Thursday, September 9, 2010

Esok hari raya...

Salam buat semua..

Eid menjelma lagi
Tanda kemenangan berpuasa sebulan
Sedih dan gembira bercampur
Sedihnya tatkala Ramadhan bakal melabuhkan bahtera
Yang entah berjumpa lagi atau tidak
Gembira pabila Syawal menjelma
Bukan kerana boleh makan selalu
Tapi kerana masa inilah ahli keluarga
Berpeluang bertemu mata
Berjabat Salam
Berpelukan
Meminta maaf
Tua muda miskin kaya
Sama-sama beraya

Bagi Mama tahun ni..
Alhamdulillah...peluang beraya bersama keluarga mentua
Kelantan destinasinya
Apa nak masak??
Nak buat Nasi Dagang
MIL dah x berapa larat
So, Mama nak pi singsing lengan
Buat roti tempayan..ihihihihih
Tolong apa yang patut

Tahun depan turn Mama pulak ye..
Make sure raya Johor seminggu gak
Insya Allah..
Kalau umur pun panjang
dan diberi kesihatan yang baik
Hajatnya nak beraya bersama keluarga di JB
Nnt kita masak sama2 ye Mak, Cik, Mak Uda & Mak Usu
Lama x bersua muka
Rindu x terkata
Last raya di JB tahun 2003
Huhuhuh....
Ok..tahun ni x de kad raya...x de mood nak buat kad raya sebab x de gambo2 yg menarik nak share..plus teringat air mata Ayah yang bergenang masa balik last week..tahun depan kita raya kat Johor insya Allah..
tapi..ucapan tu ada..

Buat semua follower & one-stop reader,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf atas segala kesalahan ya telah Mama lakukan...

Buat tokey2 resepi,
Mintak halal semua resepi2 yg tlah dimasak n masuk perut..
Selamat Hari Raya walau di mana anda berada..esp yg dok di luar kawasan tu ye.. :p

Ok semua..Mama nak start memecut niiii....sementara dak kecik ni enak dibuai mimpi...

Eid Mubarak
iGLoo MaMa
Pasir Mas