..BA..baba.. haaa..kan dah pandai.." tutup buku and sambung main. (Yg tu je yg dia eja..hahaha)

"Adek meh sini tunjuk Mama mana huruf A?
"Yang ni..yg ni...yg ni...haaa..semua huruf A!!" Dia tunjuk pada semua huruf

Amacam??
Walaupun tau dia hanya 4 tahun..
Tapi...
Dia nak kena pegi exammmmmm!!!

Huwaaaa......😂😂😂

Oh ye..jgn lupa baca Al Kahfi ye kawan2...

Thursday, May 1, 2014

Studio Hati : Definisi Bahagia




Bila manusia mengejar wang untuk bahagia
Bahagia hanya dirasa bila berwang
Sedangkan bahagia bukan bila kita ada
Tapi bila kita membawa satu 'rasa' dalam hati

Bahagia adalah satu rasa yg boleh diberi tanpa sendiri merasa






Alangkah kasihannya seorang ayah yang terpaksa bekerja keras untuk menaik tarafkan ekonomi keluarga, tetapi tidak bekerja keras untuk memastikan sahsiah isi rumahnya sentiasa dinaik tarafkan.

Alangkah kasihannya seorang ibu yang terpaksa mengorbankan masa terbaiknya untuk merebut nikmat dunia sedangkan keluarga yang diamanahkan masih terumbang ambing untuk meraih betapa pentingnya redha Allah dan kenikmatan syurga.


Aida Ishak
1.5.2014
Shah Alam

Selamat, Hari Tak Kerja

Assalamualaikum WBT

Hahahah...

Maaf ye..
Bukan laaa Mama tak nak wish hari ni Hari Pekerja...saje je..kan..walaupun hari cuti..tapi kan..kita tetap kena kerja...huwaaaa

Tapi mmg selamat laa..sbb hari ni tak jem...
Orang2 pantai timur dan johor seronok laa..sebb cuti bersambung sampai sabtu..jeles..jeles..

Tapi Alhamdulillah berita gembira buat org Selangor. Sebab catuan air dah stop..YAY!!!!


Lunch Mama masak udang goreng ngan oats dan gerut2 masak kicap pedas..sayur tak de..sbb Mama malas nak turun kat kedai bawah ni...

Dinner??
Hahahahah...
Kami makan durian je..

3 ulas sorang..ok laa tu...kihkihkih

Ok lah kengkawan...Mama nak tarah lagi sedikit bukit kain..
Tadi pagi tarah separuh...ni ada 2paruh lagi..huwahuwahuwa...

Jumpa esok, InsyaAllah




:: TRUE HAPPINESS LIES IN THINGS MONEY CANNOT BUY ::