Saturday, October 14, 2017

The 6th - Part 1


Assalamualaikum.

Maybe it's not the same as before, tapi mungkin inilah masa2 terindah untuk Mama lalui sebelum kembali melangkah ke dunia sebelumnya setelah 7 tahun berehat.

Yes. Yes. You are definitely right!
I am PREGNANT!!

Alhamdulillah.


Well, what do you want to hear about this pregnancy?

Alahan?
Teruk. The first 3 months. My best-best friend is KATIL and BANTAL.
I can't even cook or doing house chores. Baring, baring dan baring. Tidur, tidur dan tidur.
Bila makan, muntah. Bila dah muntah, tidur.
Nothing interesting.

Makan?
Breakfast time YES. Others, NO!
Memang ke toilet lah.
Penat? Of course.

Masuk bulan ke 4 Alhamdulillah. Dah start boleh masak dan buat macam2. Cuma still macam alergi dengan nak kemas homestay. Mujur Baba sangat memahami.

Bila sendiri dah merasakan, you don't even care about your appearance anymore. Baju merah seluar purple tudung oren pun korang macam..errmm..lantaklah. Sarung stokin, sarung selipar. Jom pergi. Malas nak cara mana bab-bab baju ni.

So.
Banyak lagi cerita dalam perjalanan kali ini walaupun banyak masa dihabiskan dengan rehat dan tidur. Cuma, inilah antara masa-masa terbaik dan terindah buat Mama. I just love having a big tummy again and feeling the kicking again and again.

Next post maybe on the first meet up with my cool new gynea and of course the MGGT 😐😐😐😐


Luv, Aida

Friday, July 24, 2015

Anees Hashim, Selamat Hari Lahir Sayang..


"Mama, kalau Mama ada baby baru, baby baru nanti Mama panggil Adik. Adek pulak, Mama panggil Baby ye.."

"Adek tahun depan tak nak sekolah. Adek nak sekolah dengan Mama aje. Penat lah pergi sekolah..duduk dengan Mama besttttt!"

"Alaa...tak nak lah buat homework...semua sakit..tgn sakit..jari sakit...kuku pun sakit tau Mama!"




24 Julai 2010.
Dia yang kami nantikan. Lahir dengan membawa seribu kegembiraan buat Baba dan Mama. Namun, Allah menguji kami. 17 hari di NICU, berselirat dengan wayar dan pelbagai mesin.

24 Julai 2015.
Genap usianya 5 tahun.
Alhamdulillah.
Allah masih memberi pinjam Anees Hashim Ahmad Shiyuti buat kami.
Keletahnya, Masya Allah Tabarakallah.

Bisik padanya sebelum tidur...
Adek..anak solehah ye sayang.
Solat jangan tinggal.
Ingat Allah sentiasa.
Hormat org tua. Mama Baba, Abang Kakak, semua keluarga.
Adek penyejuk mata dan penawar hati Mama Baba, anak solehah ye nak..
Dia senyum dan peluk.

Salam Hari Lahir, Anees Hashim.

Anak Saya Tak Pandai Masak.


Assalamualaikum WBT.

Hah, topik macam best.

Itulah yang Mak Mama sebut dengan Ma masa keluarga Baba datang merisik.

Terkejut! Ingatkan Mak tak akan sebut benda tu, tapi Mama rasa Mak mesti nak berterus terang, mungkin nanti-nanti kalau ada komplen pasal tak makan..kurang-kurang dia dah bagi amaran awal-awal.

Mak sambung lagi.. "tumbuk sambal belacan pun dia tak reti" aduiiii..mmg statement yang pedih aje telinga dengar..malu menimbun-nimbun. Masa tu rasa menyesal, kenapalah dulu tak sibuk nak belajar sama.

Mak teruskan ayat, "Dia anak perempuan seorang, kasut sekolah pun tingkatan 4 baru dia start basuh sendiri. Lipat baju tak pernah, saya memang nak dia belajar aje."

Aduhai.walaupun ayat yang mula-mula tu boleh jadi tak jadi nak kahwin, tetapi ayat last tu benar-benar membuatkan Mama sebak. Sebak mendengarkannya...

