Showing posts with label Meal Shake. Show all posts
Showing posts with label Meal Shake. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Resepi Meal Shake !! Nyum2

Assalmaualaikum WBT

Eh eh..20 Ramadan ye..pejam celik pejam celik dah masuk 20 hari kita semua berpuasa..Alhamdulillah..moga kita dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar, Insya Allah, Ameen.

Semalam Mama ada beri 2 resepi best ESP kan..hari ni Mama rasa nak share resepi yg menarik menggunakan Meal Shake pulak!!

WOW!!!
Nak tau??

gambar hiasan

ChocOreo Meal Shake

Bahan-bahan
1/2 sudu besar Meal Shake
1/2 sudu besar ESP
4 keping Oreo di patah2 kan
250ml Susu Coklat (apa2 jenama)
Whippe Cream (optional)
Shaker

Cara-caranya
Masukkan susu coklat ke dalam shaker bersama Meal Shake dan ESP dan goncang hingga sebati.
Masukkan oreo yang dipatah2kan dan shake sikit lagi..nak supaya habuk2 oreo yg patah2 tu mcm sebati ngan shake..
Tuang dalam gelas masukkan ke dalam freezer sementara menunggu waktu berbuka puasa.
Kalau suka whippe cream..boleh laa letak sebagai hiasan.. :)


Dan lagi satu resepi mudah untuk anak2 yang comel2 itu..kira2 mcm pemangkin untuk berpuasa penuh..hiihhi


gambar hiasan

Meal Shake Snow Powder

Bahan-bahan
2 scoops aiskrim (apa2 perisa)
Chocolate/Strawberry/Caramel syrup
Color/Choc Rice
Almond Flakes
1/2 biji pisang yang dipotong kecil (boleh juga guna buah2an lain)
1/2 sudu kecil Meal Shake

Cara-cara
Masukkan aiskrim ke dalam mangkuk. Letakkan hirisan pisang keliling mangkuk.
Letakkan syrup di atas aiskrim dan taburkan color rice/choc dan almond flakes.
*Hias ikut kreativiti kita
Akhir sekali taburkan Meal Shake ke atas aiskrim dan hidangkan untuk si manja anda berbuka puasa...

Tadaaaaa...ada dah 2 resepi hari ni..
So, pada siapa yang dah ada Meal Shake..boleh buat..
Pada siapa yang belum ada..jom dapatkan dengan Mama..
yang tentunya harga ahli yang murah2 aje..

Sedikit info berkenaan Meal Shake :
Meal Shake Shaklee Lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral.
Mengandungi vitamin A, C, E, Zinc dan selenium untuk anti-oksidan.
Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk bina tulang dan sel-sel dalam proses tumbesaran.
Anak-anak memang terkenal dengan kesusahan untuk menelan pil ataupun mengambil supplement. Oleh itu padanan protein dan multivitamin yang lengkap di dalam Meal Shake amat bersesuaian dengan mereka. Selain daripada itu, Meal Shake dapat membantu dalam meningkatkan selera makan anak-anak terutamanya bg mereka yang cerewet atau baru pulih dari penyakit/demam.



Mahu membeli produk Shaklee dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
SMS/Whatsapp Mama at 0192491201

Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara.

Thursday, July 11, 2013

Siapa tak SAHUR???

Assalamualaikum WBT

Salam buat semua..

Alhamdulillah..2 Ramadhan sudah..seronok kan berpuasa??
Teringat di zaman sekolah dulu, Mak akan kejutkan Mama pukul 3am..makan2 (mesti makan nasi!! + teh o suam!!) dan Mak juga akan paksa tidur balik pukul 4am sbb tak nak anak2 dia ngantuk kat sekolah. Macam2 cara yang mak2 kita buat untuk pastikan anak2 mereka berpuasa dengan jayanya kan..hihihi

So, siapa di antara pembaca yang tidak pernah bersahur? Atau mungkin frasa yang tepat adalah MALAS..jom kita cuba selusuri apa manfaat bersahur..



Puasa adalah ibadah yang melambangkan keikhlasan. Jika seseorang itu benar-benar berpuasa, tanda adanya keikhlasan yang besar dalam penghayatan Islamnya. - Dr Maza

Walaupun Sahur tidak diwajibkan, ianya adalah SUNNAH! Ini bermakna bersahur adalah amat digalakkan. Antara sebabnya ialah :-

1. Ianya menjadi perbezaan antara orang-orang Islam dan Yahudi.
"Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. 
(Riwayat Muslim).

2. Allah meletakkan keberkatan dalam bersahur.
"Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3. Bersahur di samping membantu kita untuk lebih cergas semasa berpuasa, ia juga mendidik seseorang untuk bangun pada sepertiga yang akhir malam. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyai kelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar. Dalam hadis, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).




