Showing posts with label Cerita Kids. Show all posts
Showing posts with label Cerita Kids. Show all posts

Friday, July 24, 2015

Anees Hashim, Selamat Hari Lahir Sayang..


"Mama, kalau Mama ada baby baru, baby baru nanti Mama panggil Adik. Adek pulak, Mama panggil Baby ye.."

"Adek tahun depan tak nak sekolah. Adek nak sekolah dengan Mama aje. Penat lah pergi sekolah..duduk dengan Mama besttttt!"

"Alaa...tak nak lah buat homework...semua sakit..tgn sakit..jari sakit...kuku pun sakit tau Mama!"




24 Julai 2010.
Dia yang kami nantikan. Lahir dengan membawa seribu kegembiraan buat Baba dan Mama. Namun, Allah menguji kami. 17 hari di NICU, berselirat dengan wayar dan pelbagai mesin.

24 Julai 2015.
Genap usianya 5 tahun.
Alhamdulillah.
Allah masih memberi pinjam Anees Hashim Ahmad Shiyuti buat kami.
Keletahnya, Masya Allah Tabarakallah.

Bisik padanya sebelum tidur...
Adek..anak solehah ye sayang.
Solat jangan tinggal.
Ingat Allah sentiasa.
Hormat org tua. Mama Baba, Abang Kakak, semua keluarga.
Adek penyejuk mata dan penawar hati Mama Baba, anak solehah ye nak..
Dia senyum dan peluk.

Salam Hari Lahir, Anees Hashim.

Saturday, May 23, 2015

Avengers!!


Begitulah....

Hashimiz : Mama...can we ask u something?
Mama : sure.
Hashimiz : what's the name of the guy with bow and arrow and before this he was no good guy and became a good guy and help people.
Mama : alamak..apa tu? What guy? Where?
Balqees H : i think his name Black Vader!
Haarith H : apalah Kakak..thats Dark Vader..bukan Avengers.
Mama : laa...Avengers ke? Is itThor?
Haarith H : no!! Thor bawak tukul..
Mama : ahahha..ok2.. maybe Captain America..
Aiman H : wrong laa Mama... yg tu pegang shield.
Mama : Mama x tau lah.
Anees H : tak apa..malam nk kita pegi tengok. Baru tau sapa nama dia! Bijak tak Adek?
Hashimiz : Yay!!! Best2... nnt kita pakai baju...bla..bla.... popcorn..bla..bla..ice lemon tea...bla..bla..for sure Adek tdo dalm cinema..bla..bla..bla..





Maka..
Gamatlah suasana di dalam kereta tatkala pulang dari sekolah. 

Sunday, April 5, 2015

FunSunday : Nak Tengok VCD Boleh?


Di suatu pagi minggu...

AimanH : Mama, boleh tak nak tgk CD?
Mama : Boleh. Tapii....
AImanH : Tasmi'? Buat maths?
HaarithH : Mandi? Kemas beg sekolah?
AimanH : Susun buku atas meja?
HaarithH : Susun toys kemas2?
Mama : Haaa..bagus2...dah tau dah apa kena buat Masya Allah...so, lepas buat baru Mama bagi..itu pun kalau..
AimanH : Tak gaduh2 dengan Abang?
HaarithH : Okey..kita orang tak gaduh. Boleh ke Mama?
Mama : Boleh. Kalau semua siap sebelum kita fetch Kakak.
AimanH & HaarithH : Yay!! Kakak nak balik. Kakak nak balik.. nak kemaskan beg sekolah Kakak sekali ke Mama?
Hahahahah..
Ini RARE!!




Happy ‪#‎funsunday‬


Saturday, April 4, 2015

Bunyi Burung Macam Mana?




Satu ketika dulu..

Balqees...mcm mana bunyi birds?
"Chippp...chiippp 🐤"
Masya Allah...pandainya anak Mama buat bunyi birds....

