Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Monday, April 22, 2013

Set Penyusuan Shaklee, TERBAIK!!


Assalamualaikum WBT

Salam semua...
Mama terpanggil untuk membantu sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai set penyusuan Shaklee. So, bg sesiapa yang selama ini confuse dengan set2 penyusuan Shaklee, Mama telah sediakan Venn Diagram utk kemudahan semua...

Set B
Basic set untuk ibu2 yang tiada mempunyai masalah dlm perjalanan penyusuan mereka. Set ini juga bagus bg membantu mereka kekal cergas dan bertenaga walau mungkin kekurangan waktu rehat dan tidur.

Set E
Gabungan basic set dengan Ostemarix yang juga dikenali sebagai kalsium magnesium mampu membantu ibu2 yang menghadapi kemeruduman susu di saat sedang berlakunya PMS. Seperti mana yang kita ketahui, kebanyakan wanita akan mengalami sindrom PMS dan di waktu ini sebenarnya wanita especially ibu2 yang menyusukan kehilangan banyak kalsium. Kekurangan pengambilan kalsium sekaligus turut menyumbang kepada kemeruduman susu ibu.

Set M
Merupakan kombinasi terbaik set penyusuan Shaklee. Gabungan Set E dan ESP Insya Allah dapat membantu ibu2 yang mengalami masalah dalam perjalanan penyusuan mereka. Masalah kekurangan susu, pengepam tegar dan juga relaktasi kebanyakannya dapat diselesaikan dengan pengambilan set ini secara berterusan dan mengikut jadual.



Bagi sesiapa yang ingin mengetahui maklumat mengenai setiap satu jenis vitamin yang terdapat dalam set2 yang terpamer di atas, boleh rujuk di sini

Sesiapa yang mungkin mempunyai certain budget, PM Mama untuk mengetahui tentang trial set yang terdapat untuk set2 di atas. Insya Allah Mama akan membantu.

Mama selalu tekankan kepada sesiapa yang mempunyai masalah dlm penyusuan atau juga serba sedikit masalah kesihatan, tak rugi untuk kita mencuba. Ini kerana kita perlu sihat dan cergas untuk meneruskan perjuagan kita sebagai hamba Allah dan juga jangan lupa, kita dikasihi oleh ramai orang..anak2, suami/isteri, ibu bapa, keluarga, sahabat handai.

So, Mama rasa kita lebih tahu tentang keprluan diri kita sendiri daripada org lain. Mama harap dengan sedikit bantuan kecil Mama, dapatlah sama2 kita memahami fungsi vitamin dalam diet seharian kita.

Mama Sayang Semua!!

JOM SHAKLEE!!
Perlukan konsultasi atau ada pertanyaan? Mana nak beli? Jadual pemakanan??
SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
COD area Shah Alam & USJ
Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh je email Mama kat igloomama@gmail.com or you may even letak komen kat bawah ni. TQ

Luv,
iGLooMaMa
Shah Alam


Thursday, April 11, 2013

Kak, susu saya kurang..boleh tolong?

Assalamualaikum WBT...

Syukur kerana Allah memberikan peluang untuk Mama menyusukan Hashimiz. Walaupun pada peringkat awal kesedaran tentang menyusukan anak ni kurang, tetapi sebagai Mama, kita tetap ada keyakinan yang meyusukan anak ni adalah yang terbaik.



Ramai juga yang mengatakan tak semua ibu2 dikurniakan kelebihan dari segi kuantiti susu yang keluar. Mama pun begitu, tapi itu bukannya sebab untuk Mama menarik diri menyusukan anak2 di peringkat awal. Syukur juga Baba adalah seorang yang sgt supportive dari segi ini...apa je yang org kata boleh support supaya susu sentiasa cukup untuk anak2nya..dia akan turut membantu Mama sama ada dari segi kewangan atau pun moral support. Walau susu Mama tak sebanyak rakan2 seangkatan yang lain, cuma yang penting..susu sentiasa ada untuk diberikan kepada permata hati kami.

Pertamanya yang Mama selalu ingat dalam kepala ni..anak2 adalah amanah Allah yang terbesar perlu Mama jaga. Allah beri anak dan juga beri susu pada ibu2 untuk kita feed mereka. Kalau Allah beri, kenapa kita perlu tolak? betul kan? So, sebaik sahaja Mama tahu yang Mama mengandung, Mama terus pasang niat dan berdoa agar Allah memberi kesempatan untuk Mama menyusukan bayi yang bakal lahir ini. Kita perlu bulatkan tekad bila kita sudah memasang keinginan (niat). Seperti mana kita slalu plan untuk beli sesuatu, kita dah set target kita awal2 untuk simpan duit. begitu juga dengan proses menyusukan anak ini.

