Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Monday, September 8, 2014

Sugar Crush!!!

DUSHHHH!!!
Satu tamparan hebat bila melihat meter!




NOOOOO!!!
8.3 adalah sangat RARE!!!
DUSHHHH sekali lagi...
Terkebil2

Eh...
Assalamualaikum WBT semua....

Pagi yang terkujat skit..hiihhi..al maklumlah...dah seminggu tak cek..hari ni tergerak hati nak cek..mak aiihhhh...selamat laa..kesian organ2 dalaman berhempas pulas bekerja keras dek kerana sugar crush weekend lepas..haihhh...tak baik sungguh!!

Kena lupakan kisah Garret's, kuih lopis, cakes dan segala mak nenek gula dan karbohidrat..(sekejap..hhiihhi)..tapi mmg Garrets itu tersangatlah manisnya (dan sedappppp).

Kisah Mama teman Baba ke Midvalley..ternampak laa fav popcorn kegemaran Mama..dalam kepala dah tau manis yang amat..tapi nakkkkk jugak..haaa..dah laa harga pun kus semangat kan..(tapi pejam mata..beli gak)..hati berdebar2 nak telan..tp..kurelakan..hiihihi..dah start mmg susah nak berenti..haiiihhh..mmg 'sugar crush' sungguh..small pack tahan 2 hari.tu pun share jugak ngan kids..kalau tak share tu tak tau laa berapa meter tu naik..

Pastu nak jadik story naik lori ni..sblm cek..pi makan lak kuih lopis, sblm tu makan bubur ngan teh o suam err..and 2 slices of pandan swiss rolls..hahah...kejam tak?? tak sayang diri betul..but that gojes lopis sangat tempting..haiiihhh...'crush' lagi!!

Dannn lagi..Mama mmg tak berenti makan, munching, mengonyel dan menyunyah...
Yes..betul2..it's my FAULT!!

Okeh..okeh...dah.hari ni kena minum air masak bnyk2 okeh...pi bersenam skit..kawal skit hati tu nak makan macam..jangan asik nak crush aje..hihih..Mama doakan semoga diri Mama berjaya!! Aamiin.

Will check again in 1 hour time (normally gula Mama akan ok after one hour..and hopefully kali ni pun mcm tu..aamiin) ..Oh ye..the best way nak tau kemungkinan kita ada ura2 nak kena diabetes is cek darah 1 hour after meal..so..jom amalkan kehidupan sihat!!



Friday, April 25, 2014

PCOS : Polycystic Ovarian Syndrome

Assalamualaikum WBT


Mama tertarik dengan cerita pasal PCOS
Jom share apa yang Mama jumpa.
Thanks to blog owner!!




Satu sindrom endokrin yang kompleks yang menyebabkan anovulatory cycle (kitaran haid tidak tetap dan tanpa ovulasi) dan banyak cyst pada ovary ('polycystic ovaries').

Selain daripada itu, ia menyebabkan berlebihan hormon testosteron (yang menyebabkan jerawat dan berlebihan bulu pada badan), resistan kepada insulin (berkait dgn obesiti, kencing manis dan tinggi kolesterol dalam darah). Wallaubagaimanapun, simptom dan keterukan penyakit berbeza bagi setiap wanita.

Punca utama tidak dapat dipastikan, tetapi berdasarkan banyak kajian yang dilakukan ia banyak diklasifikasikan dalam penyakit genetik/keturunan.

Mengikut kajian yg dilakukan oleh WHO (2010), seramai 116 juta wanita seluruh dunia (3.4% populasi) yang menghidap PCOS. Ada juga yg menjalankan kajian (2011), mendapati terdapat 18% wanita menghidap PCOS dan 70% daripadanya tidak pernah didiagnos sebelum ini.

Bagaimana cara mendiagnos PCOS?

