Saturday, August 30, 2014

Kata-kata indah dan bahayanya..

"Terbang,
Terbang tinggi walau tanah di kaki,
Kan ku cari langit"


Sedap kan??

Assalamualaikum WBT semua...

kat atas tu petikan lagu baru Yuna..tajuk lagu..LANGIT.

Mama memang suka kalau dengar bahasa-bahasa puitis ni...masyukkk aje rasanya...


Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Yang ni pulak lirik Arjuna Beta, dendangan Fynn Jamal.

Masya Allah bakat diaorg dalam penulisan sangat-sangat unik. Tak nak ambilpusing pasal irama dia..tapi lentuk gaya penulisan mmg menyentuh kalbu..,,

Ye..Mama memang suka menulis..tapi tak berapa pandai..tapi memang Mama suka baca penulisan kreatif yang puitis2 ni...

Tapi..kena bataskan juga kreativiti kita dengan bahasa ni..

Mama pick Fynn Jamal punya lirik juga..
(maaf ye)

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Kena berjaga-jaga dengan kata-kata indah yang kita tulis. Takut kita terjerumus dengan syirik atau perkataan2 yang boleh menjerumuskan diri kita dalam "dot..dot..dot"

Lebih indah rasanya jika ayat itu ditukarkan kepada :

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
Allah sentiasa ada
takkan engkau tercela


Love you all
Igloomama
Shah Alam.

Kisah Cinta Ulung

Assalamualaikum WBT

Jatuh cinta dengan ayat-ayat ini...





Hubungan kita dengan Allah ialah sebuah kisah cinta

Ulangilah kata-kata cinta kita kepada Allah dengan sentiasa membasahi lidah dan hati kita dengan kalimah suci Al Quran dan Zikrullah.

Buktikanlah rasa cinta kita dengan amar ma'ruf dan nahi mungkar

Prof Tariq Ramadan



Friday, August 29, 2014

Studio Hati : Selagi Hidup..



Assalamaualaikum WBT







Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang, tetapi berusahalah untuk tidak menyakiti hati mereka walaupun di saat hati kamu disapa kesakitan.

Studio Hati : Kerana Dirimu Seorang Lelaki...




Kerana dia seorang wanita
Pada dasarnya lembut
Pada dasarnya gemalai
Pada dasarnya lemah
Pada dasarnya memerlukan

Kerana dia seorang wanita
Pada hakikatnya kasar 
Pada hakikatnya tegas 
Pada hakikatnya kuat
Pada hakikatnya diperlukan

Kerana dia seorang wanita
Dia tak boleh lemah bila dia perlu mengasari jemari mengurusi rumah.
Dia tak boleh gemalai pabila dia perlu bertegas mendidik anak-anak.
Dia harus kuburkan kelemahan demi menguatkan sebuah ikatan.
Dia tidak boleh terus memerlukan kerana dia sangat diperlukan.

Kerana dia seorang wanita
Dia punya sekeping hati
Yang kadang merasai lebih
Walau bibir senyum melirik
Yang ada masanya pedih
Walau tawanya mengekek
Yang dalamnya sudah rebah
Walau di luar nampak tabah 

Kerana dia seorang wanita
Jangan disentuh hatinya dengan senjahan
Jangan diganggu hatinya dengan kesedihan
Jangan diusik hatinya dengan sindiran
Jangan direnggut hatinya dengan kesangsian

Kerana dia seorang wanita
Sentuhlah hatinya dengan belaian
Usiklah hatinya dengan kegembiraan
Hiburkan hatinya dengan pujian
Cuitlah hatinya dengan kepercayaan

Kerana dirimu lelaki
Percayalah
Tak rugi kata-kata
Tak hilang kuasa
Tak lari hebat 
Bila wanita dijaga hatinya

Aida Ishak
Shah Alam 

Thursday, August 28, 2014

Studio Hati : Hikmah Musafir




Memandang, menikmati, melewati dan mengambil ibrah
Detik ke detik berlalu dalam waktu
Waktu di mana aku masih dia yang dulu
Cepat sekali senja mendatang sedang tadi mentari bersinar riang




Safar membuat diri lebih mengenali dan mengerti
Akan alam, akan manusia
Alam yang auranya berbeda
Manusia yang tersiratnya tersurat

Moga Allah sentiasa memeliharaku
Di waktu aku masih dia dan di waktu aku menjadi kamu.
Aamiin.

Aida Ishak
nukilan musafir solo Segamat-Shah Alam
27 Ogos 2014

Saturday, August 23, 2014

Mengingati MH17

Assalamualaikum WBT

Berkali-kali timeline FB di scroll ke atas dan ke bawah. Kesemuanya berkenaan dengan Istiadat Penerimaan dan Pengebumian Jenazah Mangsa2 MH17 yang menyayat hati.