Aduhh..baru tau ye betapa ruginya kita jika tak bersahur? 

"Tapi saya mmg tak boleh makan tgh2 malam tu..nnt lagi sakit perut saya"
Bukan suruh makan sampai penuh sehidangan di meja. Cukup sekadarnya.

Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” 
Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid).

Atau sekadar bersahur dengan tamar!! Dan ianya sangat digalakkan. 
"Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. 
(Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).



Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan.

Sahur itu Sunnah untuk dilewatkan. So, tak de lah masalah bgn tgh malam untuk makan. Selesai bersahur, terus solat Subuh dan boleh sambung dengan apa2 aktiviti ibadah yang lain.

Ayat Al-Quran dan Hadith berkenaan melewatkan sahur antaranya :-

1. “Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadith ini menunjukkan pada zaman Nabi s.a.w ada dua kali azan bagi waktu subuh. Ini seperti yang diamalkan di kebanyakan dunia Islam terutamanya Mekah dan Madinah. Azan pertama sebelum masuk waktu, ia dilaungkan oleh Bilah bin Rabah. Azan kedua, oleh sahabat Nabi s.a.w yang merupakan seorang buta, beliau Abdullah ibn Ummi Maktum. Maka Nabi s.a.w mengizinkan seseorang yang hendak berpuasa itu makan sehingga azan kedua, iaitu masuk waktu subuh yang sebenar, maka barulah berhenti.

2.“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).

Maka berdasar al-Quran dan hadith2 di atas, juga pelbagai riwayat yang lain, maka waktu ‘imsak’ yang sebenarnya bermula apabila masuknya waktu subuh, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Maka, apabila seseorang bangun bersahur dan didapati waktu subuh belum masuk sekalipun hanya tinggal beberapa minit, dia tetap boleh memakan sahurnya sehinggalah masuknya waktu subuh.

Apa lagi alasan yang nak diberi?
Tepuk dada tanya diri....


Mungkin anda boleh juga cuba yang ini..



Mudah, Ringkas, Berkesan...cuma tambah buah tamar aje...dapat pahala, Insya Allah!!!






Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam & Subang Jaya
PosLaju seluruh negara

Saturday, June 29, 2013

Ibu dah tak sabar nak memasak!!

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah
Last call untuk Meal Shake akan berakhir dlm beberapa jam sahaja lagi..stock available with Mama hanya tinggal SATU canister aje lagi. Stok kat HQ dan semua branch dah HABIS ye..



So, smlm masa Mama sibuk2 uruskan beberapa last minute order (maklumlah hari ni kan closing..) Mama dapat satu berita yang memekarkan bunga2 di taman hati Mama..


best kan???
Ibu yang tgh dalam pantang, tak sabar2 nak habiskan sesi berpantang sbb nak main masak2 dan makan2 dengan anak!!

Bila ibu2 yang happy dapat manfaat daripada Meal Shake, Mama yang sharing ni lagi laa happy!!
Syukur atas kurniaanMu Ya Allah!!

So, satu canister lagi untuk siapa ye? Mama tunggu sehingga esok...sapa lah yang bertuah itu :D




Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam & Subang Jaya
PosLaju seluruh negara.

Thursday, June 27, 2013

Tripple Gem by Shaklee

Assalamualaikum WBT


SEDAP

BERSEMANGAT

CERGAS SEPANJANG HARI

KHAS UNTUK :-

BUAH HATI KAMI


Tinggal di asrama? 
Ibu Ayah perlu dapatkannya untuk mereka!


Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam & Subang Jaya
PosLaju seluruh negara

Any Last Minute Taker?

Assalamualaikum WBT

Offer Meal Shake akan berakhir dalam masa 3 HARI SAHAJA LAGI!!

Grab peluang yang ada untuk penjimatan lumayan..
Peluang sebegini bukan datang selalu!!


*untuk harga hebat, sila berhubung terus dengan Mama





Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam & Subang Jaya
PosLaju seluruh negara. 

Monday, June 24, 2013

PANDUAN 6, 7, 8 UNTUK IBU BAPA TANGANI MASALAH MAKAN ANAK-ANAK!!

Assalamualaikum WBT



6 sebab kenapa anak-anak sukar makan?



> Jemu dengan menu makan ataupun penyajian makanan.
> Sudah mengambil makanan yang berkalori tinggi menjelang waktu makan
> Minum susu terlalu banyak
> Terpengaruh dengan tabiat pemakanan ibu bapa/penjaga
> Sedang merajuk/memberontak/sedih/kurang perhatian
> Anak sedang sakit/demam


7 tips galakkan mereka makan!



