Showing posts with label Well Say. Show all posts
Showing posts with label Well Say. Show all posts

Wednesday, August 20, 2014

Jangan laaa sedih.....

Assalamualaikum wbt

Mama tgh tolong Haarith Hashim buat homework..google punya google...jumpa gambar comel nih...ihihihi




ye..baiklah...
(comel sangat....tak jadik nak sedih..hhihihi)

Cheer up!!
We have the ability to endure all the trials in life coz Allah does not burden a soul above it's capacity

So,,
Dont Be Sad okeh!!

Igloomama
Shah Alam

Saturday, April 5, 2014

Psstttt...sabar lah...

Assalamualaikum WBT

Jom kita buat sedikit pengisian ari ni..

APABILA berdepan dengan masalah, lazimnya diri di selubungi tekanan, malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi meringankan tekanan, ada beberapa cara patut diketahui:

1. Bersabar dengan segala yang menimpa. “Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya.” (Surah Luqman, ayat 17)

2. Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan di biarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” “Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta.” (Surah Al-Ankabuut, ayat 2-3)

3. Setiap masalah ada hikmahnya, seperti dapat menggugurkan dosa. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

4. Kesulitan, masalah dan kesempitan akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekali gus menyedarkan diri akan keagungan dan kekuasaan Allah. “Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.” (Surah al-Baqarah:156)

5. Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan, membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Justeru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.

6. Ujian adalah tanda Allah mencintai seseorang itu. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

7. Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami orang lain.

8. Menyedari hakikat, kehidupan tidak lari daripada masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.

Order Shaklee dengan Mama??
COD sekitar SHAH ALAM
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201



Friday, April 4, 2014

Yang Dikatanya Laut..


Yg dikatanya laut..

Yg pergi ke tengahnya kekadang x kunjung pulang.
Yang bermain di tepiannya kekadang dijulang ombak hingga hilang
Yang melalui udaranya kekadang dirujuk tak datang
Yang takut dengannya tentu tak daya nak berenang

Tenggelamnya Firaun mengejar Musa A.S dek laut.
Api neraka disejukkan dengan laut.
Perumpamaan ilmu Allah dgn manusia juga laut

Suhu diseimbang dengan laut.
Air yang datangnya dari laut pulangnya juga ke laut.
Renjisan ombak, percikan tsunami peringatan Allah melalui laut.
Sang puaka dibuang ke laut.
Sang pujangga ilhamnya laut.

Senyapmu bukan lemah.
Ganasmu bukan sakti.
Engkau hijau, engkau biru bahasamu tetap sama, bisu.
Kerana bisu, dosa fitnah umpat, kamu bebas.
Rahsia, kamu simpan kejap tak terlepas.

Hashim & Aida
Kuala Terengganu
26.3.2014

---

Order Shaklee dengan Mama??
COD sekitar SHAH ALAM
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201

Friday, November 8, 2013

Tentang Cinta...

Assalamualaikum WBT

Tentang Cinta....



"cinta mendorong kita bekerja. cinta merangsang kita berperanan. cinta menjadikan segala tugas dan tanggungjawab yg dilakukan sebagai satu keseronokan dan kepuasan dalam hidup" - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

zaman bercinta mmg indah belaka..

Cinta utama kekal milik Allah..

"Katakanlah: Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, niscaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuniNya dosa-dosa kamu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi penyanyang.

Katakanlah: hendaklah kamu taat kepada Allah dan Rasul. Tetapi jika kamu berpaling, maka sesungguh­nya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir."
Ali Imran : 31 & 32

Begitu juga apabila kita berniaga...jatuh cinta lah dengan apa yang kita niagakan...bukan main sedap taram sukati yek...

**Mama mg jatuh cinta dengan Shaklee...Terima Kasih Allah..kenalkan Mama dengan Shaklee.**

p/s : hujung minggu ni memang masa yang sesuai untuk memupuk cinta..lebih2 lagi untuk anak2..shower them with your love..dia orang kan amanah tu...

Mama buat COD juga hujung minggu...berkenalan dengan customer2 antara acara mingguan (harian) buat Mama...

SMS/Whatsapp : 0192491201