Haarith...mcm mana birds punya bunyi?
"Twittt....twitt.... "
Masya Allah..sedapnya bunyi burung tu...

Aiman...macam mana bunyi birds?
AimanH muncungkan aje mulutnya..sambil mengepak2 kan kedua belah tangan.
Masya Allah...bird ni x bunyi..tp pandai terbang...

Sekarang...

Anees...birds sound please..
"Mama tak tau ke bunyi bird macam mana? Ishh...ishhh...issshhhh... mcm ni haaa..
Aaaarrkk...aaarkkk..."
Masya Allah...bunyi GAGAK!!
😅😅😅😅

*tepuk dahi*
Aduhai anak..

I Love You, Hashimiz...


Tuesday, March 24, 2015

Anak Notti??

Assalamualaikum WBT

Awak buat apa kalau anak2 awak notti?

Serius payah nak jawab soalan ni.

Saya dapat banyak soalan mcm ni. Mungkin sbb saya slalu share dlm fb kisah saya dan Hashimiz.
Sharing hanya sekadar kisah. Mungkin saya perolehi ilmu baru menerusi komen yg baik2..dan mungkin juga saya dapat mendengar cerita kawan2 yg mungkin mempunyai kisah yang sama dgn saya.

Tapi bila kwn2 minta saya jawab soalan ni...saya susah nak jawab.
Zaman kita dulu..kita sangat takut dgn mak ayah kita. Pendek kata..rata2 kita dibesarkan dengan herdikan, pukulan, pulasan, ugutan. Namun, kita tidak melihat perbuatan mak ayah kita sebagai satu hukuman melampau jauh sekali penderaan. Kita melihatnya sebagai agen penyampai nasihat walaupun berbirat kulit. Kita tidak menyimpan dendam mahupun membenci mereka. Kita bangun dengan pukulan dan ugutan. Kita bangkit dengan cubitan. Kita sedar dengan beberapa sesi hambatan larian keliling rumah. Kita insaf apabila dikurung.

Adakah ianya sesuai dgn anak2 kita sekarang?
Tentunya tidak.

Beberapa tokoh Islam seperti Syaidina Umar Al-Khattab mengatakan :

"Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau. "

Justeru..

Kita sendiri lebih memahami anak2 kita.
Mereka dibesarkan menerusi acuan yang ada pada kita.
Kita yang mereka ada untuk memandu dan kitalah yang perlu betul at first sebelum betulkan diaorg.
Dan, sebelum melakukan sesuatu, ingat satu..dia punya perasaan dan dia amanah Allah.

So, jawapan saya..
Tepuklah dada sendiri dan dapatkan cara sendiri yang terbaik buat khalifah2 Allah itu.
Saya percaya, setiap anak punya satu titik lemah mereka dan mereka akan menerima nasihat kita andai kena gayanya. Jaga hubungan dengan Allah, insya Allah, Allah akan menjaga kalian anak beranak.

p/s : ada time..Hashimiz dicubit. Tapi..selalunya mmg Mama suka bebel


love
IglooMama
Shah Alam

Tuesday, March 3, 2015

Batu Belah Batu Bertangkup





Pagi tadi pergi pasar.

Beli lah ikan keli 1kg.
Ada 7 ekor.

Dalam kepala, plan nak goreng garing-garing dan buat sambal cili api pecah2..
Perghh...kecur liur.

So, balik dr pasar..semangat membersihkannya.
Kelar2 biar nanti goreng cepat masak and garing.
Lumur garam kunyit.
masuk dlm tupperware dan simpan kat chiller.
kasi meresap garam kunyit...

Then, bersihkan diri pulak..
Bau ikan kan...ishhh...
Setel semua, pergi fetch Mek Diva
Balik from amik Mek Diva, panaskan kuali.
Sambil2 tu ambil cili padi dan bawang...hiris2..masuk blender kering..