Memang benar. Mama adalah anak sulung dan satu-satunya anak perempuan buat Mak dan Ayah. Mama tak pernah diajar untuk membuat kerja rumah, dan Mak hanya membenarkan Mama untuk membaca buku, suratkhabar dan menonton TV. terdetik rasa di hati nak tolong Mak di dapur, tapi memang Mak akan melarang keras. Kalau ada pun, dah tingkatan 4, tolong Mak koyak bawang dan kisarkan dengan blender.

Kasut sekolah? memang Mama tak basuh kasut sendiri. Hari Jumaat balik sekolah, Mama rendam kasut, esok pagi-pagi bangun, kasut dah siap dibasuh. Sudah solat Subuh, pergi dapur, sarapan sudah disediakan.
Itulah Mak..

"Mak nak Aida belajar. Banyakkan baca buku. Ambil tahu pasal isu-isu semasa. Orang yang pandai nanti, dia tak ada masa nak masak pun, kalau kerja bagus, tak pandai masak, makan je kat kedai ataupun gajikan orang masak."
Itulah Mak.

Lagi satu pesan Mak..
"Nanti nak kahwin,cari orang jauh, boleh Mak jalan tengok tempat orang..sekarang Mak nak jalan tak ada duit"

Mak,
Memang Allah beri orang jauh pun kat Aida!!
san Alhamdulillah, banyak kali juga kami dah bawa Mak ke Kelantan dan juga berjalan-jalan, termasuk ke Sabah. Alhamdulillah,

--
Itu selingan..

Ceritanya di sini adalah bagaimana ibu-ibu membentuk peribadi anak-anak. Walau pada asalnya Mak tidak membenarkan Mama membuat sebarang kerja rumah, namun itu bukan bermakna dia tidak mahu anaknya mengambil kesempatan pada kemudahan yang diberi. Walau caranya itu seolah-olah akan membuatkan anaknya ini tak mampu langsung nak menghidangkan makanan buat keluarganya, namun dalam masa yang sama dia mengajar anaknya untuk terus belajar dan menerokai dunia dengan kemudahan yang ada.

Cara Mak mengajar Mama untuk menggunakan kemudahan dengan tidak perlu bersusah-susah.

Tetapi..
nampaknya sekarang, anak2 kita berlebih2 menggunakan kemudahan tanpa reti sedikitpun nak rasa susah..

haihhh.,.
kisahnya?

Gunalah kamus dr Google Translate nak oiiii....


Saturday, May 23, 2015

Avengers!!


Begitulah....

Hashimiz : Mama...can we ask u something?
Mama : sure.
Hashimiz : what's the name of the guy with bow and arrow and before this he was no good guy and became a good guy and help people.
Mama : alamak..apa tu? What guy? Where?
Balqees H : i think his name Black Vader!
Haarith H : apalah Kakak..thats Dark Vader..bukan Avengers.
Mama : laa...Avengers ke? Is itThor?
Haarith H : no!! Thor bawak tukul..
Mama : ahahha..ok2.. maybe Captain America..
Aiman H : wrong laa Mama... yg tu pegang shield.
Mama : Mama x tau lah.
Anees H : tak apa..malam nk kita pegi tengok. Baru tau sapa nama dia! Bijak tak Adek?
Hashimiz : Yay!!! Best2... nnt kita pakai baju...bla..bla.... popcorn..bla..bla..ice lemon tea...bla..bla..for sure Adek tdo dalm cinema..bla..bla..bla..





Maka..
Gamatlah suasana di dalam kereta tatkala pulang dari sekolah. 

Monday, April 6, 2015

Meh Sini Nak Inform...

Salam Semua!!!

Okeh..
Banyak dah SMS dan Whatsapp asik tanya aje...

"Kak, jual Shaklee lagi?"
"Kak...nak order..."
"Kak..berapa harga.."


So...
Macam ni lah..
Kut2 kalau korang berminat sangat nak beli Shaklee from Mama...
Meh laa Mama tolong..
Tapi..Mama bagi syarat.

