Wednesday, April 30, 2014

Petua Hilangkan Kesan Hitam

Assalamualaikum WBT

Meh..meh..Mama nak share skit petua org dolu2...
Simple aje..





1. Untuk kurangkan/hilangkan kesan hitam di ketiak, leher ataupun celah paha.

Bahan2nya
Kapur sireh dan sebiji limau nipis.

Cara2nya
Campurkan kapur dengan perahan limau nipis hingga sebati dalam satu bekas atau piring. Sapukan campuran tadi kat kawasan ketiak anda. Biarkannya lebih kurang dalam 15 minit. Lakukannya selepas mandi dan amalkan setiap hari selama seminggu..pastu ulang selang sehari minggu berikutnya.
Insya Allah..bukan setakat hitam tu kurang..ketiak pun mcm tak berbau lagi..
Boleh apply kat leher dan celah paha..tapi kalau adaluka atau melecet..atau ada rasa pedih..stop and bilas..try lenkali pulak..


2. Untuk hilangkan kesan daki di kolar baju

Bahan2nya
Cuka dan soda bikarbonat

Cara2nya
Campurkan cuka dengan tepung penaik (baking soda) dan lumurkan pada bahagian pakaian. Biarkan beberapa minit sebelum dicuci.


3. Untuk hilangkan lingkaran gelap di bawah mata

Bahan2nya
Lemon dan air suam

Cara2nya
Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata dua kali sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.


4. Untuk hilangkan titik hitam dalam hati

Bahan2nya
Mahu, Tahu, Kita

Cara2nya
Taubat

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya satu titik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” ( HR Ibn Majah )

Dosa adalah penyebab titik-titik hitam di hati.Kita pula tak terlepas dari melakukan dosa.Dan Rasulullah sudah pun bagitahu kita cara untuk menghilangkan titik hitam di hati iaitu dengan bertaubat.InsyaAllah dengan taubat kita setiap hari, hati kita akan bersih dari noda dan dosa.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”(HR Bukhari)

Hati lah yang menentukan baik atau jahat seseorang itu.Hati yang baik lah yang memain peranan menggerakkan anggota badan dan pancaindera lain melakukan kebaikan.

----

memberilah ketika hidup

Aida@Igloomama
Shah Alam

1 comment:

  1. untuk kolar baju saya biasa pakai pencuci ajaib ni :)

    anda nak tahu apa pencuci ajaib ni boleh buat dengan rumah anda????
    klik sini! ---->> http://www.rashidahjuhari.com/2015/02/pencuci-ajaib-serbaguna-mencuci-bukan.html

    ReplyDelete