Setel semua.
Tak campurkan sambal tu dengan ikan..nanti Hashimiz nak makan kan..so, asingkan.
Janji dengan Baba nak pergi beli groceries jap.
So, siapkan food for Hashimiz, kami keluar..

Balik rumah.
Haarith H makan 3 ekor.
Aiman H makan 2 ekor
Then..
Baba makan 1 ekor setengah.
Mama???
Setengah ekor...

Batu belahhhh...
Batu bertangkuppppp...

Hahahahah...
Lesson learnt.
Lepas ni beli keli..10 ekor ye!!

igloomama
shah alam


Thursday, January 1, 2015

Siapa Profesor?

Assalamualaikum WBT





"Mama, Kobitos tu wujud?"
(Pertanyaan Hashimiz semasa menonton TV IQ)
Alamak, apa Mama nak jawab ye - bisik Mama.
Tiba-tiba Anees Hashim menyampuk.
"Allah tu wujud. Kobitos mana ada!! Apa laaaa"
Budak 4 tahun tolong jawabkan untuk Mama..
Terima kasih my Lil Diva.
Selepas tu, Mama still termenung. Apasal Mama payah sangat nak jawab macam Anees H jawab? Konon-konon nak beri jawapan ala-ala profesor, tapi sudahnya?? Malu sendiri. Hihihih..

---

Mama : Hari ni hari akhir dalam tahun 2014. Esok dah masuk 2015
Balqees H : Hah? Bukan Januari tu tahun depan ke Mama?
Mama : Yelah, tahun depan tu esok.
BH : Macam mana esok boleh jadi tahun depan?
Mama : Sebab hari ni 31st Dec. Esok 1st January lah.
Balqees H tergaru2.
BH : How can?? Pelik.
Mama pun tergaru-garu. Macam mana nak explain?
Aiman H : 12hb kita naik sekolah. Esok 1hb kan Mama?
Mama : Ye Aiman.
Balqees H : Owh. Tahun baru tu esok ke? Sebab lagi 12 hari nak naik sekolah. Tu Kakak tanya Mama tadi.
Mama garu kepala lagi.
Apa yang silap masa bagi penerangan??
Haihhhh....
Jawapan profesor kah??

-----

Mama dok depan laptop.
Haarith H : Mama tak sampul buku lagi?
Mama : Belum. Nak tau dulu Haarith dok kelas mana.
Haarith H : Selalu Mama sampul je dulu. Nanti Mama tulis dengan marker pen kemudian.
Mama : Saja. Kali ni nak letak nama kat dalam. Tak adalah marker tu terhakis.
(Alasan..padahal..belum ada mood...nak buat sekaligus nanti..)
Haarith H : Owh, Mama tengok orang dalam Facebook buat macam tu ye??
Hahahahah...
Sekarang sapa profesor???


-----

Monday, September 22, 2014

Day Seven : Balik Kampung ooooo


Assalamualaikum WBT

Salam Sayyidul Ayyam!!

Jumaat merupakan hari yang diberkati, ia adalah sebaik-baik hari yang terbit matahari pada paginya. Pada hari inilah Nabi Allah Adam A.S diciptakan, dimasukkan ke dalam syurga dan dikeluarkan daripadanya. Jumaat juga akan berlakunya hari kiamat dan yang penting perlu diketahui oleh kita juga ialah terdapat satu saat yang mana Allah memperkenankan doa-doa hambaNya. Demikianlah antara kelebihan-kelebihan hari jumaat yang banyak disebutkan oleh para alim ulama dalam karya-karya mereka.

Banyak benda yang masih kita tak tahu pasal keistimewaan Jumaat ni kan...

Mama pun tahu serba sikit ni hasil carian sebab sama-sama tolong Balqees Hashim buat scrap book about Jumu'ah Mubaraqah.

Betul lah ajaibnya ilmu ni...makin bnyk kita baca..makin banyak kita tak tahu dan makin banyak kita cuba nak paham..makin menarik jadinya..
Tapi...kena stop jap..penat juga jadi tukang gam ni..