Pengambilan sejarah : berkenaan kitaran haid
Pemeriksaan fizikal : obesiti, lebihan rambut/bulu pada badan ('hirtusim')
Ultrasound abdomen : ovari dan uterus, juga utk melihat folikel dalam ovari
Ujian darah hormon :
                  - Serum Testosteron - tinggi
                  - Day-3 LH/FSH ratio - melebihi 1:1
                  - Day-21 Progesteron - rendah
**
Tidak semua pesakit PCOS mempunyai 'polycystic ovaries', dan
Ttidak semua pesakit yang mempunyai cyst di ovary didiagnos PCOS.


Apa lagi yang akan dilakukan?

Laparoscopy (pembedahan melalui 'teropong')
+
Dye Insufflation Test (menguji tiub tersumbat atau tidak)
+
Ovarian Drilling (untuk merangsang ovulasi)

Pembedahan ini dilakukan di dewan bedah dengan bius penuh ('general anesthesia')
Jangan risau, memang tak sakit...InsyaAllah.
Selepas pembedahan, akan rasa pening/mabuk/ngantuk kesan daripada ubat bius yang diberi
dan akan ada sedikit pendarahan.
Luka pembedahan kecil sahaja - 1 cm panjang di pusat dan bahagian ari2.


Selain itu, pesakit PCOS harus memantau tahap gula dan kolesterol dalam badan.

Cara rawatan PCOS

Tiada satu rawatan yang dapat menyembuhkan PCOS.
Apa yang boleh dilakukan adalah merawat dan mengawal simptom2 yg dialami.
Rawatan juga berbeza bagi setiap pesakit.

Anovulatory (infertile) dan overweight : kurangkan berat badan sekurang2nya 5% dan mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam makanan.
Anovulatory (dan tiada masalah berat badan) : rawatan kesuburan, samada ubatan (clomiphene/clomid) atau IUI/IVF
Kitaran haid tidak tetap : pil perancang
Resistan pada insulin : Metformin (juga dikatakan dapat merangsang ovulasi)
Jerawat/Hirsutism : pil perancang yang mengandungi Cyproterone Acetate (cth Diane)


Masalah/risiko yang dihadapi oleh pesakit PCOS

Kanser rahim
Kencing manis
Darah tinggi  - terutamanya bagi pesakit obese dan mengandung
Kolesterol tinggi
Kemurungan ('depression') dan keresahan ('anxiety')
Penyakit jantung
Angin ahmar
Keguguran ('miscarriage')
Sesak nafas ketika tidur ('sleep apnea') - terutama bg pesakit obese
Penyakit hati - terutama bg pesakit obese
'Acanthosis nigricans' (hiperpigmentasi - kulit menjadi hitam, di kawasan ketiak, celah peha dan belakang leher)
Penyakit tiroid ('autoimmune thyroditis')

CREDIT TO : http://ibuamiruluwais.blogspot.com/

---

Shaklee Anyone??
COD - Shah Alam
SMS/Whatsapp 24/7
0192491201

:: RM75 for life and enjoy products at member's price! ::


Wednesday, April 2, 2014

Monthly Promotion : OSTEMATRIX

Assalamualaikum WBT

Good News!!

Exclusive for Shaklee Independent Distributor!!




Ostematrix
Buy 6 free 1!!

Mama's fav vit!! and for those who need calcium as much as I need..hahahaah..

Be a part of our team and enjoy the promotion for the whole month!
Membership at only RM75 for life.

Order Shaklee dengan Mama??
COD sekitar SHAH ALAM
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201


Tuesday, November 19, 2013

Gout???

Assalamualaikum WBT

Ola2..lama betul Mama tak layan menulis ni kan...
Ishhh..banyakdangat bernda tertangguh nak ditulis..insya Allah Mama akan setelkan skit2..dok dalam draft..tp tak abis..ihihhi...

Beberapa hari lepas group chat Mama sibuk story mory pasal GOUT..

Barulah Mama teringat yang Shaklee pun sebenarnya ada supplement utk pesakit gout..Insya Allah terbaik...yelah..supplement kan bagus untuk kita semua kan...Shaklee bukan ubat ye...ianya hanya sekadar makanan tambahan..so..kesannya depends on orang dan juga cara pengambilannya..juga sejauh mana keseriusan penyakitnya.