Mama masih kurang kuat untuk membaca kesemua cerita mengenainya. Masih belum cukup gagah untuk membuka video-demi video yang dishare..bukan kerana tak mahu ambil pusing, tetapi kerana hati tak sampai.

Sekeping gambar seorang anak duduk menangis di sebelah keranda ibunya, cukup membuatkan Mama berhujan lebat di dalam kereta semasa menunggu Hashimiz pulang sekolah. Hashimiz bertanya kenapa Mama menangis beria2?

Semasa Ayah meninggal, kerap kali Mama mencium pipi Arwah Ayah sebelum Ayah dikebumikan. Itu adalah saat paling sayu dan paling berharga kerana ianya adalah kali terakhir. Lepas ni tak ada lagi sesi mencium pipi Ayah seperti biasa. Itu lah yang Mama bayangkan apabila menatap gambar anak itu. Dia ingin mencium pipi ibunya, buat kali terakhir...ye..kali terakhir.

Anakanda, 
Ketahuilah sayang 
Allah lebih mengetahui segalanya
Allah ada untuk menjagamu
Jadilah dikau anak yang soleh
Supaya ibumu mendapat saham bersama
Supaya nanti erat tanganmu memimpinya bersama ke syurga, Insya Allah.

Tangisanmu di dunia
Insya Allah gembiramu di Jannah
Selagi mana kehidupanmu diredhaiNya

Ye..
Mati itu pasti..pasti..pasti!!
Jadi,
Sedia...sedia...sedia!!
Nak carik,
Redha...redha...redha Allah!!

#RememberanceMH17

MH17,
Dikau di hati segenap rakyat Malaysia..

Igloomama
Shah Alam

Wednesday, August 20, 2014

Jangan laaa sedih.....

Assalamualaikum wbt

Mama tgh tolong Haarith Hashim buat homework..google punya google...jumpa gambar comel nih...ihihihi




ye..baiklah...
(comel sangat....tak jadik nak sedih..hhihihi)

Cheer up!!
We have the ability to endure all the trials in life coz Allah does not burden a soul above it's capacity

So,,
Dont Be Sad okeh!!

Igloomama
Shah Alam

Palang...oooo...palang...

Assalamualaikum WBT

Salam pagi Rabu...

"krek...kekkk..KEKKK....KEkkkkkkkkk!!!"

Black Bug di brek. Pemandunya keluar, hati berharap agar Black Bug-nya tak ada apa2 kerana bunyi tadi. 
Sangkaannya meleset. beberapa kesan calar yang ketara, juga lekukan yang tak sikit. Pemandu mengurut dada, mengungkap istighfar bagi menenangkan diri. 

"Maaf Encik, mesin tu memang problem."
"Ni macam mana cerita ni??"

Supervisor keluar dan berbincang dengan pemandu. Kedua-duanya nampak mencapai kata sepakat, walau nampak kerut di muka pemandu. 

Co-driver pun keluar, meninjau-ninjau Black Bug kesayangan. Luluh melihat ianya cedera. Masuk kembali, memujuk diri dan hati.

---

Itulah manusia. Apa yang dimiliki bila dicalari memang membekaskan perit kat hati. Akal cuba untuk berfikir positif dan memujuk hati supaya berkompromi, namun tak semua situasi hati mahu bersama-sama meredhai.

---

Kisah benar.

Ujian kami hari ini.

So, siapa2 yang pergi ke Oasis Square di Ara Damansara, berhati-hatilah ketika melalui palang keluar dari parkir - lane yang sebelah kiri sekali. Palang tu ada masalah teknikal..mungkin stress, so dia ketuk bumbung kereta orang

Allah Al Musta'an

Igloomama
Shah Alam

Tuesday, August 19, 2014

Lepaskan...

Assalamualaikum WBT


Ada hati yg bertegas mahu
Ada hati yg berbicara perlu
Ada hati yg bertanya lagi 
Ada hati yg bertekad pergi

Ada rasa yg masih jitu
Ada rasa yg kekal di situ
Ada rasa yg sipi-sipi
Ada rasa yg mahu lari

Ada akal yg diguna elok
Ada akal yg dipakai pelik
Ada akal yg diputar balik
Ada akal yg dilontar tak ditarik

Terima lah andai itu takdirnya
Andai itu jodohnya
Andai begitu keinginannya 
Andai di situ titik nokhtahnya

Melepaskan lebih bererti..



Igloomama
Shah Alam.