Oh ye...bila nak siap laa scrap book Kakak ni tak tau laaa... :D
*insert...ketuk kepala*

Siang Mama tolong Hashimiz siapkan homework yang sangat laa banyakkkkkkk..mcm cuti sebulan pulak..hihihihi...

Okeh..hari ni ada something best..

KAMI NAK BALIK KAMPUNG!!!

Destinasi : Segamat, Johor.

Kami bertolak pukul 9.30 malam.
Alhamdulillah sampai Segamat pukul 12.30. Lewat skit sbb hujan, plus Baba ngantuk..

Okeh...
So..tips cuti hari ni.. balik kampung!! sesekali balik tgk atok and nenek di kampung!! best kannnnnn..

Luv,
Igloomama
Segamat

Day Six : Hari Duduk Rumah.


Assalamualaikum WBT

Awal pagi Mama ke Tasik Kota Kemuning...jalan keliling tasik jap...amik udara pagi dan juga amik kesempatan sementara Hashimiz masih bercuti.



Setel sarapan dan beli sarapan utk mereka2 yang di rumah..Mama lepak-lepak dengan Hashimiz aje..


Mama buat Nasi Lemak Sambal Sotong dan juga Lempeng Legend Mak - Lempeng Kelapa..errr...dan Air Barli...





Mmg terbaik.

Mama spend masa dengan bantu Haarith Hashim habiskan homework dan juga bantu Balqees Hashim dengan Scrap Book dia..


Skrg budak sekolah rendah pun ada assignment ye mak-makkkk...
*insert sigh*

Kesimpulan aktiviti..
Luangkan masa bersama mereka. 
Ambil dan beri kualiti dalam setiap kuantiti masa yang dikongsi bersama.
Bukan sahaja mereka yang perlu belajar paham apa kita cakap..tapi kita juga boleh ambil pengajaran drpd apa yang dia cakap...




Okeh!! babai

Luv

Igloomama
Shah Alam.



Day Five : Dating dengan Balqees Hashim

Assalamualaikum WBT

Semua tahu Balqees Hashim pakai spec kan??
Hihihih...dia mmg special, Masya Allah. Nak tau power berapa pun kena jumpa doc pakar mata.

Ni tempat dia..

Alhamdulillah kali ni dia tak payah di titikkan ubat penenang anak mata..sbb dia dah paham nak dok diam2 and jangan kelip2..plus just nak check power dia ok tak.

Now..Doc kata mata dia tak lazy dah..dan Alhamdulillah bila Doc kata power dia masih maintain.
So, tak payah lah Mama Baba kena buat spec dia dulu..boleh kumpul duit dulu. ihihihi

You all kalau nak pegi jumpa doctor mata..silakan lah..
Doc dia best!! Serius baik dan peramah.

Ni Details doc tu





DR. NOR ZAINURA ZAINAL
LRCP & SI, MBBCh. BAO (Ireland), MS (OPHTHAL) (UKM)

Graduated from the Royal College of Surgeons in Ireland in 1996 with Honours and High Distinctions.

Earned Masters in Ophthalmology in 2004 with sub-speciality training in vitreoretina, glaucoma and cornea in Hospital Seremban and Hospital Kuala Lumpur.

Resident doctor in Hospital UKM since 2000.

Expert in phaco-emulsification (phaco) with foldable lens implantation that makes a small incision on the cornea without stitches.

Won numerous awards for researches in Ophthalmology in Hospital UKM.

An active member of the Ophthalmological Society of Malaysian Medical Association.


Owh ye..

After pegi cek mata Balqees Hashim.
Mama ada nak jumpa kawan di Karangkraf.
So..Mama bawak lah dia sekali..masuk Karangkraf and masuk kedai buku kat situ.



Yang ni scene paling best...
Beli2 buku..aik?? Ada 15%



Beli lagiii...hahahha
Best kan??



