Friday, October 31, 2014

Anak, Bukan Kasih Semusim.






Anak-anak yang halus mulus wajahnya menampakkan mereka sangat tulus dan lurus dalam menangani kehidupan.
Mereka menerima sahaja apa pun yang dilakukan terhadap mereka dengan harapan apa yang mereka terima itulah perhatian yang mereka dambakan.

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia” (Al Kahfi: 46)

Lantaran wajarkah seorang ibu menolak anaknya sehingga terjatuh kerana mungkin kelakuan anaknya sumbang di matanya?
Atau layakkah anak-anak diherdik dan dimarahi dengan kata-kata yang kita sendiri tak sanggup mendengarnya?
Atau tergamakkah seorang ayah membiarkan isteri dan anak-anaknya dibasahi hujan untuk ke sekolah sedang dia asyik merokok yg jika disimpan jumlahnya boleh membelikan sebuah kenderaan yang bisa memberi kemudahan buat orang-orang yang berada di bawah tanggungannya?

Yang pasti, anak itu jika ditakdirnya pergi dahulu, maka syurga yang telah Allah janjikan buatnya sedang ibu? Sedang ayah?

Jangan letakkan ajinomoto dalam perasaan kasih sayang wahai ayahanda, bonda. Berikan yang asli, yang datang dari hati, bukan yang diletakkan terlebih asid ataupun alkali. Congaklah agar sifir dua kali lima tetap sepuluh dan bukannya tujuh.

Aduhai ibu ayah, kalian akan tua satu hari nanti dan kalian juga memerlukan anak-anak memberikan perhatian sewajarnya buat kalian. Cukuplah untuk kita mendengar kisah ibu ayah yang terpaksa merempat sana sini kerana anak-anak yang tidak berterima kasih. Cukuplah dengan statistik yang ada kerana mendera dan diderai. Kasihanilah akan diri sendiri yang semakin singkat jelajahnya di muka bumi ini.

Anak-anak pada zahirnya lebih arif menggunakan matanya, daripada telinganya. Andai anda tidak meletakkan diri anda sebagai simbol kebenaran, jangan marahkan mereka jika mereka menjadi simbol kebatilan. 

Maka ingatlah kalian dengan amanah Allah ini. Didiklah mereka menjadi 'abd kepada Allah bukan abdi buat ibu ayah. Solehkan mereka dengan kesolehan mu, bukan dengan ke'toleh'an mu. Asuhkanlah mereka dengan ilmumu, bukan dengan emosimu. Raikan mereka, Insya Allah, meraka akan meraikanmu.


يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾
Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku (Al-Fajr [89]: 27-30).

Hari-Hari Biasa Seorang Mama
Aida Ishak
Shah Alam

Thursday, October 23, 2014

Bila Kurus, Kalau Gemuk

Assalamualaikum WBT



Jika suka dinilai pada kurus
Bila gemuk, duka menyapa.
Jika cinta diukur pada kurus
Bila gemuk, hilang tawa.
Jika kasih dililit pada kurus
Bila gemuk, pudar serinya.
Jika rindu dikurus, bila gemuk?

Andai suka dinilai kurus
Maka gemuk, pengubat duka.
Andai cinta diukur kurus
Maka gemuk, pengukur tawa.
Andai kasih dililit kurus
Maka gemuk, penambah serinya.
Andai rindu dikurus, maka gemuk?

Jika suka kurus nilainya
Maka duka datang, mengundang gemuk
Jika cinta kurus ukurannya
Maka tawa hilang, mengundang gemuk.
Jika kasih kurus lilitannya
Maka seri kurang, mengundang gemuk.
Jika rindu kurus, siapa gemuk?

Aida Ishak
Shah Alam.

Nilai suka, cinta, tawa, rindu seorang isteri, suami, sahabat, ibu, anak bukan diukur pada fizikal, hartanya ataupun hebatnya dia di dunia,
Nilainya terletak pada mana tangan yang memberi dan pada mana tangan yang memimpin ke arah keredhaanNya.

Luv
Igloomama
Shah Alam

Wednesday, October 15, 2014

Samar dalam Cerah






Nikmat kehidupan yang selalu kita rasa tak cukup sebenarnya hanya perasaan yang mengaburi minda dan mematikan hati.

Sedar sakit bila terhantuk membuatkan kita cuba untuk tidak mengalah pada kehidupan yang kononnya hanya cukup-cukup.