Selainnya, kita perlu menyiapkan diri kita untuk berhadapan dengan situasi yang mungkin pelbagai. Think positive. Jangan lupa untuk sediakan bajet yang mencukupi untuk membeli kelengkapan penyusuan sekiranya kita seorang ibu yang berkerjaya. Jangan juga lupa untuk membanyakkan pengetahuan kita terhadap penyusuan ibu. Perjalanan yang bakal ditempuh tak semestinya sentiasa tenang dan dengan ilmu selalunya kita dapat menanganinya dengan sebaik mungkin,Insya Allah. Banyakkan bertanya jika tidak faham dan kutiplah sebanyak mana pengalaman orang2 yang pernah menempuhinya.

Mama selalu ingat satu benda ketika menyusukan anak..
"Susu ibu adalah menurut Demand & Supply method"
Maknanya? Ada demand..adalah supply..Insya Allah!! Tapi kalau kita tak susukan mereka..mcm mana kita nak create demand?? betul tak??

Other than that..lengkapkanlah diri kita dengan sesi pemakanan yang sihat..ambil tahu temtang jadual pemakanan yang sesuai untuk ibu2 yang menyusukan. Ambil berat tentang kesesuaian makanan yang perlu dimakan. Cari vitamin2 yang sesuai untuk ibu2 yang menyusukan. Apa sahaja yang kita buat, jika yang terbaik,insya Allah hasilnya juga terbaik!

Prof Dr Muhaya ada pesan..apa yang kita dapat adalah apa yang kita beri! jadi, berilah yang terbaik!!

Ada ibu2 yang perlukan bantuan Mama dari sudut pengambilan vitamin yang sesuai, jangan segan2...dan Mama suka nak share antara vitamin2 Shaklee yang memberi kesan yang terbaik untuk ibu2 yang menyusukan.....


ESP
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan juga sempurna. Sumber protein yang baik dalam diet penyusuan adalah amat penting untuk pengeluaran susu. Protein juga membantu membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Antara sunber protein yang terbaik adalah protein soya. Kita disarankan untuk mengambil sekurangnya 3 hidangan protein setiap hari.

Vitalea
Multivitamin yang diformulasi khusus dengan 28 jenis vitamin yang penting untuk ibu2. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang berterusan serta berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu dan juga bayi secara total.

Vitamin C
Terdapat kajian yang menyatakan seorang ibu yang menyusukan anak, apabila dia mengambil vitamin C, khasiat vitamin C banyak tertumpu kepada bayi. Seperti mana yang diketahiu umum, vitamin C sangat penting bagi menguatkan sistemimun disamping membantu membina kulit, gigi dan gusi yang sihat. Vitamin C juga dapat melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen untuk membina serta menguatkan sel2 tisu dalam badan selain membantu dalam penghadaman zat2. 1 biji Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji oren!!

B-Complex
Sokongan kepada sistem saraf dan metabolisme yang sihat. B-Complex Shaklee unik kerana ianya dilengkapi dengan asid folik dan 8 jenis vitamin B. Ianya bagus untuk memelihara kesihatan yang baik selain bertindak sebagai ejen penenag dan anti-stress. Ianya juga dapat membantu pembentukan sel2 merah dan tubuh, menukarkan protein, lemak dan carbo sebagai tenaga sekaligus membuatkan kita sentiasa segar dan bertenaga! Kesegaran dan tenaga yang optimum penting untuk ibu2 yang menyusukan bayi.

Alfalfa
Vitamin K, A, B1, B6, C, E, dan juga kalsium terkandung di dalam Alfalfa Shaklee. Kesemua yang terkandung dalam Alfalfa memberi impak yang signifikan kepada pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa mempunyai akar tunjang yang mengunjur sedalam 6m ke bawah dan ianya mampu menyerap pelbagai zat n mineral di dalam tanah selain daunnya yang mampumengumpul klorofil yang banyak semasa proses fotosintesis. Ianya juga diguna secara tradisional sebagai "milk booster".