So..sapa2 nak ke sana..sila lah..majalah pun 15% diskaun..



Then Mama n Balqees Hashim balik. Mama dok tolong dia siapkan Scrap Book dia pulak...hari berkreativiti laa pulak..



Nothing else to citer..
Cuma..mmg best bila pegi kedai buku!!

Okeh.
Mama stop dulu.

So..kesimpulannya...
Aktiviti pergi ke kedai buku bagus utk memupuk sikap membaca di kalangan kids.
Dan jangan lupa bawa juga mereka jumpa doc mata..precaution...diaorg kan skrg suka sgt dengan gajet :D
Sometimes bawa mereka sendirian dengan kita..sambil2 berjalan..boleh sama2 bonding antara satu sama lain. 

Luv,
Igloomama
Shah Alam. 



Monday, September 15, 2014

Day Three : Engaged with Hashimiz

Assalamualaikum WBT

Woahhhh...
It's Monday dude!!

Alhamdulillah..berpagi2 dengan brisk walk di Tasik Kota Kemuning. Mama dan Baba sahaja..yang ni tak include kan Hashimiz..sbbnya nnt belum pun separuh jalan..dah malas..suruh dukung la..mcm2..so..Mama Baba nak cepat..tinggalkan sekejap dengan Siti.

Balik from Tasik..Baba pergi kerja. Mama?
Buat laa keje rumah..mcm biasa.

Mama..
Nak milo..

Bangun laa Mama..pi dapur buat milo..

Duduk balik di kerusi..hajatnya nak ulangkaji modul 2 Foundation Of Islamic Studies tu..tapi...

Mama...lapar..nak roti.

Besarkan mata jap..baru se mug Vico diminum..mintak roti pulak..

Bangun lagi Mama..pi dapur,,.sapu roti..

Belum sempat duduk...
Mama...nak biskut.

Haik???? Dah abis roti..
*Huwaaaa..air mata rasa nak kluar..ihihhi

Dah siap bg biskut..

Mama...Haarith rasa nak makan ayam goreng..

Ayam goreng pulak??

Mamaaaaa...Adek nak susu..

Haihhhhhhhhhhhhhhhhhh...




Mama....
Mamaaa....
Mamaaaaaa
Mamamaaaaaaaaaaaa
MAMAMAMAMAAAAAAAAA!!!

*pura2 pengsan!!



pendek kata..setelah mereka kenyang...rehat2..Mama rasa mcm menggigil..
Oh..lapar..beri anak2 makan..Mama belum sempat nak makan..

Memandangkan Hashimiz dah siap separuh homework mereka..so..Mama bagi chance tgk tv jap..sambil Mama makan..

Cerita : HANTU SIANG..lakonan Badul..citer zaman Mama kecik2 dulu..hihihi

Apa lagi..pecah tawa..sampai Siti pun ketawa..hihiihih
*Happy rasanya

Setel makan..Mama tutup TV..sambung buat homework..Tapi..badan Mama rasa letih..masuk bilik jap..hihihi..apa lagi..syahid kejap..sedar2...azan Asar..keluar bilik..tgk Balqees Hashim aje yang tak tidur..

Mama mulakan agenda memasak untuk dinner pulak..

Rasanya hari ni banyak betul spend time di dapur..
*letih

Tapi..mmg rasa terbaik..
Engaging with Hashimiz bermakna....engaged dengan dapur..hahahahaah

Oh ye..hari ni Mama buat Mushroom Cream Soup..guna shitake.. nyumssssssss



Ini adalah makanan kegemaran Haarith Hashim..so..dia makan lah..hihihi

Okeh..
Nak rehat lagi..esok ada agenda jalan2..insya Allah..nanti kita update ye..

I AM A MAMA..AND I LOVE MY JOB SO MUCH!!
I DON'T SELL THINGS 
BUT I GIVE WITH NO FUSS



Luv,
Igloomama
Shah Alam

Day One : Short Trip to Cameron Highland

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah...

