Showing posts with label Performance Drink. Show all posts
Showing posts with label Performance Drink. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

Gout???

Assalamualaikum WBT

Ola2..lama betul Mama tak layan menulis ni kan...
Ishhh..banyakdangat bernda tertangguh nak ditulis..insya Allah Mama akan setelkan skit2..dok dalam draft..tp tak abis..ihihhi...

Beberapa hari lepas group chat Mama sibuk story mory pasal GOUT..

Barulah Mama teringat yang Shaklee pun sebenarnya ada supplement utk pesakit gout..Insya Allah terbaik...yelah..supplement kan bagus untuk kita semua kan...Shaklee bukan ubat ye...ianya hanya sekadar makanan tambahan..so..kesannya depends on orang dan juga cara pengambilannya..juga sejauh mana keseriusan penyakitnya.

Gout adalah sejenis penyakit sendi berpunca daripada asid urik berlebihan yang terkumpul di dalam badan. Asid urik adalah bahan buangan terhasil semasa proses penghadaman sejenis protin bernama purin. Apabila tubuh kita berlebihan asid urik yang terkumpul di dalam sendi, ia akan menyebabkan gout, batu karang, dan kegagalan buah pinggang

pic : carian google. tq!!

Apa yang perlu diambil oleh pesakit GOUT??

Performance Drink
Memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi.
Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing.
Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi mengantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.

Omega Guard
Mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan

Alfalfa
Detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan.
Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.

Anda ada masalah ni??

Seperti biasa...
Order Shaklee dengan Mama??
Harga Ahli semestinya!!
COD sekitar SHAH ALAM
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201




Wednesday, October 23, 2013

Kisah Mama kena denggi....

Assalamualaikum WBT

Haaa..kan Mama kata Mama nak story panjang kan..

Ini laaa kisahnya...kenapa Mama senyap last few days...

Nak jadi cerita...

8/10 Mama pi round garden ngan Baba...konon2nya exercise laa...badan Mama dah rasa mcm tak sihat...mcm sakit2 gitu...tapi Mama gagahkan juga nak exercise...sampai aje rumah..Mama terus tdo...dan bangun jap dengan keadaan tak larat..pi amik Anees Hashim kat sekolah..then Mama sambung balik tdo...tak larat sungguh rasa badan...



9/10 Mcm tu jugak..bangun hanya untuk solat..Mama tak larat nak buat apa2...makan pun tak de selera...

10/10 Baba bawak Mama pi klinik...cek2 rupanya demam 39.5..kena cucuk sekali..then..doc decide amik darah..pufffffff....positif denggi.. ujian.... Mama terus demam dan demam hari tu... masih lepak juga atas katil...solat pun berbaring...kalau larat skit Mama duduk...tapi mmg flat abis laa Mama...

11/10 Tak pegi klinik...bertahan di rumah...tapi memang tak tahan sebenarnya...makan memang tak de selera langsung..haihhh...ujian Allah beri...

12/10 Pi klinik...kali ni masuk 2 botol air..sbb platlet Mama dah turun! Then doktor terus suruh serah diri kat hospital. Maka..admitted laa Mama di DEMC..uhuhuhuh..kejap2 cucuk amik darah...masuk lagi 3 botol air...



13/10 Platlet turun lagi! minum mcm2...terharu betul Mama... keluarga dan rakan2 yg dtg bwk mcm2 utk cepatkan Mama baik...Mama still continue makan Nutriferon dan juga Performance Drink + Air Zam2...
masuk lg 3 botol air ari ni...uhuhuhuhu...darah amik 3 kali...lebam sudah tgn...

14/10 Doktor datang pagi2 lagi...bg tau platlet Mama dah naik...so..dia nak bg discharge! Alhamdulillah...tp doc suruh Mama rehat sbb Mama tak pulih sepenuhnya lagi.. memang pun..pening2 gitu..jalan tak stabil.

15/10 Raya!!!! Mama jalan ke surau...badan still imbalance..tp gagahkan jua..

sekarang...
Ada certain time masih lagi rasa imbalance...dan kadang2 gigil2

Mama still continue Nutriferon dan Performance Drink

Ujian Allah beri sbb Allah nak hapuskan dosa dan tinggikan darjat kita...
So, Mama terima dengan redha..Alhamdulillah...sayangnya Allah pada Mama..