Ostematrix
40% daripada susu ibu adalah kalsium! Kalsium amat penting untuk pertumbuhan tulang n gigi bagi bayi juga buat ibu yang menyusukan. Harus diingat ibu2 yang menyusukan anak2nya memerlukan 1000mg-1300mg kalsium setiap hari untukmenampung keperluan kalsium dirinya dan juga bayi yang disusui.


Mama harap dengan serba sedikit penjelasan dan coretan pengalamdi atas dapat membantu ibu2 yang menyusukan anak dan yang ingin menyusukan anak.

"Jangan takut untuk mulakan, kerana perjalan menyusukan bayi adalah detik2 yang indah dan sukar digambarkan...kita akan merindui setiap saat membelai simanja dan syukur kita punya kenangan tersebut..."

Selamat menyusukan bayi anda dan selamat menyihatkan diri anda..
Anda Sihat, Insya Allah Bayi Anda Pun Sihat!! (dan comel!!)

Luv
iGLooMaMa
Shah Alam

JOM SHAKLEE!!
Perlukan konsultasi atau ada pertanyaan? Mana nak beli? Jadual pemakanan??
SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
COD area Shah Alam & USJ
Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh je email Mama kat igloomama@gmail.com or you may even letak komen kat bawah ni. TQ

Tuesday, April 9, 2013

Subur? Perlu Vitamin?

Assalamualaikum WBT

Salam Selasa.....semalam dan hari ni Mama agak sibuk sebab banyak benda nak setelkan..ihihihhi...ke hulu ke hilir [dalam rumah laaa] pastu jalan-jalan carik pasal laaa kat Empire Shopping Gallery..

First time bawak Lil Diva Anees Hashim masuk toys r us...extremely happy dan excited..
"Ya Allah! Adek tak pernah tgk mainan banyak mcm ni.!!" sambil pusing2..ahhahaha...

Mama dah punya 5 anak..dan start kelahiran Aiman Hashim, Mama tak pernah bawak kids pergi Toys r Us..percaya??? ihihihihi...

ok2 lah..stop cerita pasal Mama..Mama just share pasal set kesuburan yang Shaklee tawarkan...dah terlanjur cerita pasal kids ni kan...



So, antara vitamin-vitamin yang boleh kita ambil antaranya ialah...


Untuk Wanita
Vitalea
B-Complex
Vita-C
Alfalfa
GLA Complex
ESP
Vit-E

Untuk Lelaki
Vitalea
B-Complex
Vita-C
Zinc
Vit-E

 Antara sedikit sebanyak penerangan mengenai vitamin2 yang disebutkan antaranya..

Vitalea
Multivitamin dan Multimineral yang membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pende kata ia memenuhi ruang2 kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

B Complex
Memberi tenaga, perasaan tenang & no stress . Sangat penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.

Vita-C
 Perlu untuk pembinaan dan pemulihan sel. Bantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesterone

Alfalfa
 Sangat membantu dalam hal2 organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya.

 GLA
Vitamin/produk yang memainkan peranan dalam kesuburan  dimana ianya membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari

Vit-E
Terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembetukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka supplement Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Zinc Complex
Untuk suami bagi membantu menyuburkan telur dan menguatkan sperma.

ESP
ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee ialah protein yg mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) dan diproses di bawah suhu rendah. Ia telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk ini.
Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.



Cuma di sini Mama nak ingatkan aje..apa2 pun ikhtiar kita..kita jangan lupa banyakkan berdoa dan tawakkal kerana itu yang paling penting, seperti mana yang telah Allah firman kan dalam Surah Al-Baqarah ayat 186:- 

وَإذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنّي قَرِيْبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِبُوا لِي 
وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونِ 

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk (berada dalam kebenaran)"


Perlukan konsultasi atau ada pertanyaan? Mana nak beli? Jadual pemakanan??
SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
COD area Shah Alam & USJ
Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh je email Mama kat igloomama@gmail.com or you may even letak komen kat bawah ni..

Jom !!!
iGLooMaMa
Shah Alam.


Saturday, March 30, 2013

M E N G A * D**G??? Lagi????