Cuti sekolah kali ini Mama dah ada plan ahead. so, at least kita dah ada guideline..just in case apa yg plan tak menjadi..so..kita main tukar2 hari aje laa...hihihi

Okeh..berbalik pada kisah short trip kami..
The best and amazing short trip yang Mama rasa sangat2 bermanfaat buat Mama, Baba dan Hashimiz. Alhamdulillah.

5.15am - Bertolak dari rumah
5.30am - Solat Subuh di Masjid Shah Alam.
6.30am - Memulakan perjalanan. (ingatkan anak2 untuk membaca doa musafir)
8.00am - Tiba di Tapah
*Kami spend masa di sini agak lama, bersarapan bersama dengan rakan sekolah Baba. Terima kasih kerana sudi bersarapan bersama kami : Arjunee, Wife dia Yani dan juga sons, Amal dan Aiman.
(Silaturrahim juga penting :D)

9.30am - Mula mendaki Cameron Highland (melalui Tapah)



10.30am - Tiba di Tanah Rata. Kami terus ke Taman Agrotek Mardi. Info : Tiket Dewasa RM3, Kanak2 7 -12thn RM1.50. So total tiket kami, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak RM9.
Kalau korang nak beli pokok2 bunga, hiasan ataupun anak2 pokok, baguslah belinya di sini. Harga lebih murah. Mama beli sepokok daisy, sepokok pine hiasan, sepokok bonsai dan beberapa pasu kaktus buat Hashimiz dan kawan2nya.



1.30pm - Tiba di Tapak Pasar Malam. Kebanyakan gerai2 pasar malam sudah dibuka awal. Kami pun membeli lah. Sayur2, Teh dan juga sedikit cenderamata.
2.15pm - Tiba di Kedai Teh Bharat, Cameron Valley. Kami berhenti untuk minum teh dan amik lunch ringan2.
3,00pm - Mulakan perjalanan pulang (juga ikut Tapah)
4.30pm - Singgah di Masjid di Area Tapah untuk solat Jamak Ta'khir.
6.00pm - Sampai di Shah Alam

Selesai misi kami.
Tujuan utama ke Cameron :-
--> Permintaan Haarith Hashim nak makan strawberi coklat. *Sedap strawberi coklat di Mardi. secucuk RM2.50.



--> Mama nak beli teh
--> Nak pergi Mardi.
--> Nak jalan-jalan lihat alam sekitar.





Alhamdulillah..
Semua yang di plan menjadi.
Letih?
Tolak ketepi.
Nikmat Allah beri terlalu banyak nak dibandingkan dengan letih yang sedikit.
Alhamdulillah.
Seronok!




Nak buat short trip mcm ni lagi..Insya Allah.

Luv,
Igloomama
Shah Alam


School Hols September 2014

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah..

Insya Allah Mama akan buat update harian untuk aktiviti cuti sekolah kali ini. Walaupun seminggu, tetapi Mama rasa nak SHARE.. mungkin boleh menjadi panduan untuk parents yang mencari-cari aktiviti dengan anak-anak.

So..
Untuk Update Cuti Sekolah, Mama akan letak label "School Hols Sept 14"
Dan setiap tajuk ada menunjukkan hari ke berapa.


Okeh...moga ianya bermanfaat buat kalian..Insya Allah.


Luv,
Igloomama
Shah Alam

Friday, September 12, 2014

Sayyidul Ayyam datang lagi...

Assalamualaikum WBT

Mama bz skit semalam..

Salam Jumaat semua..

Sayyidul Ayyam datang lagi...

Pagi ni Balqees Hashim minta potong kuku..padahal Mama baru potong kukunya hari Isnin yang lepas. dan lihat kukunya masih pendek.

"Kan sunnah potong kuku hari Jumaat."



Baik lah anak..
Mama pun potong kuku Mama sekali..


Satu lagi sunnah pada hari Jumaat adalah...

