Showing posts with label Women. Show all posts
Showing posts with label Women. Show all posts

Saturday, August 23, 2014

Mengingati MH17

Assalamualaikum WBT

Berkali-kali timeline FB di scroll ke atas dan ke bawah. Kesemuanya berkenaan dengan Istiadat Penerimaan dan Pengebumian Jenazah Mangsa2 MH17 yang menyayat hati.




Mama masih kurang kuat untuk membaca kesemua cerita mengenainya. Masih belum cukup gagah untuk membuka video-demi video yang dishare..bukan kerana tak mahu ambil pusing, tetapi kerana hati tak sampai.

Sekeping gambar seorang anak duduk menangis di sebelah keranda ibunya, cukup membuatkan Mama berhujan lebat di dalam kereta semasa menunggu Hashimiz pulang sekolah. Hashimiz bertanya kenapa Mama menangis beria2?

Semasa Ayah meninggal, kerap kali Mama mencium pipi Arwah Ayah sebelum Ayah dikebumikan. Itu adalah saat paling sayu dan paling berharga kerana ianya adalah kali terakhir. Lepas ni tak ada lagi sesi mencium pipi Ayah seperti biasa. Itu lah yang Mama bayangkan apabila menatap gambar anak itu. Dia ingin mencium pipi ibunya, buat kali terakhir...ye..kali terakhir.

Anakanda, 
Ketahuilah sayang 
Allah lebih mengetahui segalanya
Allah ada untuk menjagamu
Jadilah dikau anak yang soleh
Supaya ibumu mendapat saham bersama
Supaya nanti erat tanganmu memimpinya bersama ke syurga, Insya Allah.

Tangisanmu di dunia
Insya Allah gembiramu di Jannah
Selagi mana kehidupanmu diredhaiNya

Ye..
Mati itu pasti..pasti..pasti!!
Jadi,
Sedia...sedia...sedia!!
Nak carik,
Redha...redha...redha Allah!!

#RememberanceMH17

MH17,
Dikau di hati segenap rakyat Malaysia..

Igloomama
Shah Alam

Monday, April 28, 2014

Hargailah pasangan, masa mereka ada....

Assalamualaikum WBT

Mama ingin berkongsi ayat sahabat Diyana Baiduri Nik Naziman.

"Hargainya pasangan anda ketika mereka masih ada"

Penghargaan bukan apabila pasangan dilimpahkan ataupun dimewahkan dengan wang ringgit atau harta benda.
Apalah ertinya jika pemberian hanya sebagai memenuhi tanggungjawab tapi tanpa hati.

Apakah memberi dengan hati berlainan?
Iya.

Apa buktinya?
Senang. Kenapa pasangan kebanyakan bercinta sebelum berkahwin?
Kerana ingin mengenali hati masing-masing (kononnya).

Selalu waktu bercinta, pasangan selalu bagi hadiah. Adakah anda ingat tentangnya?
Betul-betul ingat. Sebab setiap hadiah punya sebab dan punya memori.

Agak2nya sebab apa?
Sebab ianya sampai ke hati. Setiap perbuatan kekasih sentiasa menyentuh hati.

Kenapa tak sambung benda tu selepas kahwin?
Sebab dah tak tau nak letak mana dah dalam hati lagipun dia dah lain sangat dr yang kenal dulu.

Hahahahaha...

Kan...

Pasangan (kebanyakannya wanita) selalu mengimpikan suami mereka seperti yang mereka kenal semasa zaman berkasihan dahulu. Penyayang, romantik, particular, adalah sifat sejati sang kekasih.

Manakala suami pula selalu menganggap wanita yang dikahwininya sentiasa bercakap lembut, wangi, cantik bergaya dan muda di depan matanya. Kerana mereka berkekasih dengan wanita yang dahulunya masih muda, cantik bergaya dan mereka menghabiskan banyak tahun yang sia-sia dengan hanya melihat.

Semua yang cantik dan baik2 selalunya mudah menyentuh hati.

Cuba sang kekasih sebelum berjumpa pasangannya ambil dua tiga minit untuk membayangkan yang kekasih wanitanya nanti bakal comot dengan baju yang tak matching, dengan rambut yang serabut mengejar anak2 yang tidak memakai seluar. Ataupun membayangkan boyfriendnya balik kerja dengan muka yang berjambang dan bermisai tidak terurus dan menggosok-gosok perutnya yang semakin hari semakin buncit memarahi kita kerana kita belum masak lagi. 