Gout adalah sejenis penyakit sendi berpunca daripada asid urik berlebihan yang terkumpul di dalam badan. Asid urik adalah bahan buangan terhasil semasa proses penghadaman sejenis protin bernama purin. Apabila tubuh kita berlebihan asid urik yang terkumpul di dalam sendi, ia akan menyebabkan gout, batu karang, dan kegagalan buah pinggang

pic : carian google. tq!!

Apa yang perlu diambil oleh pesakit GOUT??

Performance Drink
Memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi.
Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing.
Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi mengantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.

Omega Guard
Mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan

Alfalfa
Detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan.
Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.

Anda ada masalah ni??

Seperti biasa...
Order Shaklee dengan Mama??
Harga Ahli semestinya!!
COD sekitar SHAH ALAM
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201




Saturday, October 26, 2013

Aduh Mama! Sakit perut!

Assalamialaikum WBT
Salam pagi sabtu!
Pagi ni Haarith Hashim kata dia sakit perut...mlm td ada muntah2.


Sekarang Mama bawa dia ke klinik sebab dia ada beritahu yang semalam ada doktor dan nurse dtg sekolah sbb ada kes food poisoning.
Hashimisz mmg sentiasa bwk bekal ke sekolah. Sebab dia org kan picky eater...so..Mama akan berhempas pulas setiap pagi bekalkan food utk diaorg. Sekolah mmg ada beri food (RM100 sebulan compulsory) tp memanglah diaorg x makan pun....Baba bayar aje...kira mcm donation ke sekolah setiap bulan.

Pastu Mama pun gugel2 laaa sementara tunggu doc sampai....

Antara jenis2 sakit perut.

Kembung
Ketika kembung, perut terisi penuh dengan udara. So, antara cara untuk kurangkan rasa sakit adalah dengan bergerak atau berjalan. Ianya dapat mengurangkan rasa sakirlt yang mencucuk2. Apabila kita kembung...kita boleh try makan slow2 untuk merawatnya.

Heartburn
Heartburn terjadi ketika bahagian perut (dan biasanya sampai dada) terasa seperti terbakar. Boleh segera atasi dengan ubat pedih ulu hati yang ada di pasaran supaya keadaan tidak bertambah parah. Antara pencegahannya jangan terus berbaring setelah makan.

Sembelit
Susah buang air besar memang menyakitkan. Penyebab masalah ini adalah kurang serat dan kurang minum. Jadi untuk mencegahnya, jangan malas makan serat dan memperbanyak minum air.

Cirit birit
Dehydrate adalah yang paling ditakuti apabila diserang cirit birit. Cirit birit kebiasaannya disebabkan oleh kuman. Antara cara terbaik mengatasi cirit birit ianya rajin mambasuh tgn terutamanya sebelum dan selepas makan.

4 cukup lah ye....banyak lg jenis2 dan simptom2 ....tapi korangkan rajin gugel kan......
Nak sampai turn dah....
Tata!

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara

Friday, October 25, 2013

Untuk lelaki yang sihat...

Assalamualaikum WBT

Semalam ada lah yang bertanya kat Mama...

"Shaklee ni untukorang perempuan aje ke?"
"Ehhh...tak lah...lelaki pompuan semua boleh makan..."
"Tapi nampak mcm tak banyak cerita pasal kebaikan vits ni utk lelaki"
"Owh..ye ke?? Nanti Mama story skit..."

So...Mama nak story sikit...
Sikit aje tauu...
Sekadar sharing...
Kalau nak tau lebih lanjut...PM Mama tau...ihihhihi

Ada 3 vits yang glamer untuk set kesihatan lelaki..
Ramai orang gelarkannya Men's Vital Set

Apa yang terkandung dalam Men's Vital Set???

Omega Guard



Vita E Complex



Zinc Complex



Gabungan hebat ketiga2 ni dapat memelihara kesihatan prostat, meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan, memelihara jantung yang sihat, membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengawal tahap kolestrol yang sihat.

Kalau bajet ada lagi...boleh tambah..

