Monday, February 3, 2014

Oh Kelemumur...

Assalamualaikum WBT.

Jom-jom..
Belek2 story pasal kelemumur..
Sambil garu-garu kepala tu...hiihihhi



Kelemumur adalah pengelupasan berlebihan sel-sel kulit mati dari kulit kepala. Kelemumur bukan organisma seperti kutu, tetapi hanya kulit mati yang terkumpul pada kulit kepala. Sel-sel kulit mati dan mengelupas adalah perkara biasa dan normal. Tetapi pada sesetengah orang ia menjadi berlebihan. Apabila disertakan dengan kemerahan dan kerengsaan kelemumur boleh menjadi gejala dermatitis seborrheic atau psoriasis.

Ramai orang percaya bahawa kelemumur adalah disebabkan oleh kulit kepala kering. Walau bagaimanapun, kelemumur juga ditemui di kulit kepala berminyak. Lapisan minyak berlebihan pada kulit kepala boleh kering, menebal dan menjadi serpihan dalam bentuk kelemumur.

Seborrheic dermatitis biasanya menunjukkan simptom gatal-gatal, kulit kepala berminyak atau kulit kepala kering, gatal dan berkeruping. Keadaan ini disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.

Bagi wanita yang kurang mencuci rambut juga mudah mendapat masalah ini. Jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.

Ada sesetengah wanita menghidap masalah psoriasis yang merupakan sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan. Keadaan ini biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala. Penghidap penyakit kulit ekzema juga biasa mengalami kelemumur.

Bagi wanita yang mengalami masalah sensitif pada sesetengah produk rambut akan menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Sebenarnya terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.

Nak try petua2?

Jom belek lagi...

1. Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejenak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali hilang.

2. Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat. Campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu, ditapis lalu usaplah air tadi ke kepala anda yang ada kelemumur. Lalu bilas dengan air biasa.

3. Ambil sebiji limau nipis, kemudian belah 4. Basahkan rambut anda. perah air limau tadi dan ramas diatas kepala anda beberapa minit. Selepas itu bungkus rambut anda dengan tuala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian basuh rambut anda dengan syampu. Lihatlah hasilnya dalam seminggu. Hasilnya pasti memuaskan anda.

4. Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampu yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah

5. Ambil semangkuk daun inai. Tumbuk inai tu sampai halus. Basahkan rambut anda dengan air dan lumurkan inai tadi kat atas kepala. Bungkus rambut anda dengan plastik pembungkus rambut. Pakai "shower cap" pun boleh. Biarkan rambut anda berbungkus selama 30 minit. Akhir sekali, basuh rambut anda tu dengan air bersih. Insya Allah kelemumur anda mampu hilang dalam tempoh seminggu.

6. Bertukar dengan rangkaian jagaan kulit kepala dan rambut Prosante daripada Shaklee. Info lanjut click sini



Hihihihih...jangan mara aaaaaaa....
Tapi insya Allah berkesan...tak cuba tak tau.. :D

Order Shaklee dengan Mama??
COD sekitar SHAH ALAM
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201

No comments:

Post a Comment