Membaca Surah Al Kahfi.

Dah baca???
Alhamdulillah... tapi kalau belum..bacalah..tak lama pun..paling lama setengah jam...

satu tips mudah nak baca Al Kahfi..

Kalau selalu kita bangun pukul 5,30am, so, amalkan setiap hari Jumaat kita bangun setengah jam lebih awal. Alaaa...seminggu sekali aje.. solat Tahajjud dan baca Al Kahfi sblm subuh. Haa..mudahkan!! Jadi hari anda bermula dengan bermunajat pada Allah dan menuruti sunnah Rasulullah SAW.

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

Al Kahfi : 1-2


Selamat beramal!!

Luv,
Igloomama
Shah Alam

Tuesday, July 15, 2014

Nak kena sabar sampai bila??

Assalamualaikum WBT

Fuhhh...sabar..sabar...



"Jika kita disakiti, lekatkan sabar dalam hati, doalah agar kita tidak menyakiti orang lain"

Allah sangat mencintai orang-orang yang sabar.
“… Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”
(Az-Zumar: 10).

Sampai bila perlu sabar?
Jawapannya : sampai mati.
Sabar tiada batas, bukan hanya rela, tetapi rela bertukar redha.
Quote from Hashim Ahmad Shiyuti

Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu pernah menuturkan: “Ketahuilah, bahawasanya (perumpamaan) sabar dengan iman seperti kepala dengan badan. Jika kepalanya terpotong maka binasalah badannya.”

Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah memberikan gambaran bahawa:
Sabar bukan bererti menyerah tanpa usaha namun, sabar juga bukan bererti perjuangan tanpa hasil.
Sabar adalah taman kesejukan di antara usaha yang maksima dan tawakkal yang sepenuhnya.
Sabar adalah timbulnya keyakinan yang kuat kepada janji Allah. Allah tidak mungkir janji.
Dengan sabar, hati begitu optimis, bahawa Allah akan segera menyambut niat dan keinginan tulus seorang hamba.

*sabarlah wahai anak, puasa kan didik sabar..

Salam 17 Ramadan
Igloomama
Shah Alam

Tuesday, July 8, 2014

Cabaran Anak Kecil Berpuasa....

Assalamualaikum WBT

Cabaran!!

Salah seorang Hashimiz berasa tidak puas hati dengan menu bersahur semalam.
Sebelum tidur dia request burger ayam, dan Mama turutkan menu permintaannya. Namun, kerana kekangan mata yang tak terbuka luas, dia hanya menjamah separuh sahaja burger tersebut.

Apa yang terjadi hari ini mungkin pengajaran buatnya. Namun, kerana dia masih kecil dan tidak faham, maka kesalahan itu diletakkan pada Mama.
Keadaan di rumah agak tegang apabila Mama mengatakan perlu makan secukupnya jika tak mahu lapar atau sabar menanti waktu berbuka puasa walaupun perut berkeroncong tak sudah. Tapi...kejadian berlaku sebaliknya.

Maka dalam hal ini Mama senyap dan cuba bersabar. Dia masih kecil dan kurang memahami situasi. Namun ada di antara selang masa Mama cuba bertegas. Walaupun kurang berkesan, dia masih meneruskan puasa dan aktiviti lain dengan amukan yang mencabar.

Toleransi tanpa Ketegasan adalah ketidakupayaan
Ketegasan tanpa Ilmu adalah Ketidakcerdikan
Toleransi dan Ketegasan di atas ilmu adalah Kebijaksanaan.

"Dan orang yang berdoa : "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikan kami pemimpin bagi orang yang bertakwa"
Al-Furqan : 74

Berusaha mencetak insan soleh perlu 'printer' yang premium kualitinya. Mudah bila sekadar bersemangat (seperti melihat printer yang baru dibeli) tetapi prosesnya bukan sekadar memetik suis printer.