Tu je laa sebenarnya Mama nak story...cut short...kalau nak carita one by one...nampaknya Mama tak tdo laa..hihihihi

Cuma Mama nak share aje...if ada antara sedara mara atau kawan2 yg kena denggi...mungkin korang boleh suggest Nutriferon dan Performance Drink untuk beri tenaga dan kuatkan daya imun...tapi..kena ingat..segala2nya Allah dah plan untuk kita dan perancangan Allah yang terbaik..kita cuma berikhtiar..dan kena laa ikhtiar kan...

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara






Saturday, October 5, 2013

Owh..owh..Baba demam!!

Assalamualaikum WBT

Siannya Baba...

Smalam Baba kata tekak n hidung macam sakit..

Hari ni demam..selsema..achummm...achuuummmm...




Baba dah telan dah Nutriferon, B complex dan vit c...minum Performance Drink pun dah...















Berehat ye Baba sayang...



Moga Allah sembuhkan Baba cepat2 dan sihat seperti biasa...

Doakan Baba ye..

Nak dapatkan Nutriferon, B Complex dan Vit C???

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara



Thursday, July 11, 2013

Siapa tak SAHUR???

Assalamualaikum WBT

Salam buat semua..

Alhamdulillah..2 Ramadhan sudah..seronok kan berpuasa??
Teringat di zaman sekolah dulu, Mak akan kejutkan Mama pukul 3am..makan2 (mesti makan nasi!! + teh o suam!!) dan Mak juga akan paksa tidur balik pukul 4am sbb tak nak anak2 dia ngantuk kat sekolah. Macam2 cara yang mak2 kita buat untuk pastikan anak2 mereka berpuasa dengan jayanya kan..hihihi

So, siapa di antara pembaca yang tidak pernah bersahur? Atau mungkin frasa yang tepat adalah MALAS..jom kita cuba selusuri apa manfaat bersahur..



Puasa adalah ibadah yang melambangkan keikhlasan. Jika seseorang itu benar-benar berpuasa, tanda adanya keikhlasan yang besar dalam penghayatan Islamnya. - Dr Maza

Walaupun Sahur tidak diwajibkan, ianya adalah SUNNAH! Ini bermakna bersahur adalah amat digalakkan. Antara sebabnya ialah :-

1. Ianya menjadi perbezaan antara orang-orang Islam dan Yahudi.
"Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. 
(Riwayat Muslim).

2. Allah meletakkan keberkatan dalam bersahur.
"Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3. Bersahur di samping membantu kita untuk lebih cergas semasa berpuasa, ia juga mendidik seseorang untuk bangun pada sepertiga yang akhir malam. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyai kelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar. Dalam hadis, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).




Aduhh..baru tau ye betapa ruginya kita jika tak bersahur? 

"Tapi saya mmg tak boleh makan tgh2 malam tu..nnt lagi sakit perut saya"
Bukan suruh makan sampai penuh sehidangan di meja. Cukup sekadarnya.

Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” 
Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid).

Atau sekadar bersahur dengan tamar!! Dan ianya sangat digalakkan. 
"Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. 
(Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).



Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan.

Sahur itu Sunnah untuk dilewatkan. So, tak de lah masalah bgn tgh malam untuk makan. Selesai bersahur, terus solat Subuh dan boleh sambung dengan apa2 aktiviti ibadah yang lain.

Ayat Al-Quran dan Hadith berkenaan melewatkan sahur antaranya :-

1. “Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadith ini menunjukkan pada zaman Nabi s.a.w ada dua kali azan bagi waktu subuh. Ini seperti yang diamalkan di kebanyakan dunia Islam terutamanya Mekah dan Madinah. Azan pertama sebelum masuk waktu, ia dilaungkan oleh Bilah bin Rabah. Azan kedua, oleh sahabat Nabi s.a.w yang merupakan seorang buta, beliau Abdullah ibn Ummi Maktum. Maka Nabi s.a.w mengizinkan seseorang yang hendak berpuasa itu makan sehingga azan kedua, iaitu masuk waktu subuh yang sebenar, maka barulah berhenti.

2.“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).

