Saturday, July 12, 2014

Allah Al Musta'an

Assalamualaikum

Salam 14 Ramadan

Mama tak perasan yang hari ni sudah Ramadan 14,
Cepat masa berlalu kan..

Rutin harian di bulan Ramadan juga berubah pola. Sekolah pun awal pulangnya dan cabaran dengan anak-anak yang baru belajar memahami kaedah berpuasa memang sedikit sebanyak merenggut masa Mama (tak nak mengaku dah tua n mudah lupa :D)

Hashimiz yang berusia 9, 8, 6 dan 4 tahun masing2 perlukan perhatian Mama dan kadangkala mereka minta lebih daripada 100% (ye ke?). Dan bulan Ramadan ini nampaknya membuatkan Mama perlu bekerja lebih dengan target diri sendiri - untuk TIDAK membeli sebarang juadah berbuka puasa dan berbuka seadanya tetapi MESTI memenuhi kesemua keperluan diet Hashimiz yang seleranya berlainan.

Cabaran seterusnya adalah untuk memastikan Hashimiz sentiasa berada dalam 'mood' yang baik, supaya segala aktiviti yang menjadi santapan rohani dan jasmani mereka berlangsung tanpa gangguan. Walau ada sedikit-sedikit yang mengelat..ihihih (biasalah kan...)

Dan yang sedang berlangsung sekarang di mana Mama perlu mengambil alih sebentar watak utama dalam keluarga. Ketika watak utama tersebut hanya dapat berlintas langsung dalam sela waktu yang tertentu sahaja. 2 in 1. (Yang ni tak boleh ngelat ye....)

Sifir mudah dalam keadaan ini yang mungkin dapat Mama rumuskan..

1) Baca Al Quran + Berzikir = Tenang

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…”

(Al-Baqarah: 185)

2) Sabar + Syukur = Tenang

" iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" ( surah Ar-Ra'd ; 28 )

"Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, kerana segala perkaranya adalah baik. Jika ia mendapatkan kenikmatan, ia bersyukur kerana (ia mengatahui) bahawa hal tersebut adalah memang baik baginya. Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan, ia bersabar kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut adalah baik baginya." (HR. Muslim)

Allah Al Musta'an

Igloomama
Shah Alam

No comments:

Post a Comment