Mama yakin ramai yang tak sanggup nak bergewe lama2 kan...

Kahwinlah
Bernikahlah
Semasa kalian masih muda.
Tatkala kalian sudah mengenali seseorang, mintalah pada Allah agar mempercepatkan urusan jodoh kalian jika itu yang terbaik, bukan dengan keluar berdua-duaan untuk sibuk mengenali hati masing2..
Kurangkanlah rasa cinta zaman berkasihan sebaliknya bercintalah setelah disatukan. 
Kerana itu lebih baik, lebih indah dan lebih cepat menyentuh hati.

Kita sebenarnya tak tahu bila pasangan kita akan dipanggil Ilahi.
Oleh itu,
Hargailah mereka dengan hatimu
Agar apa yang diberi melekat dalam hatinya
Bukan sekadar sesuatu yang akhirnya habis di mulut atau perut
Atau pun yang penuh bergayut di leher, tangan dan kaki
Tetapi yang tamatnya dengan redha Allah.
Yang perginya diingati
Bukan dinanti
Kerana sesuatu yang dari hati selalunya bisa menyentuh hati..... 

Salam penuh kasih sayang buat sahabat kami Diyana Baiduri dan anak2nya, moga kalian terus tabah dan sabar.
Semoga Allahyarham Zul tenang di sana, menanti kalian di pintu Syurga, Insya Allah.

Saturday, April 26, 2014

Krisis Wanita Di Pertengahan Usia (30tahun ke atas)





Assalamualaikum WBT

Krisis wanita di pertengahan usia...


Antara konflik yang selalu terjadi adalah tidak yakin dengan penampilan diri.
Wanita dipertengahan usia selalu merasakan diri mereka selekeh dan tidak sempurna di mata suami mereka. Lebih2 lagi bila org slalu kata.."umur lelaki start at the age of 40" OMG..OMG!!
Rasa wajah tu tak cantik laa, tak gebu laa..lepas tu banyak pk..mcm mana nak buat, tapi poket kosong..kalau mintak kat suami pun kena ketawa aje..hahaha...
(betul kan..betul kan???)

Alaa...
Tak yah pk laa
Buat penat aje..
Mmg laa kut mula2 tu rasa mcm terasa laa..sakit hati laa..tapi sesuatu benda kalau kita get use to it..lama2 jadik imun..

Bak kata Ustazah Kak Chik..
Simpan lah apa yang selalu dok kita pk bukan2 tu..banyakkan baca Al-Quran, berkawan dengan Al-Quran. Bersangka baik dengan Allah, percaya apa yang terjadi adalah yang terbaik Allah dah aturkan kat kita. Kalau kita dok harap sgt benda2 yang kadang2 kita pun tak akan dapat (contoh nak suami romantik2 ngan kita tapi mmg suami kita bukan pesen lentuk2 mcm tu) nanti kita yang stress tak pasal2..mmg laa lama2 suami pun malas nak layan..sbb suka stress tak tentu pasal. Hahahah..itu ayat yang Mama dah olah laa ye..

Tapi Mama tak nafikan lah..
Kita ni pompuan kan..bila usia dah lanjut skit..mmg bnyk benda kita pk.
Tapi Mama harap, Mama dijauhkan laa dengan pk benda2 yang bukan2, tapi nak pk benda2 yang baik2 aje..

Ada org pulak pk..tak risau ke kalo suami lari ka?
Alaa..dia dah besar dahhh...dia dulu kawen pun bukan janji depan Mak Ayah aje..dia janji ngan Allah..so..serahkan segalanya pada Allah.

Kalau somi kawen lain??
Laa..lagi laa tak yah risau..sebb ada daaa org nak tolong share tanggungjawab. tak payah pening2 nak pk nak masak apa2 hari2..letih laa kalau dok pk apa orang cakap kan..

Memang nampak jawapan mcm agah semacam. Tapi itulah realiti. Kita tak tau apa yang terbaik buat kita selagi mana kita bergelar manusia. Mmg org suka cakap..tapi kita pun tak mampu nak tutup mulut diaorg. Apa yang kita patut buat ialah back to Allah..mengadulah, mereportlah, menangislah, sukalah, kongsilah, apa aje dengan Allah kerana Allah sedetik pun tak akan tinggalkan kita..apa jua keadaan kita..gelebeh ke..tak glowing ke...gemuk ke...kerempeng ke..bnyk selulit ke..hitam legam ke..banyak jerawat ke..