Maka berdasar al-Quran dan hadith2 di atas, juga pelbagai riwayat yang lain, maka waktu ‘imsak’ yang sebenarnya bermula apabila masuknya waktu subuh, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Maka, apabila seseorang bangun bersahur dan didapati waktu subuh belum masuk sekalipun hanya tinggal beberapa minit, dia tetap boleh memakan sahurnya sehinggalah masuknya waktu subuh.

Apa lagi alasan yang nak diberi?
Tepuk dada tanya diri....


Mungkin anda boleh juga cuba yang ini..



Mudah, Ringkas, Berkesan...cuma tambah buah tamar aje...dapat pahala, Insya Allah!!!






Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam & Subang Jaya
PosLaju seluruh negara

Thursday, June 27, 2013

Tripple Gem by Shaklee

Assalamualaikum WBT


SEDAP

BERSEMANGAT

CERGAS SEPANJANG HARI

KHAS UNTUK :-

BUAH HATI KAMI


Tinggal di asrama? 
Ibu Ayah perlu dapatkannya untuk mereka!


Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam & Subang Jaya
PosLaju seluruh negara

Saturday, June 22, 2013

Nak, ni bukan kabus..ni jerebu..

Assalamualaikum WBT

Sakit hidung hari ni...Shah Alam penuh jerebu...
Jom tambah ilmu..




Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.[1] Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
> Kanak-kanak
> Orang tua
> Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
> Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
> Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
> Iritasi di mata serta mata yang merah
> Kulit terasa gatal

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
> Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
> Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
> Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
> Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
> Selalu minum air
> Sediakan ubat atau pemakanan tambahan jika anda mempunyai penyakit pernafasan




Shaklee sememangnya menawarkan rangkaian vitamin untuk mengukuhkan sistem imun, meningkatkan daya ketahanan badan, mencegah penyahidratan dan juga mencegah influenza. Pemakanan suplemen tersebut Insya Allah dapat membantu kita mengekalkan kesihatan di tahap maksimum terutamanya apabila berlakunya pencemaran udara/jerebu.

Antara yang boleh diambil ialah :




Vit C Chew
 Omega Guard


Nutriferon
Performance Drink


Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam & Subang Jaya
PosLaju seluruh negara. 

Monday, June 3, 2013

Musim kenduri dan sakit perut

Assalamualaikum WBT

Salam kasih sayang semuaaaaa..

Ya Allah seronoknya balik kampung.
Destinasi kami minggu lepas adalah KELANTAN!!

Mama ke Kelantan selain nak balik kampung..kami ke sana meraikan perkahwinan sepupu Mama bersama pujaan hatinya seorang mek klate yang kiut miut! So, Selamatlah semuanya...yang dah kawin..dah setel nikah..yang Mama ni laa dah sampai Shah Alam dan kus semangattttt...penuhnya bakul laundry kami!!! ihihhihi..tak pe lah..sekali sekala..bukan sokmo2 pung...

Nak jadi cerita..sampai kelantan ari tu..Ma (MIL Mama) sakit perut..Ma kata dah pi toilet dua tiga kali pagi tu..(kami sampai klate pukul 8am). Mama pun cepat2 unpack barang2 yang bawak dan Mama carik Performance Drink. Mama bancuhkan satu cawan utk Ma. Pas makan, Ma pun minum lah..



Mama pun lupa nak tanya apa2 lepas tu..sebab sibuk2 nak pi majlis nikah cousin Mama tu..
Pegi majlis nikah tu...siap ada kamben golek lagi you...ihihi..mmg makan mcm tak ingat laa..

Balik kenduri semua dah letih. So, apa lagi..terus tdo!

Bangun subuh keesokkannya tu..Ma ckp,
"Aida, Ma dah pi tandas 2kali dah pagi ni..ada tak air yang mcm smalam tu. Smalam minum, Alhamdulillah..perut rasa lega dan tak letih."

"Ada Ma..nanti aida bancuhkan sat."
Mama pun bancuhkan laa..satu mug lagi. Hajatnya nak letak dlm botol air, tapi carik2 botol air, tak jumpa pulak. Setel bancuh, Ma pun minum. Pas minum beberapa ketika Ma ke toilet lagi.

"Lega skit." katanya.