Assalamualaikum WBT

Salam malam Ahad..Ya Allah...kejapnya cuti sekolah nak abis...kain baju cuti2 ari tu blom sempurna setel lagi..hihihih....kena berusaha keras dalam masa beberapa jam terakhir ni..ye lah..Mama dah nak masuk keje balik..Supir Tetap Hashimiz kan....huhuhuhuhu

Pagi tadi kami ke rumah cousin Baba..Dr.Asyraf Wajdi Dusuki..dan Mama pun berpeluang juga berbual2 dengan wife-nya...Kak Wani - Dr. Irwani Abdullah...kami tak de laa berbual berkenaan islamic banking mcm Baba ralit mengambil kesempatan bertanyakan pelbagai soalan kepada sepupunya..cuma kami banyak bercerita mengenai family...dan kebetulan usia anak kecil kami hanya bezanya sebulan..so, mcm2 laa topic masam2 manis yang keluar kan...
( Ralat tak menjenguk Khola Aini yang baru lepas surgery..maaf yang teramat..melayan kerenah si kecil tadi sehinggakan terlupa untuk bertanya khabar. *insert sedih :((* )

Tapi salah satu yg menjadi topik perbualan kami yang membuatkan Mama tersenyum sendiri..ialah..

"Aida bila nak menambah? Muda lagi tu.."
"Errr....."

Terbayang betapa meriahnya rumah comel kami dengan keriuhan Hashimiz..


*insert LOL*

Kena tunggu Kak Wani conceive ni..so, boleh join...sebab anak2 kami kebanyakannya sebaya..Allahyarham Al Baihaqie Hashim sebaya dengan 'Ammar, Balqees Hashim sebaya dengan 'Affaf, Aiman Hashim sebaya dengan 'Affan dan Anees Hashim sebaya dengan 'Azzah..
Hihihihiiii..

Memang ramai di kalangan kawan2 Mama sekarang sedang berbadan dua..macam2 cerita Mama dah dgr..yang tu nausea..yang tu jadik malas..yang sorang moody semacam..ada yang tak de rasa apa2...relaks aje..

Itulah keajaiban seorang ibu yang sedang hamil..apa yang dia sgt suka..dia jadik tak suka..senang2 je semua benda twist..ihhihihihi..yang paling ajaibnya..ibu ni tak pernah rasa serik kan??? sakit mcm mana pun proses kelahiran anak2 mereka..mereka tetap mahu dan redha melahirkan lagi..Maha Suci Allah!!!
*syukur Allah jadikan Mama seorang wanita dan ibu..Alhamdulillah..*

Bebel punya bebel...jam dah kul 10pm rupanya...nak aturkan tdo Hashimiz...esok pagi2 kami ada agenda, insya Allah...nak kemana?? Haaa...tunggu kalau2 jadik ye...

Minat dengan Shaklee??
SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
COD area Shah Alam & USJ
Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh je email Mama kat igloomama@gmail.com or you may even letak komen kat bawah ni..

wanginya bau babyyyy...
iGLooMaMa
Shah Alam.

Wednesday, March 13, 2013

Wordless Wednesday....

Assalamualaikum WBT

Salam semua.....

Hari ni Mama ada satu cerita menarik. Pada Mama ianya menarik lah, tapi buat orang lain, tak tau pulak lah...hihiihhi...

Kisah yang selalu dialami oelh para ibu bapa di waktu pagi. Sapa taw??

Ya betulll!!!Kisah nak suruh anak pi sekolah..dan kisah bagaimana nak pujuk anak yang x berapa nak ke sekolah...

*sigh..sigh...sigh*

Dalam situasi Mama sekarang, Aiman Hashim sangat menguji kebolehan sabar Mama...hohohoho..kenapa? Okeh, since 2-3 weeks, dia akan buat macam2 alasan untuk tidak ke sekolah. Bila tanya kenapa Aiman tak nak pegi school? Dia kata "Teacher Raudhah marah" Owh...dan sebagai Mama yang sangat tak berapa puas hati dan curious dengan jawapan itu, Mama pun call sekolah dan tanya..tapi, satu jawapan yang amat meyakinkan Mama..."Sampai sekolah, dia ok je puan..tak de pula kami marah2 ke apa..cuma Aiman mmg bnyk cakap..." hohohoho..ikut sapa laaa tang banyak cakap tu ye nak? (Mama batuk-batuk..uhuk uhuk)

So, memamg senang nak naik hot ngan kids yang sebegini...kesabaran mak ayah akan diuji dengan pe'el anak2 bila dia tak nak ke sekolah kan?? Jadik..Mama dan Baba pun amik peranan masing2 yang sangat lah terrorist dalam bab pujuk memujuk nih...