1. Bila order..ada masa Mama tak boleh nak balas terus. Kalau Mama reply terus..Alhamdulillah...tapi kalau ada time2 lambat reply..tak payah tunggu..korang boleh carik SID lagi..atau korang nak tunggu..hihihi...mcm call astro lah kan..lama kena tunggu..ihihih

2. Bayaran hendaklah dibuat DAHULU. Tak ada COD ye. Dah bank in, Baru Mama buat ordering. Sebab skrg Mama tak ke HQ..Mama just proses order melalui online. So, manage your payment and I'll manage your order. Mama akan buat pengeposan terus thru Shaklee. Untuk orang Shah Alam? Tengok rules no.3.

3. Mama TAK menguruskan delivery ke merata Shah Alam lagi. Venue delivery sama ada di Petronas/Shell Section 27, Yayasan Restu ataupun di Masjid Al Huda, Section 19 Shah Alam sahaja. Dalam beberapa timing aje..so..kalau nak personal delivery kat situ aje tau.. tapi..refer balik rules no.2. Mesti bayar dulu...

4. Harga ada GST ye.. bukan GST from Mama..but from Shaklee. So, pikir baik2..sbb korang tanya lebih2 bab cukai ni...Mama tak layan tauu...hihihihi.

5. Korang tak akan komplen pasal barang lambat laa...apsal lama betul nak sampai laa...haa..kalau nak cepat..carik lah SID yang berdekatan korang atau beli sendiri kat HQ Shaklee..hihihihih.

Dah..tak nak cakap dah.

Nak beli dan rela dan redha ikut syarat2 Mama?
SMS ataupun Whatsapp lah ye..

ok..bai!





Sunday, April 5, 2015

FunSunday : Nak Tengok VCD Boleh?


Di suatu pagi minggu...

AimanH : Mama, boleh tak nak tgk CD?
Mama : Boleh. Tapii....
AImanH : Tasmi'? Buat maths?
HaarithH : Mandi? Kemas beg sekolah?
AimanH : Susun buku atas meja?
HaarithH : Susun toys kemas2?
Mama : Haaa..bagus2...dah tau dah apa kena buat Masya Allah...so, lepas buat baru Mama bagi..itu pun kalau..
AimanH : Tak gaduh2 dengan Abang?
HaarithH : Okey..kita orang tak gaduh. Boleh ke Mama?
Mama : Boleh. Kalau semua siap sebelum kita fetch Kakak.
AimanH & HaarithH : Yay!! Kakak nak balik. Kakak nak balik.. nak kemaskan beg sekolah Kakak sekali ke Mama?
Hahahahah..
Ini RARE!!




Happy ‪#‎funsunday‬


Saturday, April 4, 2015

Bunyi Burung Macam Mana?




Satu ketika dulu..

Balqees...mcm mana bunyi birds?
"Chippp...chiippp 🐤"
Masya Allah...pandainya anak Mama buat bunyi birds....

Haarith...mcm mana birds punya bunyi?
"Twittt....twitt.... "
Masya Allah..sedapnya bunyi burung tu...

Aiman...macam mana bunyi birds?
AimanH muncungkan aje mulutnya..sambil mengepak2 kan kedua belah tangan.
Masya Allah...bird ni x bunyi..tp pandai terbang...

Sekarang...

Anees...birds sound please..
"Mama tak tau ke bunyi bird macam mana? Ishh...ishhh...issshhhh... mcm ni haaa..
Aaaarrkk...aaarkkk..."
Masya Allah...bunyi GAGAK!!
😅😅😅😅

*tepuk dahi*
Aduhai anak..

I Love You, Hashimiz...


Tuesday, March 24, 2015

Anak Notti??

Assalamualaikum WBT

Awak buat apa kalau anak2 awak notti?

Serius payah nak jawab soalan ni.

Saya dapat banyak soalan mcm ni. Mungkin sbb saya slalu share dlm fb kisah saya dan Hashimiz.
Sharing hanya sekadar kisah. Mungkin saya perolehi ilmu baru menerusi komen yg baik2..dan mungkin juga saya dapat mendengar cerita kawan2 yg mungkin mempunyai kisah yang sama dgn saya.