* variasikan makan mereka. hiaskan makanan mereka supaya mereka tertarik.
* buat jadual pemakanan yang bersesuaian. jangan meletakkan makanan yg berat di selang waktu makan, sebaliknya tawarkan biskut/buah-buahan/jus.
* latih anak mencuba makanan dan aturkan pengambilan susu (dengan gelas/training cup) supaya mereka seronok meneroka dunia pemakanan.
* olah pola pemakanan kita supaya mereka turut sama mengamalkan pemakanan sihat. harus diingat, anak2 akan menurut dan merakam apa yg kita lakukan!
* ajak mereka sertai anda untuk menyediakan makanan. dengan cara ini, mereka lebih terdedah dengan khasiat makanan dan mungkin akan lebih seronok untuk makan kerana mereka turut serta menyediakannya.
* jangan memaksa. fahami dahulu keadaan anak tersebut. jika mereka merajuk/protes, tanyakan secara baik mengapa mereka bersikap demikian. berkomunikasi dengan baik dan banyakkan bersabar. jangan biarkan mereka sendiri. apabila mereka melihat ibu bapa mereka tenang, mereka juga akan tenang dan kembali untuk makan.
* fahami keadaan anak2 yang sedang sakit/demam/ selalunya anak2 yang sedang sakit/demam tidak selera makan. ibu bapa boleh bertanya apa makanan yang mereka mahu. jangan sesekali memaksa untuk mereka makan jika mereka tak mahu. ibu bapa perlu kreatif dlm mengolah pola pemakanan mereka. beri banyak air masak/suam supaya mereka tidak dehydrate.


8 sebab kenapa anda perlukan kenalkan anak2 anda dengan Meal Shake.

 Meal Shake Shaklee Lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral

 Mengandungi vitamin A, C, E, Zinc dan selenium untuk anti-oksidan. 
 Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk bina tulang dan sel-sel dalam proses    
     tumbesaran.
 Kaya dengan protein yang membantu menyihatkan sel-sel 
 Kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan daripada kolon dan perut 
Mengandungi nutrisi lengkap seperti vitamin B Complex dan zinc untuk membentuk sel darah merah yang sihat  Minuman multivitamin berperisa vanilla yang lengkap dan lazat tanpa pewarna dan perasa tiruan. 
 Bukan untuk anak2 sahaja, sesuai untuk seisi keluarga!!





Dapatkan Meal Shake dengan harga istimewa, hanya dlm bulan Jun ini sahaja!!
PM Mama untuk sebut harga istimewa atau
sms/whatsapp di 0192491201 atau
email : igloomama@gmail.com



Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam & Subang Jaya

PosLaju seluruh negara.


Thursday, May 2, 2013

Anak Sihat, Ibu Ceria, Ayah Gembira

Assalamualaikum WBT.

Salam sayang buat semua...
Bila bercuti macam semalam, riuhlah keadaan rumah masing-masing dengan gelak tawa anak-anak yang turut bercuti sekolah. Seronok rasanya dapat melihat berkumpul adik beradik membaca, menonton atau bermain. Biasalah, jika anak-anak kita sihat, kita pun akan turut rasa gembira..

Mama nak bercerita sedikit berkenaan pengambilan supplement untuk anak-anak. Tambahan bulan Ramadhan dah nak sampai..so, mungkin kita boleh membuat persediaan awal untuk menanam rasa seronok menjalani ibadah puasa selain membuatkan mereka kekal bertenaga dan segar sehingga masuknya waktu berbuka puasa. Bagi ibu bapa juga, mungkin boleh membuat persediaan dari segi kewangan dan juga jadual pemakanan mereka bagi memastikan mereka sihat menjelang Ramadhan sehingga ke Syawal nnt insya Allah.


Omega Guard

Supplement yang sangat popular bagi anak-anak daripada Shaklee. Antara makanan tambahan yang membekalkan DHA kepada otak si manja. Antara manfaat lain adalah untuk meningkatkan daya imun anak-anak secara tidak langsung kerana ianya juga makanan kepada sel. Insya Allah dengan pengambilan Omega Guard, daya tumpuan dan daya ingat anak-anak dapat dipertingkatkan.


ESP - Soy Protein Isolate Powder



Protein merupakan makanan utama sel dalam tubuh badan kita. Pembesaran, pertumbuhan, membina dan membaiki sel-sel dalam badan, pembinaan otak adalah manfaat utamanya. Perlu diingat bahawa, penyerapan diet dan supplement adalah lebih cepat apabila tubuh badan kita mempunyai sel tisu yang sihat.


Meal Shake



Anak-anak memang terkenal dengan kesusahan untuk menelan pil ataupun mengambil supplement. Oleh itu padanan protein dan multivitamin yang lengkap di dalam Meal Shake amat bersesuaian dengan mereka. Selain daripada itu, Meal Shake dapat membantu dalam meningkatkan selera makan anak-anak terutamanya bg mereka yang cerewet atau baru pulih dari penyakit/demam.