:: this is definitely not Aiman Hashim..ahahahah ::

Isnin 11/3 : Aiman Hashim tak ngamuk sebab kami pergi sekolah bersama2 sekali masa hantar Balqees Hashim dan Haarith Hashim. Tapi itu pun lama nak boleh pegi mandi..selepas Mama terpaksa janji nak belikan kek Secret Recepi ko! ohohohho..dia angguk2 dan terus happy nak pegi sekolah..*pengsan*

Selasa 12/3 : Baba dah pegi dulu, so..tanggungjawab memujuk pada Mama laa..end up? Mama kena pikul dia dari rumah ke dalam kereta. Arrrgghhh..sambil2 meronta tu...rasa muscles semua bergerak lebih had..hihihihi...dah tu bila sampai sekolah..dia tak nak masuk sekolah pulak..teacher datang pujuk pun tak jalan..Bawah sekolah dia ada kedai makan..org2 yg tgh makan tu semua pandang laa kat kami sbb suara Aiman Hashim mmg sangat kuat okeh...ala2 all out gitu laaa..ihihhihi..untuk tidak menambahkan kemerahan muka Mama (bukan merah2 pink..ihihihi), Mama pun kata laa ngan tcer, yang Mama bwk Aiman Hashim pusing2 dulu..nnt dah reda dan redha Mama hantar dia..switch on engine, pi Max Value kat Kota Kemuning tu...then bg tau laa Aiman yg kat sini ada jual fav food dia..dan magic terjadi di mana tangisan dia terus berhenti immediately! Owh no!! just realized that DRAMA KING in the making okeh!!! uhuhuhuhuhuhu...kopak laaa Mama Aiman Hashim kalau hari2 mcm ni......

Rabu 13/3 (hari ni) : Baba pun pegi awal hari ni. Nak jemput pak sedara br sampai from Kelantan..dan..ye..mcm2 gaya lagi pujukan...tetapi..hari ni, Mama more prepared. Get him wake up late dan tutup astro. Then bila dia start ngamuk...Mama kata.."Aiman nak main basikal?" Dia angguk. "Kalau nak main basikal...skrg pegi mandi n pi sekolah..then balik sekolah, kita main basikal ye.." Dia bangun dan amik pi mandi. dah sudah mandi, dia kata.."Mama, Aiman nak roti beli kat kedai bawah boleh?" "Owh...boleh2.." Dia pun pakai baju n kasut n weoff to school dengan sonang hati...yeeeehuuuuuu...Alhamdulillah...

Khamis 14/3 : ? tak tau laaaa apa nak jadik esok...tapi rasanya..akan ikut cara hari rabu tu..hihihihihihhi...

So, Mommies out there..how do you find yourself convincing your little ones to school? 
*salute to all mommies*

wish me luck!!
iGLooMaMa
Shah Alam

Sunday, March 10, 2013

Ada aku kisah?

Salam buat semua.

Seminggu dua ni Mama rasa ada feel nak ber blogging balik since BFF Mama tu sangat sibuk suruh Mama aktif berblogging. Tapi biasalah..demam nak berblogging sekejap ada..sekejap masuk lubang..uhuhuhhu...entah kemana semangat itu terbang.

Hari ini semangat Mama berjaya dikait semula. Mungkin juga sebab Baba ada ber blog ari ni..so, apa kes pulak Mama yang tak berapa sibuk ni turut sama mencoret apa yang terfikir dalam kepala sekarang...

Sebagai ibu bapa, kebanyakan kita tahu apa yang patut dan tak patut anak-anak kita buat dalam kehidupan seharian mereka. Sindrom "Ada Aku Kisah" skrg mcm dah jadik trend mak ayah moden...Lebih kurang cerita macam hari Sabtu, kena basuh kasut (mujur kasut kids kaler itam :p) dan kita pun suruhlah anak-anak basuh kasut. Homework kena siapkan kalau nak pegi jalan mana-mana...dan macam-macam lagi. tapi mungkin kita tak perasan, dalam kita cuba untuk menguruskan kehidupan anak kekononnya dengan lebih baik, kita sebenarnya mengganggu ekosistem dalam badan diaorg (betul ke ekosistem? haha...)..Kenapa Mama kata begitu? Mungkin pada masa kita suruh dia buat macam2 yang kita NAK mereka buat, mereka sebenarnya telah merancang kerja2 mereka bersesuaian dengan keadaan diri mereka..so, dengan  adanya arahan daripada Mama dan Papa veto ni....so, mereka terpaksa menukar perancangan diaorg dan mencambahkan rasa kurang senang dlm kati mereka pada orang tuanya...bla..bla..bla...