COQ Health Plus

Haa...apa tunggu lg...
Slalu kita harap husband belikan kita hadiah.,...apa kata kali ni...kita beri husband kita hadiah pulak...yang best tu..kita pun boleh share makan sama...kan best...kasih sayang semakin erat gitu...insya Allah...

Dan buat yang pening2 nak pk nak beli hadiah apa utk suami bagi hari lahir atau anniversary...mungkin ini adalah pilihan yang tepat...dan TERBAIK!!



Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara




Wednesday, October 23, 2013

Gusi bermasalah????

Assalamualaikum WBT

Lewat malam tadi...bff Mama whatsapp..tanya pasal gusi...katanya gusinya nampak akar2 gigi sudah..

Mama pun rasa mcm terpanggil nak selak mr gugel pasal ni...



Sekali Mama jumpa pasal gangivitis..
Mama rasa nak share laa...

Credit to BabyCenter.

Kebanyakan daripada kita pasti akan mengalami gusi berdarah dan gigi sensitif (gingivitis) pada satu ketika dalam hidup, tetapi perkara ini lebih kerap berlaku jika anda hamil. Hormon-hormon kehamilan boleh membuatkan gusi anda bengkak. Ini bermakna ia lebih mudah dan lebih kerap berdarah, terutamanya apabila anda memberus gigi atau memflos.

Kalau mengikut kata hati, anda mungkin akan cuba mengelak dari melakukan apa-apa yang akan membuatkan gusi anda berdarah, tetapi penting bagi anda memberus gigi dengan kerap. Gunakanlah berus yang lembut jika gusi anda bengkak. Ketika memflos pula, buatlah dengan perlahan-lahan.

Plak (lapisan air liur, bakteria dan sisa makanan yang menyaluti gigi di antara waktu memberus gigi) boleh membuat gusi anda lebih mudah berdarah. Anda boleh mengurangkan jumlah plak yang terbentuk pada gigi anda dengan mengikuti tip-tip berikut:

Berus gigi anda selama dua minit, sekali pada waktu pagi dan sekali lagi sebelum tidur pada waktu malam, dengan menggunakan ubat gigi berfluorida.

Gunakan berus gigi elektrik. Berus elektrik lebih berkesan menghilangkan plak dan mengurangkan bengkak gusi berbanding berus gigi biasa.

Bersihkan celah-celah gigi anda sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mengeluarkan plak dan sisa makanan. Anda boleh gunakan flos atau berus mini (interdental brushes).

Jumpa doktor gigi dengan kerap.

Jika anda merokok, hentikanlah. Merokok boleh membuatkan penyakit gusi semakin teruk. 

Tanyalah doktor atau doktor gigi mengenai pengkumur mulut yang selamat digunakan jika anda hamil. Pengkumur yang mengandungi antiseptic chlorhexidine boleh digunakan, tetapi boleh meninggalkan kesan kotor pada gigi dan lidah. Anda mungkin perlukan bantuan doktor gigi untuk menghilangkan kesan ini.



Gingivitis yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit yang dipanggil periodontitis. Periodontitis melemahkan tisu-tisu dan tulang yang mencengkam gigi pada rahang anda. Tidak kira samada anda hamil ataupun tidak, jika tidak dirawat, periodontitis boleh menyebabkan gigi tercabut, atau mungkin lebih teruk lagi.

Anda boleh menghentikan kerosakan dengan mengikuti tip-tip bagaimana membersihkan gigi dan gusi seperti yang disenaraikan di atas. Dengan mempraktikkan kaedah tersebut serta rawatan daripada doktor gigi, anda dapat menghentikan periodontitis daripada menjadi semakin buruk. Rawatan yang diberikan mungkin termasuk mencuci gigi (scaling) di mana tartar akan dibuang dan dasar gigi akan dibersihkan.

Jika anda tidak menghentikan kerosakan yang disebabkan oleh periodontitis, gigi dan gusi anda akan rosak teruk. Jika keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan perkara-perkara berikut:
:: Gusi anda terkena jangkitan dan bernanah. Ini dipanggil abses gigi.
:: Ruang kosong terbentuk pada bahagian di mana gusi dan dasar gigi bertemu.
:: Ruang kosong di sekeliling gigi menjadi semakin besar. Gusi mula meregang daripada dasar gigi.
:: Gigi anda menjadi longgar.
:: Gigi mula tercabut.