Tapi bila kwn2 minta saya jawab soalan ni...saya susah nak jawab.
Zaman kita dulu..kita sangat takut dgn mak ayah kita. Pendek kata..rata2 kita dibesarkan dengan herdikan, pukulan, pulasan, ugutan. Namun, kita tidak melihat perbuatan mak ayah kita sebagai satu hukuman melampau jauh sekali penderaan. Kita melihatnya sebagai agen penyampai nasihat walaupun berbirat kulit. Kita tidak menyimpan dendam mahupun membenci mereka. Kita bangun dengan pukulan dan ugutan. Kita bangkit dengan cubitan. Kita sedar dengan beberapa sesi hambatan larian keliling rumah. Kita insaf apabila dikurung.

Adakah ianya sesuai dgn anak2 kita sekarang?
Tentunya tidak.

Beberapa tokoh Islam seperti Syaidina Umar Al-Khattab mengatakan :

"Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau. "

Justeru..

Kita sendiri lebih memahami anak2 kita.
Mereka dibesarkan menerusi acuan yang ada pada kita.
Kita yang mereka ada untuk memandu dan kitalah yang perlu betul at first sebelum betulkan diaorg.
Dan, sebelum melakukan sesuatu, ingat satu..dia punya perasaan dan dia amanah Allah.

So, jawapan saya..
Tepuklah dada sendiri dan dapatkan cara sendiri yang terbaik buat khalifah2 Allah itu.
Saya percaya, setiap anak punya satu titik lemah mereka dan mereka akan menerima nasihat kita andai kena gayanya. Jaga hubungan dengan Allah, insya Allah, Allah akan menjaga kalian anak beranak.

p/s : ada time..Hashimiz dicubit. Tapi..selalunya mmg Mama suka bebel


love
IglooMama
Shah Alam

Tuesday, March 3, 2015

Batu Belah Batu Bertangkup





Pagi tadi pergi pasar.

Beli lah ikan keli 1kg.
Ada 7 ekor.

Dalam kepala, plan nak goreng garing-garing dan buat sambal cili api pecah2..
Perghh...kecur liur.

So, balik dr pasar..semangat membersihkannya.
Kelar2 biar nanti goreng cepat masak and garing.
Lumur garam kunyit.
masuk dlm tupperware dan simpan kat chiller.
kasi meresap garam kunyit...

Then, bersihkan diri pulak..
Bau ikan kan...ishhh...
Setel semua, pergi fetch Mek Diva
Balik from amik Mek Diva, panaskan kuali.
Sambil2 tu ambil cili padi dan bawang...hiris2..masuk blender kering..

Setel semua.
Tak campurkan sambal tu dengan ikan..nanti Hashimiz nak makan kan..so, asingkan.
Janji dengan Baba nak pergi beli groceries jap.
So, siapkan food for Hashimiz, kami keluar..

Balik rumah.
Haarith H makan 3 ekor.
Aiman H makan 2 ekor
Then..
Baba makan 1 ekor setengah.
Mama???
Setengah ekor...

Batu belahhhh...
Batu bertangkuppppp...

Hahahahah...
Lesson learnt.
Lepas ni beli keli..10 ekor ye!!

igloomama
shah alam


Monday, March 2, 2015

Mama Seorang Penulis...







"Akak tak boring ke? Dok rumah aje. Kalau saya laa..saya boring gak." Ujar adik kat service centre ni.

"Tak lah. Tak sempat nak boring dik. Anak-anak sekolah."

"Akak tak buat bisnes ke? Memang totally suri rumah?" Dia bertanya lagi,

"Tak buat bisnes. Malas."

"Ishh..kalau saya, memang boring."

"Akak menulis."


Okeh..
Sekarang Mama dah ter'cakap' pulak.

Nasib baik dia tak tanya lagi..
kalau dia tanya...
nak jawab apa??

TULIS STATUS DALAM FACEBOOK dik nun....

HAHAHAHHAAH...


ok bai

igloomama
Shah Alam.