Maafkan Mama, Mama belum lagi cukup ilmu di dada, kurang kesabaran kadangkalanya, cuma, ada masanya Mama perlu bertegas, moga suatu hari nanti kamu semua faham akan erti 'bebel' dan 'garang' Mama..

Salam 10 Ramadan

Igloomama
Shah Alam

Friday, May 2, 2014

Diva nak exam??!!

Salam Jumaat Sayyidul Ayyam.

Sekejapnya dah bulan lima..dan dah masuk rejab dah pun..2months till Ramadhan, insya Allah.

Last wednesday, Mama dapat letter from Restukids..diaorg akan conduct the mid year exam starting from 5th-9th May!!!

Ya Allah...
Nervous!

Aiman Hashim mcm x berapa neves sangat...tapi....neves kat Aness Hashim!!

Terbayang muka yg x de perasaan bila suruh belajar dan gerak gaya manja2 gitu bila disuruh buat homework!

"Adek penatlah! Mama tolong peganglah tangan Adek nii"

"Tak buat pun x apa..nnt Adek buat kat sekolah dengan teacher"

"B-A..BA...B-A..BA..baba.. haaa..kan dah pandai.." tutup buku and sambung main. (Yg tu je yg dia eja..hahaha)

"Adek meh sini tunjuk Mama mana huruf A?
"Yang ni..yg ni...yg ni...haaa..semua huruf A!!" Dia tunjuk pada semua huruf

Amacam??
Walaupun tau dia hanya 4 tahun..
Tapi...
Dia nak kena pegi exammmmmm!!!

Huwaaaa......😂😂😂

Oh ye..jgn lupa baca Al Kahfi ye kawan2...

Wednesday, April 30, 2014

Kuala Gandah..The Elephant Sanctuary

Assalamualaikum WBT

Alahaiiii...
Ni yang susah hati..

ISSA buat school trip ke tempat ni..
Kenapa laa jauh sgt..



Maaf ye Hashimiz..Mama tak dapat berikan kebenaran utk trip kali ini...jauh bebenor utk anak2 darjah 2 dan 3....

Tapi..
Insya Allah kita switch ngan other plan ye..

Err..korang tak tau ada tempat konservasi gajah2 kan??
Nanti boleh masukkan dalam list trip..

Kami??
Rasa mcm nak pergi juga..one sweeet day insya Allah..


---

Shaklee Anyone??
COD - Shah Alam
SMS/Whatsapp 24/7
0192491201

:: RM75 for life and enjoy products at member's price! ::

Monday, April 21, 2014

Sukaneka Restukids di Riyadh Restu, Kuang.

Assalamualaikum WBT

Tarikh : 12 April 2014

Kenangan terindah sukan Hashimiz.
Tahniah Restukids!!

Now, let the pics tell you the stories!!

dedicated teachers and super supportive parents!


from left : Ariff, Haarith Hashim, Afif, Aiman Hashim & Balqees Hashim


presenting our Little Diva - Anees Hashim


Mama's boyfriend - Ammar



Sukaneka : Bawa bola dalam gelung plastik


Aiman Hashim in action!


Anees Hashim in action!


blood-tie relationship..always holding each other hands


Yeah...go girl...jump..jumpp..


Lari bawa pundi kacang atas kepala feat Balqees Hashim gigit jari..hahaha


When ex-1 month KISAS met ex-KISAS


What are you doing Haarith Hashim?


Parents in Purple..Aww..sweet moment holding ball with our neck..
sorang tinggi and sorang pendek..ahahha..



Mama's boyfriend again!!


3 BFFs


The wooden house..


again..the 3 BFFs


Haarith Hashim is waiting for his turn..Giant Ice Cream Match


Look at Baba...excited betul!!


Little Diva again...biting her fingers..hahah


Hikhikhik...again Mama's boyfriend!!



Teacher Dilla..the emcee


Tatehhh..tatehhhh...boyfriend baru nak tatehh..hiihihhi


Bestnya sukan!!

igloomama
shah alam