So, nak jadi cerita, smalam masa Mama nak balik Shah Alam...Ma ckp
"Aida tinggalkan Ma skit air tu. Rasa sedap tubuh bila minum. Kita buang2 air pun tak rasa letih sangat..cuma kaki ni je laa..lenguh pi toilet."
*usahkan Ma, Mama pun lenguh kalau toilet cangkung*
*smile*



Mama pun masukkan separuh canister ke dalam tupperware dan tutup rapat, dan ceritakan mcm mana cara bancuhan. Syok bila tgk Ma berminat dengan Shaklee..Ma mmg penyokong tetap Mama!! Alhamdulillah.
Dan Mama lagi seronok bila Ma kata Ma tak amik dah ubat2 hospital. Alhamdulillah!!

So, kalau Ma Mama yang dah berusia 70 tahun lebih pun masih mempunyai keinginan untuk mencuba, kenapa tidak kita. Kulit Ma walaupun sudah tak tegang..tapi masih putih bersih dan lembutttsssss...

Tak salah mencuba kan!!

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-


1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201

2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
PosLaju percuma dengan pembelian RM350 ke atas

COD di Shah Alam & Subang Jaya
PosLaju seluruh negara.

  

Thursday, May 2, 2013

Anak Sihat, Ibu Ceria, Ayah Gembira

Assalamualaikum WBT.

Salam sayang buat semua...
Bila bercuti macam semalam, riuhlah keadaan rumah masing-masing dengan gelak tawa anak-anak yang turut bercuti sekolah. Seronok rasanya dapat melihat berkumpul adik beradik membaca, menonton atau bermain. Biasalah, jika anak-anak kita sihat, kita pun akan turut rasa gembira..

Mama nak bercerita sedikit berkenaan pengambilan supplement untuk anak-anak. Tambahan bulan Ramadhan dah nak sampai..so, mungkin kita boleh membuat persediaan awal untuk menanam rasa seronok menjalani ibadah puasa selain membuatkan mereka kekal bertenaga dan segar sehingga masuknya waktu berbuka puasa. Bagi ibu bapa juga, mungkin boleh membuat persediaan dari segi kewangan dan juga jadual pemakanan mereka bagi memastikan mereka sihat menjelang Ramadhan sehingga ke Syawal nnt insya Allah.


Omega Guard

Supplement yang sangat popular bagi anak-anak daripada Shaklee. Antara makanan tambahan yang membekalkan DHA kepada otak si manja. Antara manfaat lain adalah untuk meningkatkan daya imun anak-anak secara tidak langsung kerana ianya juga makanan kepada sel. Insya Allah dengan pengambilan Omega Guard, daya tumpuan dan daya ingat anak-anak dapat dipertingkatkan.


ESP - Soy Protein Isolate Powder



Protein merupakan makanan utama sel dalam tubuh badan kita. Pembesaran, pertumbuhan, membina dan membaiki sel-sel dalam badan, pembinaan otak adalah manfaat utamanya. Perlu diingat bahawa, penyerapan diet dan supplement adalah lebih cepat apabila tubuh badan kita mempunyai sel tisu yang sihat.


Meal Shake



Anak-anak memang terkenal dengan kesusahan untuk menelan pil ataupun mengambil supplement. Oleh itu padanan protein dan multivitamin yang lengkap di dalam Meal Shake amat bersesuaian dengan mereka. Selain daripada itu, Meal Shake dapat membantu dalam meningkatkan selera makan anak-anak terutamanya bg mereka yang cerewet atau baru pulih dari penyakit/demam.


Performance Drink


Minuman glukos yang mempunyai formula opticarb yang membantu menyeimbangkan kandungan gula dalam darah dan membantu kita untuk mengekalkan kecergasan. Boleh dijadikan sajian minuman sekeluarga. Amat digalakkan untuk diambil ketika bersukan, cirit birit, ketika cuaca panas, demam dan juga apabila berpuasa. Boleh juga dijadikan bekalan kepada anak-anak untuk ke sekolah.


emoga informasi di atas boleh menjadi panduan kepada ibu bapa dalam menyediakan makanan tambahan untuk anak-anak.

Anak sihat, Ibu ceria, Ayah gembira!


JOM SHAKLEE!!
Perlukan konsultasi atau ada pertanyaan? Mana nak beli? Jadual pemakanan??
SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
COD area Shah Alam & USJ
Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh je email Mama kat igloomama@gmail.com or you may even letak komen kat bawah ni. TQ

Luv,
iGLooMaMa
Shah Alam



Friday, April 19, 2013

Testimoni Customer Shaklee.

