Assalamualaikum WBT
Awak buat apa kalau anak2 awak notti?
Serius payah nak jawab soalan ni.
Saya dapat banyak soalan mcm ni. Mungkin sbb saya slalu share dlm fb kisah saya dan Hashimiz.
Sharing hanya sekadar kisah. Mungkin saya perolehi ilmu baru menerusi komen yg baik2..dan mungkin juga saya dapat mendengar cerita kawan2 yg mungkin mempunyai kisah yang sama dgn saya.
Tapi bila kwn2 minta saya jawab soalan ni...saya susah nak jawab.
Zaman kita dulu..kita sangat takut dgn mak ayah kita. Pendek kata..rata2 kita dibesarkan dengan herdikan, pukulan, pulasan, ugutan. Namun, kita tidak melihat perbuatan mak ayah kita sebagai satu hukuman melampau jauh sekali penderaan. Kita melihatnya sebagai agen penyampai nasihat walaupun berbirat kulit. Kita tidak menyimpan dendam mahupun membenci mereka. Kita bangun dengan pukulan dan ugutan. Kita bangkit dengan cubitan. Kita sedar dengan beberapa sesi hambatan larian keliling rumah. Kita insaf apabila dikurung.
Adakah ianya sesuai dgn anak2 kita sekarang?
Tentunya tidak.
Beberapa tokoh Islam seperti Syaidina Umar Al-Khattab mengatakan :
"Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau. "
Justeru..
Kita sendiri lebih memahami anak2 kita.
Mereka dibesarkan menerusi acuan yang ada pada kita.
Kita yang mereka ada untuk memandu dan kitalah yang perlu betul at first sebelum betulkan diaorg.
Dan, sebelum melakukan sesuatu, ingat satu..dia punya perasaan dan dia amanah Allah.
So, jawapan saya..
Tepuklah dada sendiri dan dapatkan cara sendiri yang terbaik buat khalifah2 Allah itu.
Saya percaya, setiap anak punya satu titik lemah mereka dan mereka akan menerima nasihat kita andai kena gayanya. Jaga hubungan dengan Allah, insya Allah, Allah akan menjaga kalian anak beranak.
p/s : ada time..Hashimiz dicubit. Tapi..selalunya mmg Mama suka bebel
love
IglooMama
Shah Alam

No comments:
Post a Comment