Thursday, January 1, 2015

Siapa Profesor?

Assalamualaikum WBT





"Mama, Kobitos tu wujud?"
(Pertanyaan Hashimiz semasa menonton TV IQ)
Alamak, apa Mama nak jawab ye - bisik Mama.
Tiba-tiba Anees Hashim menyampuk.
"Allah tu wujud. Kobitos mana ada!! Apa laaaa"
Budak 4 tahun tolong jawabkan untuk Mama..
Terima kasih my Lil Diva.
Selepas tu, Mama still termenung. Apasal Mama payah sangat nak jawab macam Anees H jawab? Konon-konon nak beri jawapan ala-ala profesor, tapi sudahnya?? Malu sendiri. Hihihih..

---

Mama : Hari ni hari akhir dalam tahun 2014. Esok dah masuk 2015
Balqees H : Hah? Bukan Januari tu tahun depan ke Mama?
Mama : Yelah, tahun depan tu esok.
BH : Macam mana esok boleh jadi tahun depan?
Mama : Sebab hari ni 31st Dec. Esok 1st January lah.
Balqees H tergaru2.
BH : How can?? Pelik.
Mama pun tergaru-garu. Macam mana nak explain?
Aiman H : 12hb kita naik sekolah. Esok 1hb kan Mama?
Mama : Ye Aiman.
Balqees H : Owh. Tahun baru tu esok ke? Sebab lagi 12 hari nak naik sekolah. Tu Kakak tanya Mama tadi.
Mama garu kepala lagi.
Apa yang silap masa bagi penerangan??
Haihhhh....
Jawapan profesor kah??

-----

Mama dok depan laptop.
Haarith H : Mama tak sampul buku lagi?
Mama : Belum. Nak tau dulu Haarith dok kelas mana.
Haarith H : Selalu Mama sampul je dulu. Nanti Mama tulis dengan marker pen kemudian.
Mama : Saja. Kali ni nak letak nama kat dalam. Tak adalah marker tu terhakis.
(Alasan..padahal..belum ada mood...nak buat sekaligus nanti..)
Haarith H : Owh, Mama tengok orang dalam Facebook buat macam tu ye??
Hahahahah...
Sekarang sapa profesor???


-----

1 comment:

  1. salam ziarah sini dan follow,
    memang tak terjangkau soalan anak2 skrg ni kan, orang tua pulak yg fenin, tapi IQ anak2 skrg mmg terlebih pinter,mesti sdg sibuk sampul buku kan...

    ReplyDelete