Showing posts with label Hadith. Show all posts
Showing posts with label Hadith. Show all posts

Friday, October 10, 2014

Keep Calm, It's Friday ;D


Assalamualaikum WBT

Salam Sayyidul Ayyam!!




Hari yang Alhamdulillah cerah dan panas walau dalam keadaan yang agak berjerebu..kan..

Nak share something...

Satu ciri penting yang memeta seseorang kepada kejayaan adalah bagaimana dia menangani kegagalan.
Seseorang yang akrab dngan kegagalan sering meletakkan punca kegagalan atas bahu orang lain.
Manakala seseorang yang Allah anugerahi kejayaan sebenarnya menjadikan kegagalan sebelumnya sebagai satu momentum untuk bangun dan terus mendaki.

Dan...bersempena dengan hari Jumaat hari ni..harapnya tak ada antara kita gagal untuk menghabiskan Surah Al Kahfi dan amalan2 sunnah yang lain..

UZAR pun ada pesan..

Hari Jumaat, adalah hari yang terdapat waktu istimewa doa untuk lebih mustajab. JANGAN ABAIKAN waktu-waktu ini.
Waktu pertama : ketika imam mula duduk di atas minbar sehingga solat Jumaat. Kedua : Selepas waktu Asar berdasarkan hadis Nabi
يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر
Erti : Hari Jumaat ada 12 bahagian masa yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR" (hadis riwayat Abu Daud- hadis sohih)

Okeh..
Jumpa lagi lain kali, Insya Allah.

Luv,
Igloomama

Monday, September 8, 2014

Islamic Online University

Assalamualaikum WBT

Okeh..Mama nak share something...





Ada diploma courses for FREE..
Nak tambah ilmu..best! Pastu ada test..
So..korang boleh laa tinjau2 ye..


Luv
Igloomama
Shah Alam


Saturday, July 12, 2014

Allah Al Musta'an

Assalamualaikum

Salam 14 Ramadan

Mama tak perasan yang hari ni sudah Ramadan 14,
Cepat masa berlalu kan..

Rutin harian di bulan Ramadan juga berubah pola. Sekolah pun awal pulangnya dan cabaran dengan anak-anak yang baru belajar memahami kaedah berpuasa memang sedikit sebanyak merenggut masa Mama (tak nak mengaku dah tua n mudah lupa :D)

Hashimiz yang berusia 9, 8, 6 dan 4 tahun masing2 perlukan perhatian Mama dan kadangkala mereka minta lebih daripada 100% (ye ke?). Dan bulan Ramadan ini nampaknya membuatkan Mama perlu bekerja lebih dengan target diri sendiri - untuk TIDAK membeli sebarang juadah berbuka puasa dan berbuka seadanya tetapi MESTI memenuhi kesemua keperluan diet Hashimiz yang seleranya berlainan.

Cabaran seterusnya adalah untuk memastikan Hashimiz sentiasa berada dalam 'mood' yang baik, supaya segala aktiviti yang menjadi santapan rohani dan jasmani mereka berlangsung tanpa gangguan. Walau ada sedikit-sedikit yang mengelat..ihihih (biasalah kan...)

Dan yang sedang berlangsung sekarang di mana Mama perlu mengambil alih sebentar watak utama dalam keluarga. Ketika watak utama tersebut hanya dapat berlintas langsung dalam sela waktu yang tertentu sahaja. 2 in 1. (Yang ni tak boleh ngelat ye....)

Sifir mudah dalam keadaan ini yang mungkin dapat Mama rumuskan..

1) Baca Al Quran + Berzikir = Tenang

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…”

(Al-Baqarah: 185)

2) Sabar + Syukur = Tenang

" iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" ( surah Ar-Ra'd ; 28 )

"Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, kerana segala perkaranya adalah baik. Jika ia mendapatkan kenikmatan, ia bersyukur kerana (ia mengatahui) bahawa hal tersebut adalah memang baik baginya. Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan, ia bersabar kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut adalah baik baginya." (HR. Muslim)

Allah Al Musta'an

Igloomama
Shah Alam

Monday, July 22, 2013

Berusahalah!! Berdoalah!! Bertawakalah!!

Assalmaualaikum WBT

Mama tertarik dengan sepotong Hadith :-

"Wahai anak Adam, hendaklah kamu meluangkan waktumu untuk beribadah kepadaKu. Aku akan penuhi dadamu dengan kecukupan, Aku akan tutup kefakiranmu. Kalau kamu tidak melakukan, aku akan penuhi kedua tanganmu dengan kesibukan dan aku tidak akan menutupi kefakiranmu."
Hadith Sahih : Ibn Majah, Tirmidzi & Ibn Hibban.



Dan juga yang ini :-

Zaid bin Thabit melaporkan :-
“Sesiapa menjadikan dunia itu sebagai puncak tujuan, maka Allah akan cerai-beraikan urusannya. Allah akan jadikan kefakiran itu ada di depan dua matanya. Dan dunia itu tidak akan datang kepada, melainkan apa yang Allah tuliskan. Dan siapa menjadikan akhirat sebagai tujuan. Allah akan satukan urusannya. Dan Allah akan jadikan kecukupan di hatinya. Dan dunia itu akan datang kepadanya walaupun dia tidak mengharapkan.”
Hadith Sahih : Ahmad, Ibn Majah, Ibn Hibban, Darimi & Baihaqi



So..
Doa lah..mintalah pada Allah...

Jom, berdoa..doa orang yang berpuasa Allah makbulkan, Insya Allah!

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara.

Friday, March 29, 2013

Jumaat dan Surah Al Kahfi

Assalamualaikum WBT...

Salam Sayyidul Ayyam...
Alhamdulillah..berjumpa sekali lagi kita dengan hari Jumaat yang barakah...entah sempat atau tidak kita berjumpa dengan Jumaat depan kan??

Dah baca surah Al Kahfi? Hari ni kan hari Jumaat...sunnah untuk kita membaca Surah Al Kahfi...


 :عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ 
"إِنَّ مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ“


Daripada Abu Sa’id al-Khudri Radiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari oleh cahaya di antara dua jumaat. [HR al-Hakim di dalam al-Mustadrak: 3320, Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih, lihat Sahih al-Jami’: 6470]



Banyak lagi kelebihan yang boleh kita perolehi dengan membaca Surah Al Kahfi...boleh lihat link ini kalau nak tahu lebih lanjut...
Selain daripada membaca Surah Al Kahfi, banyak lagi sunnah-sunnah yang Rasulullah SAW anjurkan untuk kita sebagai umatnya lakukan...sayangnya Baginda pada kita kan??? 
Selamat berhari Jumaat semuaaaaaaa.....

Sayang Jumaat..
iGLooMaMa
Shah Alam
COD Shaklee area Shah Alam dan USJ.
SMS/Whatsapp @0192491201