Jangan buat benda2 yang bukan2 tau..yang mengundang laknat Allah.


Cuma sometimes Mama rasa buat para suami kan..agak2 laa skit..isteri semakin berusia..semakin sensitif, semakin beremosi..lagi2 kalau sampai masa nak menopos tu..tanggungjawab tetap tanggungjawab, sayang tak sayang tu belakang kira..isteri yang baik sebaiknya dilayan baik2 juga tho korang tak sayang pun..so.take note gak ek..

Ok laa..setakat ni je laa coretan edisi sempoi Mama..

Nanti kut2 rajin kita jumpa lagi...(best gak tulis gaya sempoi2 gini.ihihihi)


Friday, April 25, 2014

PCOS : Polycystic Ovarian Syndrome

Assalamualaikum WBT


Mama tertarik dengan cerita pasal PCOS
Jom share apa yang Mama jumpa.
Thanks to blog owner!!




Satu sindrom endokrin yang kompleks yang menyebabkan anovulatory cycle (kitaran haid tidak tetap dan tanpa ovulasi) dan banyak cyst pada ovary ('polycystic ovaries').

Selain daripada itu, ia menyebabkan berlebihan hormon testosteron (yang menyebabkan jerawat dan berlebihan bulu pada badan), resistan kepada insulin (berkait dgn obesiti, kencing manis dan tinggi kolesterol dalam darah). Wallaubagaimanapun, simptom dan keterukan penyakit berbeza bagi setiap wanita.

Punca utama tidak dapat dipastikan, tetapi berdasarkan banyak kajian yang dilakukan ia banyak diklasifikasikan dalam penyakit genetik/keturunan.

Mengikut kajian yg dilakukan oleh WHO (2010), seramai 116 juta wanita seluruh dunia (3.4% populasi) yang menghidap PCOS. Ada juga yg menjalankan kajian (2011), mendapati terdapat 18% wanita menghidap PCOS dan 70% daripadanya tidak pernah didiagnos sebelum ini.

Bagaimana cara mendiagnos PCOS?

Pengambilan sejarah : berkenaan kitaran haid
Pemeriksaan fizikal : obesiti, lebihan rambut/bulu pada badan ('hirtusim')
Ultrasound abdomen : ovari dan uterus, juga utk melihat folikel dalam ovari
Ujian darah hormon :
                  - Serum Testosteron - tinggi
                  - Day-3 LH/FSH ratio - melebihi 1:1
                  - Day-21 Progesteron - rendah
**
Tidak semua pesakit PCOS mempunyai 'polycystic ovaries', dan
Ttidak semua pesakit yang mempunyai cyst di ovary didiagnos PCOS.


Apa lagi yang akan dilakukan?

Laparoscopy (pembedahan melalui 'teropong')
+
Dye Insufflation Test (menguji tiub tersumbat atau tidak)
+
Ovarian Drilling (untuk merangsang ovulasi)

Pembedahan ini dilakukan di dewan bedah dengan bius penuh ('general anesthesia')
Jangan risau, memang tak sakit...InsyaAllah.
Selepas pembedahan, akan rasa pening/mabuk/ngantuk kesan daripada ubat bius yang diberi
dan akan ada sedikit pendarahan.
Luka pembedahan kecil sahaja - 1 cm panjang di pusat dan bahagian ari2.


Selain itu, pesakit PCOS harus memantau tahap gula dan kolesterol dalam badan.

Cara rawatan PCOS

Tiada satu rawatan yang dapat menyembuhkan PCOS.
Apa yang boleh dilakukan adalah merawat dan mengawal simptom2 yg dialami.
Rawatan juga berbeza bagi setiap pesakit.