Performance Drink


Minuman glukos yang mempunyai formula opticarb yang membantu menyeimbangkan kandungan gula dalam darah dan membantu kita untuk mengekalkan kecergasan. Boleh dijadikan sajian minuman sekeluarga. Amat digalakkan untuk diambil ketika bersukan, cirit birit, ketika cuaca panas, demam dan juga apabila berpuasa. Boleh juga dijadikan bekalan kepada anak-anak untuk ke sekolah.


emoga informasi di atas boleh menjadi panduan kepada ibu bapa dalam menyediakan makanan tambahan untuk anak-anak.

Anak sihat, Ibu ceria, Ayah gembira!


JOM SHAKLEE!!
Perlukan konsultasi atau ada pertanyaan? Mana nak beli? Jadual pemakanan??
SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
COD area Shah Alam & USJ
Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh je email Mama kat igloomama@gmail.com or you may even letak komen kat bawah ni. TQ

Luv,
iGLooMaMa
Shah Alam



Friday, March 22, 2013

Something for your K I D S

Assalamualaikum WBT

Jam menunjukkan ada lebih kurang 5jam sebelum kanak2 pulang dan bermulanya cuti sekolah selama seminggu...waduhhhh....ada kebanyakan ibu bapa dah start pening2 mana nak bwk kids berjalan...dulu2 kalau cuti sekolah ni, anak2 tak sibuk nak berjalan..cuma sibuk nak bermain je kan...skrg...blom cuti sekolah lg, diaorg dah siap plan awal2 nak ajak mak ayah pi mana...

Tu buktinya anak2 kita ni sebenatnya bijak - Masya Allah! dan mereka sepatutnya diberi pujian sebab keep on reminding mak ayah utk booking mana2 tempat sebelum tempat tu penuh..*insert LOL* mereka sangat2 prihatin tentang kepentingan "planning" kan????



Well, as parents, tentunya kita tak nak percutian kita menggangu kesihatan anak2 kan??? Sakit merupakan satu bentuk ujian di mana Allah hendak menunjukkan kasih sayangNya dengan pengahapusan dosa2 kita..menggantikan dengan pahal2 jika kita sabar dan redha..nikmatnya menjadi Muslim kan??? Cuma kita jangan lupa ikhtiar dalam menjaga kesihatan juga satu tuntutan....jika kita tahu benda itu tak perlu diambil..kenapa mesti kita ambil kan? lebih kurang gitulah ceritanya....dan bila kita tak sihat tentunya..fokus kepada ibadah harian kita akan terganggu...

Seperti yang selalu Mama katakan..tak salah untuk mencuba...ihihihi

So, Mama rasa why not kita sepakat berikan yang terbaik buat kids..anak2 yang Allah beri kepada kita sebagai amanah...kita mampu untuk memakaikan mereka dengan baju berjenama, kita bangga mereka pandai bermain dengan aplikasi telefon dan tablet pintar...tapi at the same time kita kurang ambil perhatian dengan suplemen kesihatan untuk mereka. Tak ada gunanya untuk kita melabur kepada pakaian yang berjenama jika keperluan sokongan kesihatan untuk anak2 kita ketepikan...

Shaklee ada menawarkan product range yang terbaik khusus untuk anak2..antaranya...



Meal Shakes
vitamin & mineral penting, sumber terbaik serat, protin & kalsium yg sedap dibancuh dengan minuman kegemaran anak2 semasa sarapan

Vitalea Chewable
kaya dgn kebaikan tulen, 19 vitamin & mineral penting yg menyokong tulang & badan yg kuat & sihat, lengkap dgn vitamin b harian

Omega Guard
Minyak ikan kaya omega 3 memelihara kesihatan otak, jantung, mata & fungsi sendi.

Chewable Vita C Plus
antioksidan yg kuat dpt menyokong kesihatan menyeluruh jantung, imun, sel, mata, gigi, tulang, otot & pembuluh darah. Insha allah kuat antibodi!

Salah satu testimoni adalah from sifu Mama sendiri...boleh click kat sini --> buahatikusayang

Apa tunggu lagi? Kesihatan adalah antara harta yang tak tenilai..apatah lagi kesihatan anak2 kita..bila mereka sihat..kita pun gembira kan???? 


SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
COD area Shah Alam & USJ
Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh je email Mama kat igloomama@gmail.com or you may even letak komen kat bawah ni..

Selamat bercuti dengan Shaklee...

Shaklee : where you create your own success story, Insya Allah.
iGLooMaMa
Shah Alam.