Bila semakin diusaha semakin diberi, kita menjadi riak dengan amalan sendiri dan cuba menjadikan ia seakan sunnah yang wajib dituruti, rukun untuk resepi rezeki.

Percaya itu, percaya ini, sedang diri tahu percaya Allah adalah hakiki.

Koreksi diri, koreksi hati, koreksi amali. 
Untuk siapa dan mengapa, bagaimana dan kenapa.
Adakah Lillahitaala atau dalam kekaburan mendatangkan fitnah pada agama.

Aida Ishak
Shah Alam




Dialah Umaimah...


Assalamualaikum WBT

Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keyakinan diri
Tiada mustahil dihadapi

Sebelum belajar, kita melihat ijazah tersebut tinggi bak dahan yang jauh hendak dicapai
Namun apabila kita mengharunginya, kita tak sedar masa berlalu pantas
Dan apabila tiba saat menggapainya, ianya telah di hadapan mata.





Kagum dengan semangat juangnya yang tak pernah luntur
Pernah rebah sekali tatkala ayahandanya tersayang pergi buat selama-lamanya, namun dia kembali bangun, mengutip sisa-sisa semangat yang diwarisi.
Berkahwin di usia awal dan mempunyai anak juga di awal usia dan seterusnya mengejar cita.
Bas, LRT,ERL, Komuter, cepat, lambat ke kelas, meninggalkan anak, meredakan hati meninggalkan anak yang baru sebulan dilahirkan, demi untuk ilmu, tak semua dapat melakukan.
Dialah Umaimah Mohamed.
Anak saudara Baba.

Kenapa Mama menulis satu post berkenaan dia?
Kerana Mama ingin kalian berkongsi rasa.
Berkongsi cerita dan mengambil ikhtibar.
Bukan mudah untuk menggali ilmu dan bukan mudah untuk merealisasikannya.
Namun, bila ada usaha, segala daya dikerah untuk cita dicapai walau apa pun yang mendatang.

Mama masih ingat saat dia baru pertama kali menjejak kaki ke UIA dan bagaimana dia menghadapi hari-hari yang sukar kerana dia tidak fasih berbahasa melayu ataupun inggeris. Tapi, di situlah Allah telah mengaturkan kehidupannya dengan cantik walau ujian demi ujian diberi.

Adakah kita masih mahu hanya menunggu ilmu datang tanpa kita pergi mencarinya?
Adakah kisah Umaimah tidak cukup untuk memupuk rasa semangat cinta pada ilmu?


Umaimah,
Khola percaya ini adalah saat terindah buat Umaimah, apabila anakanda berjaya menghadiahkan segulung ijazah bukan sahaja buat mama Nora Shiyuti, suami, anak5nya, adik beradiknya, tetapi buat Almarhum Ayahandanya.

Mabruk ya Umaimah.
We are extremely happy for u!

Luv,
Igloomama
Shah Alam.

Friday, October 10, 2014

Keep Calm, It's Friday ;D


Assalamualaikum WBT

Salam Sayyidul Ayyam!!




Hari yang Alhamdulillah cerah dan panas walau dalam keadaan yang agak berjerebu..kan..

Nak share something...

Satu ciri penting yang memeta seseorang kepada kejayaan adalah bagaimana dia menangani kegagalan.
Seseorang yang akrab dngan kegagalan sering meletakkan punca kegagalan atas bahu orang lain.
Manakala seseorang yang Allah anugerahi kejayaan sebenarnya menjadikan kegagalan sebelumnya sebagai satu momentum untuk bangun dan terus mendaki.

Dan...bersempena dengan hari Jumaat hari ni..harapnya tak ada antara kita gagal untuk menghabiskan Surah Al Kahfi dan amalan2 sunnah yang lain..

UZAR pun ada pesan..

Hari Jumaat, adalah hari yang terdapat waktu istimewa doa untuk lebih mustajab. JANGAN ABAIKAN waktu-waktu ini.
Waktu pertama : ketika imam mula duduk di atas minbar sehingga solat Jumaat. Kedua : Selepas waktu Asar berdasarkan hadis Nabi
يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر
Erti : Hari Jumaat ada 12 bahagian masa yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR" (hadis riwayat Abu Daud- hadis sohih)

Okeh..
Jumpa lagi lain kali, Insya Allah.