Benda yang macam bagus ni Mama baru belajar semalam. As for me, parenting juga macam jadik doktor..trial n error..mungkin kesalahan cara kita hari ini membantu kita membetulkan landasan kita memandu anak-anak pada masa selepas sesuatu kesalahan atau error berlaku...

Oh ye..begitu juga as parents..kita kena jaga janji kita pada kids..ye..walaupun mereka adalah anak kecil..ye..walaupun mereka adalah anak2 kita! Jangan berjangkit dengan sindrom "Ada aku kisah" udah laaa...

Mama suka nak memberi contoh...
Katakan lah kita dah beritahu anak2, hari ni, Papa nak bawak kamu pergi beli baju..dengan syarat kamu mesti siap homework dan berperangai baik. Anak2 punyalah happy dan tak sabar2 nak dapat baju baru. homework disiapkan dengan baik dan masing-masing semuanya berperangai baik, siap tolong Mama mengemas lagi. Mama pun mungkin sangat excited sebab selalunya bila anak2 dapat baju, Mama pun dapat baju. Mama pun masak lah sedap2, kemas rumah...dan hidangkan makanan untuk Papa dan anak2 dengan seikhlasnya. Then tiba masa nak pergi, semua anak-anak dah suka (normal untuk kanak2 excited bila keluar berjalan-jalan apatah lagi untuk mendapat baju baru..perasaan mereka tidak dapat dikawal..alaaa..sama mcm kita dulu kalau mak ayah nak belikan baju...)..salah seorang daripada anak2 terpijaklah kaki sorang lagi..dan bermulalah bertekak mulut..pot pet pot pet...
Maka daripada situasi tersebut akan mula satu senario Ada Aku Kisah...
Anak akan fikir,,ada aku kisah pasal apa..yang penting yg sorang sakit...yang sorang lagi tak sengaja...masing2 akan memenangkan diri masing2...mungkin yg sorang akan meminta maaf tapi yang sorang lagi tak puas hati...atau tak mintak maaf langsung dan start laaa yang sorang lagi akan memulakan aksi yang macam2...mereka akan membuat bising selagi mereka tidak dileraikan...
Parents pun akan keluar dengan statement ada aku kisah akan janji aku tadi..so, akan terjadi lah dialog sebegini "Jom masuk rumah balik..Papa tak jadik nak pergi.."
Dan begitulah akhirnya sebuah hari minggu yang tak de apa2 kisahnya. 
Si anak yang mungkin tidak dipujuk akan terusan merajuk..membawa diri ke bilik masing2 dan mungkin juga menangis..bukan sahaja baju tak dapat, mungkin juga cubitan atau tengkingan mereka perolehi. Manakala ibu bapa pula akan panas hati kerana mereka rasa anak2 mereka tak pernah nak mengerti apa yang telah disuruh.

Sebaiknya jangan lah kita menjadi seperti sketsa di atas ye...

Mama bukan nak kata Mama bagus sangat..apa yang terjadi di atas, banyak kali berlaku pada Mama juga. Biasalah, mood wanita seperti Mama ada pasang surutnya...so, benda2 macam di atas tu akan ada tetapi tak mustahil untuk dielak. 
Tambahkan perisa kesabaran dalam kita menjalani kehidupan seharian, kerana anak2 sebenarnya mempunyai preference tersendiri dalam melakukan tanggungjawab mereka. terangkan pada mereka apa yang perlu mereka buat dan ajar mereka untuk menggunakan masa yang betul dan juga penuhi janji kita pada mereka...ingat..melupakan janji adalah perbuatan org munafik..jangan pandang remeh benda ini walau pada anak2 kecil.
Mama suka nak share apa yang Prof Dr. Muhaya kata..Setiap kali kita nak marah, cubit, pukul, bebel kat anak..kita tgk dulu diri kita sendiri..kita fikir mereka adalah ahli syurga....kalau kita pukul diaorg, diaorg mati..apa kita nak jawab? sedang mereka adalah anak2 yang akan menolong kita ke syurga...dan setiap kali kita lihat mereka...kita ingat ini mungkin kali terakhir kita atau dia melihat kita,,,,

So, ketepikan sikap "Ada Aku Kisah" pada anak2 kita, suami kita, isteri kita..hargai perasaan dan peranan mereka dan Insya Allah kasih sayang antara kita dapat dikukuhkan dan kita pun akan kurang rasa stress.

bila bebel tak ingat...
iGLooMama...
Shah Alam.