Anovulatory (infertile) dan overweight : kurangkan berat badan sekurang2nya 5% dan mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam makanan.
Anovulatory (dan tiada masalah berat badan) : rawatan kesuburan, samada ubatan (clomiphene/clomid) atau IUI/IVF
Kitaran haid tidak tetap : pil perancang
Resistan pada insulin : Metformin (juga dikatakan dapat merangsang ovulasi)
Jerawat/Hirsutism : pil perancang yang mengandungi Cyproterone Acetate (cth Diane)


Masalah/risiko yang dihadapi oleh pesakit PCOS

Kanser rahim
Kencing manis
Darah tinggi  - terutamanya bagi pesakit obese dan mengandung
Kolesterol tinggi
Kemurungan ('depression') dan keresahan ('anxiety')
Penyakit jantung
Angin ahmar
Keguguran ('miscarriage')
Sesak nafas ketika tidur ('sleep apnea') - terutama bg pesakit obese
Penyakit hati - terutama bg pesakit obese
'Acanthosis nigricans' (hiperpigmentasi - kulit menjadi hitam, di kawasan ketiak, celah peha dan belakang leher)
Penyakit tiroid ('autoimmune thyroditis')

CREDIT TO : http://ibuamiruluwais.blogspot.com/

---

Shaklee Anyone??
COD - Shah Alam
SMS/Whatsapp 24/7
0192491201

:: RM75 for life and enjoy products at member's price! ::


Tuesday, July 2, 2013

Wanita berkerjaya : Pandangan Islam

Assalamualaikum WBT

Terdetik di hati ingin bersama2 berkongsi rasa dan mengumpulkan pandangan ibu2 yang berkerjaya. Apa yang menyebabkan mereka menceburi dunia pekerjaan.

Semasa Mama mula2 bekerja sebagai eksekutif di Proton, Mama sendiri tak tahu kenapa Mama menerima tawaran Proton sedangkan dalam hati nak menjadi suri rumah sepenuh masa. Mungkin pada ketika itu Mama nak rasa pegang duit yang diusahakan sendiri atau mungkin juga nak bantu Baba yang juga baru di tahun2 awal bekerja.



Apakah pandangan Islam tentang wanita yang berkerjaya?

Allah SWT berfirman yang membawa maksud
"Dan jangan kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan oleh Allah kepada sebahagian daripada kamu atas sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi orang perempuan (pula) ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan. Dan mohon kepada Allah sebahagian daripada kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu."
(An-Nisa' : 32)

Kebanyakan wanita pada hari ini sudah menjalankan tanggungjawab mereka di luar rumah. Masing2 sudah berkerjaya malah adadi atara mereka mampu hidup mewah. Selain bekerja di sektor tertentu, mereka juga hebat dalam mengendalikan perniagaan sendiri.

Persoalannya,
Adakah Islam membenarkan mereka berada di tengah2 masyarakat?

Para Ulama' telah sependapat dalam menentukan hukum bagi kedudukan wanita berkerjaya seperti berikut :

Wajib
Jika mereka tidak bekerja, ia boleh menyebabkan seluruh ahli keluarga tidak dapat meneruskan kehidupan. Berkemungkinan keadaan suami yang sedang sakit/uzur atau tidak mampu untuk menyara keluarga.

Harus
Jika mendapat izin dan redha suami untuk sama2 membantu menjaga kewangan keluarga. Tetapi wanita/isteri perlu menjaga aurat, batas pergaulan dan juga menghindarkamn diri dari berleluasanya fitnah.

Haram
Jika sesorang isteri itu tidak mendapat izin suami, tidak menutup aurat, tidak menjaga hubungan antara lelaki dan wanita yang akhirnya menjurus kepada fitnah.



Sayangnya Islam terhadap wanita.

Oleh itu, apa alasannya untuk kita membiarkan diri kita?
Jika Islam menjaga martabat wanita-wanita, kenapa tidak kita menjaga diri kita.
Dunia dalaman menentukan dunia luaran kita...

Jika kerjaya anda memerlukan anda sentiasa 'energetic' dan cergas, anda mungkin memerlukan makanan tambahan.
Shaklee juga amat memahami kehendak wanita yang berkerjaya. Set kesihatan optimum bagi wanita mungkin sesuai bagi anda!

Apa yang terkandung dalam Set Kesihatan Wanita?



GLA Complex
Ostematrix
Omega Guard

additional
ESP
Performance Drink
Vit C Chew
B Complex

Jika anda berkerjaya dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan supplement di atas, boleh saja hubungi Mama.
Pembeli akan menerima konsultasi berterusan. Yang paling penting, harga ahli yang mampu milik!

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam & Subang Jaya
PosLaju seluruh negara.