Ini mungkin kedengaran sungguh menakutkan, dan penyakit ini perlu sampai ke peringkat yang teruk sebelum gigi anda mula rosak seperti ini.

Ishhhhh..mcm scary..
So, jaga gusi anda...

Nak jaga struktur gigi dan gusi yang baik???

Jom amalkan Vit C..bagus utk gigi dan gusi tau...

Ostematrix juga bagus...

Nak tambah lagi??? Boleh juga ambil CoQ Health Plus....

Best betul laa Shaklee..mcm2 ada....

Jom..sapa2 yang nak order...boleh PM Mama laju2 ye...
Nak cepat..SMS/Whatsapp ye...cepat2...

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara




Thursday, August 22, 2013

Kesihatan Menurut Islam

Assalamualaikum WBT

Saja nak share ngan korang semua ye....

Islam, satu agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagan dari sudut kesihatan yang mana Islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal.



Justeru itu kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kena sihat itu merupakan anugerah berharga dari Allah SWT.

Berdasarkan satu hadith Nabi yang bermaksud :
"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu."
Hadith Riwayat Bukhari.



Jom jaga kesihatan..dituntut dalam Islam!!

Set Kesihatan Optimum Shaklee boleh membantuuuuuu!!
JOM JOM!!

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara.


Saturday, August 17, 2013

Kenapa wanita slalu sakit lutut ye??

Assalamualaikum WBT

Kenapa WANITA lebih banyak menghidapi SAKIT LUTUT??

Tahu tak?? Sakit lutut lebih banyak menyerang wanita disebabkan tulang punggung wanita lebih lebar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam.





Tekanan ini akan memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak.

Pergerakan ketika melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga akan memberi kesan jika dilakukan berpanjangan. Membongkok dan mencangkung biasanya memberikan tekanan berlebihan pada bahagian lutut.


Para suami?? Sayangkan isteri??

Anak2, sayangkan Mak??

Tahukah kita bahawa pencegahan peringkat awal boleh menjadikan sendi kita sihat walaupun usia semakin meningkat??


Yang penting kita sentiasa mengambil nutrien yang tepat bagi menjaga kesihatan sendi


Advanced Joint Health Tablet bertindak dengan 3 cara :

> Menyokong keselesaan sendi dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan

> Bertindak balas sebagai kusyen (Ekstrak jagung) bagi membantu mengekalkan tulang rawan


> Memelihara tisu penyambung yang sihat.





Rebut peluang memberi ibu/isteri kita yang terbaik. 
Untuk kaum wanita, boleh share info ini bersama suami/keluarga..
makan sama2..sihat sama2, Insya Allah


Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara.

Tuesday, August 13, 2013

Alergi??? Resdung????

Assalamualaikum WBT

Salam kasih sayang buat semua...
Aaaaaaaaaccchhhuuummmmm!!!!!



Alahai..bersin tak berenti..Mana tak nya...time sebelum raya hari tu, kita ligat ke sana sini mengemas rumah..Raya setahun sekali katanya..kompem pulun abis mengemas kan???

So, pagi raya..mula lah bersin2 tak sudah, mata bengkak laa..hidung berair lah...mcm2 ..nak pergi beraya pun tak selesa kan..

Tu lah situasi Mama kalau Mama mengemas. Mama memang sangat alergi dengan habuk!! ishhh...banyak sgt alergi nya..itu tak boleh..ini tak boleh..ihihhiih...

So, bg sesiapa yang mempunyai alergi pada habuk ataupun mmg mempunyi Sinus/Resdung.,..antara solution nya ialah mencuba SET G..

Apa yang ada dlm SET G??



B Complex
*Menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan   yang baik.

Vita C Chew
*memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh

Alfalfa
*meredakan alergi

Optional :
Omega Guard
Performance Drink
Nutriferon

Jangan lepaskan peluang ini!!


Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam & Subang Jaya
PosLaju seluruh negara.