Luv,
Igloomama

Tuesday, October 7, 2014

Submission VS Achievement

Assalamualaikum WBT

Hati tersentuh sekali lagi..
Masih belum rezeki kami.
Insya Allah, menyusul kemudian.
Sesungguhnya rindu ini terus bertumpu pada Haramain.







Tahun 2009 menyaksikan 29 tahun kehidupan Mama menerima berita yang amat menyedihkan apabila tidak direzekikan lagi untuk mengerjakan Haji, walaupun kami berada di bumi Saudi. Di masa itu Hashimiz masih kecil dan disebabkan wabak selsema burung yang sedang berleluasa masa itu, pihak Saudi melarang para jemaah membawa anak-anak kecil.

Berlinangan air mata Mama melihat jemaah haji berwukuf melaluikaca tv..sedih yang teramat. Hati tetap terpalit sedih walau dalam redha. Insya Allah suatu hari Mama akan berada dalam kumpulan jemaah yang berwukuf di Arafah, insya Allah.

Teringat perihal menunaikan ibadah haji dan umrah ini, teringat juga Mama akan kata-kata Dr. Bilal Philips.

"Hajj is a submission, NOT AN ACHIEVEMENT"

Jadi, secara kesimpulannya,

"Ibadah is a submission, NOT AN ACHIEVEMENT"

Benar, bila bab ibadah, apabila kita berjaya melakukannya, ianya bukanlah satu pencapaian, tetapi sebenar-benar penyerahan. Sebagai contoh kita dapat mengerjakan haji atau umrah di usia muda, ianya adalah rezeki kita dan bukanlah untuk diceritakan. Begitu juga jika kita disponsor penuh melakukan umrah 5 bintang, tidak perlulah untuk bercerita panjang lebar bagaimana kita berjaya mendapatkannya kerana ianya adalah perkara 'ubudiyyah iaitu perkara yang berkaitan dengan ketuhanan dan pengabdian kita kepadaNya.

Tak salah untuk kita memberitahu keluarga dan rakan-rakan terdekat untuk kita berangkat, tetapi bukan untuk menampakkan ianya sebagai satu penghargaan yang diterima hasil kerja keras kita bertungkus lumus bekerja, kerana perkara ibadah tiada kaitan dengan penghargaan atau pencapaian sebaliknya benar-benar mengharap keredhaan Allah tatkala hati terus menerus ikhlas melakukannya.
Mungkin ramai di antara kita seronok untuk mengesyorkan pada rakan-rakan tentang kemudahan yang kita terima semasa mengerjakan haji/umrah atau apa sahaja perkara-perkara ibadah yang kita lakukan, tetapi simpanlah untuk kegunaan sendiri supaya lebih khusyuk dalam melaksanakan ibadah. Lebih baik untuk mendoakan agar ahli keluarga, sahabat handai dapat melaksanakan ibadah dengan lebih baik ataupun kita sendiri memberi bantuan buat mereka mengerjakan ibadah tesebut tanpa memerlukan pembalasan.
Adakah kita seronok apabila kita dapat bercerita pengalaman kita dilayan sebagai duyufurrahman 5 bintang?



Begitu juga perihal ibadah khusus yang lainnya, solat, zakat. dan juga beberapa ibadah lain seperti sedekah, membantu orang lain. Simpanlah ia, supaya ianya menjadi senjata rahsia kita bertemu Allah kemudian nanti. Amalan dan pemberian bukan utk menunjukkan pencapaian kita berkaitan dengan hasil kerja kita. Sama-sama semaikan dalam hati, berapa banyak kita memberi, apa amalan kita adalah dalam pengetahuan Allah dan Allah jua yang menganugerahi kita dengan nikmat yang sebegitu.

“Ya, Tuhanku, jadikanlah aku untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang tuaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah aku pada golongan hamba-Mu yang salih.” (Surah an-Naml, ayat 19)

Jika ingin berkongsi amalan, silakan, tetapi bukan untuk tujuan tertentu sebaliknya untuk bersama-sama meraikan ilmu dan menyampaikannya, serta pastikan ianya berlandaskan Al-Quran dan Hadith,

Maaf jika ada yang tersinggung. Mama mmg lemah dalam bab nak share ni kerana diri sendiri masih tercari-cari, cuma penulisan kali ini bukanlah untuk menegur, tetapi untuk sama-sama membaiki dan mengambil manfaat.

Luv,
Igloomama
Shah Alam