Assalamualaikum WBT....

Syukur kerana Mama mendapat feedback yang baik daripada salah seorang customer Mama yang juga my former schoolmate masa kat Convent Segamat dulu.
Kawan Mama ni nak masuk tournament berbasikal sejauh 90km bersama suaminya. So, dia mengambil Performance Drink, B Complex dan juga Ostematrix Shaklee untuk membantu dia dan suaminya mengekalkan kecergasan, mempertahankan stamina dan mengelakkan kejang kaki.


Antara katanya...

"salam...nak cerita sikit, rasa disiplin je nak makan supplement shaklee ni sbb
nak cergas n sihat....skrg tiap2 ptg try out cycling n jog...alhamdulillah ok. so far kaki tak kejang walaupun first time cycling lama...peluh mmg byk la...."

Syukur Alhamdulillah...seronok Mama rasa dapat membantu...



Jadi, kepada sesiapa yang ingin mendapatkan vitamin2 Shaklee untuk memenuhi keperluan diet harian anda, jangan segan2 hubungi Mama dan Insya Allah Mama akan bantu untuk mendapatkan vitamin apa yg sesuai untuk diambil.





JOM SHAKLEE!!
Perlukan konsultasi atau ada pertanyaan? Mana nak beli? Jadual pemakanan??
SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
COD area Shah Alam & USJ
Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh je email Mama kat igloomama@gmail.com or you may even letak komen kat bawah ni. TQ

Luv,
iGLooMaMa
Shah Alam

Thursday, April 18, 2013

Jom Tukar ke Performance Drink Shaklee!!


Assalamualaikum WBT 
Salam sayang daripada Mama...
Mama nak share skit pasal satu lagi best seller Shaklee iaitu Performance Drink (PD)
Kebetulan last weekend ada kawan sekolah Mama order PD ni dari Mama..
"Aida, nanti ada cycling 90 km...takut takde energy n kejang kaki....risau jgk...sbb firt time nak join so carik2 produk yg ok...ok ke ambik performance drink?"
"Insya Allah. mmg sangat bagus pun performance drink utk aktiviti sebegini.,.infact Shaklee pun mmg menaja pelbagai kejohanan berbasikal ni..."
"Ok lah Aida..saya nak!"
Nak tahu..kawan Mama bukan amik PD aje..tetapi dia beli sekali B Complex dan Ostematrix untuk kesan yang lebih baik kepada kesihatan dan kecergasannya.

Shaklee Performance Drink® terbukti secara klinikal mampu menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance Drink mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.
Dilengkapi dengan rumusan optiCarb yang sudah dipatenkan. Tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet. Ujian klinikal membuktikan ianya dapat meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara circulation bendalir dalam tubuh.
Selain itu, PD membantu mencegah penyahhidratan bagi mengurangkan rasa haus serta melembapkan kulit. Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat bagi menggantikan air yang hilang sewaktu aktiviti fizikal.
Sangat disarankan untuk mereka yang tinggal di kawasan tropika dan yang aktif dalam kerja harian ataupun mereka yang terlibat dengan aktivi-aktivi lasak/sukan. Sesuai untuk dibekalkan kepada sesiapa yang ingin menunaikan Umrah/Haji.
Terbukti secara klinikal
• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan  hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk  kalsium dan magnesium .
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam
meningkatkan stamina.

Cara menikmati Performance Drink
Bancuhkan serbuk PD bersama-sama dengan air, samada air sejuk atau air  yang bersuhu bilik.
Banyak testimony mengatakan apabila PD dicampur dengan air sejuk, rasanya lebih enak dan menyegarkan!

So, pasni kita boleh avoid pengambilan minuman isotonik yang berkarbonat dan tinggigula kepada minuman yang lebih sihat dan memberi value added kepada kita,Insya Allah!!  JomTukar!! 

JOM SHAKLEE!!
Perlukan konsultasi atau ada pertanyaan? Mana nak beli? Jadual pemakanan??
SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
COD area Shah Alam & USJ
Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh je email Mama kat igloomama@gmail.com or you may even letak komen kat bawah ni. TQ

Luv U!!
iGLooMaMa
Shah Alam