Wednesday, August 7, 2013

Fuhh..penangan Shaklee!!

Assalamualaikum WBt

Salam kasih sayang semua!!!
Mama bersiaran dari Pasir Mas, Klate..hihihihi..

Mama ada satu cerita best..especially utk pencinta kopi dan yang ingin mengurangkan rasa cinta terhadap kopi dengan sebab2 tertentu..



Mama sebenarnya tak pasti  sejak bila Mama mula belajar minum kopi.  Mungkin Mama banyak terpengaruh dengan Mak Mama yang sangat sukakan kopi. Mak sangat suka dengan Nescafe. Sebelum Mak disahkan menghidap diabetis, sehari Mak minum Nescafe sebanyak 3 mug!! Banyakkan???
Mungkin dengan ke’suka’an Mak dengan Nescafe dan kopi, Mama juga jadik sangat2 berhantu dengannya. Hahahaha…

Nak jadikan cerita…
Semenjak dua menjak ni..ye laa..since makan Shaklee, Mama kena kurangkan meminum kopi..tapi..sebab dah berhantu sangat..Mama tetap minum jugak 2 cawan sehari..utk breakfast n supper..hikhikhik… tapi yang best sekarang…Mama punya addiction kepada kopi dah berkurangan!!! Apabila pergi ke mana2 café..Mama kekadang merasakan bau kopi yang dahulunya sangat2 sedap menjadi sangat2 meloyakan..erkkk..sampai mcm tu sekali????? 

Memang betul..sekarang kalau Mama ke Coffee Bean..apa yang Mama pesan  - Pure Caramel with Whipped Cream!! Ataupun Pure Vanilla…ahahah..three hundred sixty degree berubah kan????

Alhamdulillah..kuasa Allah dengan penangan Shaklee!!  Lama jugak Mama mencari penawar kepada ke’addict’an Mama ni..tapi rupanya penawarnya adalah SHAKLEE!!



Tanya Mama ambil apa sebagai supplement??
ESP
Cinch
Performance Drink
Alfalfa
B Complex
Ostematrix
Vit E
GLA
Lecithin
Vit C Chewable
Nutriferon


Mama tak pasti yang mana mengurangkan minat Mama pada kopi..tapi mungkin pembaca yang ingin mencuba..boleh hubungi  Mama untuk  bertanya lanjut..nanti kita cari vits yang sesuai ye..insya Allah..



Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam & Subang Jaya
PosLaju seluruh negara.

Thursday, July 25, 2013

Kesihatan dan Kebersihan Dari Perspektif Islam

Assalamualaikum WBT

Salam kasih sayang buat semua...
16 Ramadhan!! AllahuRabbi..sekejapnya..rasanya baru beberapa malam Mama bangun awal menyediakan santapan sahur..betapa waktu menghambat kita..*sigh*



Hari ini rasa mcm nak berceloteh pasal perihal kesihatan dan kebersihan..tapi melihat dari perspektif Islam. Bagaimana Islam itu indah!! SubhanAllah!!



Tidak ramai yang memberi fokus kepada amalan kesihatan dan penjagaan tubuh badan sedang agama memberi perhatian yang serius. Kecenderungan ini dapat disaksikan sepanjang bulan Ramadan sedangkan Islam amat menitikberatkan kesihatan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal penganutnya.

Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud  :
“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Menunaikan hak terhadap tubuh badan bererti menikmati tahap upaya badan yang benar-benar baik dan selamat disegi fizikal, mental, emosi, dan rohani secara optimum sehingga berupaya mencapai potensi dan matlamat kehidupan yang dipandukan agama. Mukmin yang kuat mempamerkan kekuatan agama berbanding dengan mukim yang lemah.

Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud :
“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.” (Hadis Riwayat Muslim)



Kita diingatkan betapa bernilainya harga kesihatan. Tiada gunanya harta dan kekayaan yang melimpah ruah sedangkan ianya tidak dapat dinikmati kerana keadaan diri yang tidak sihat akibat pelbagai penyakit berhimpun. Istilah “sihat” merupakan anugerah dari Allah yang sewajarnya disyukuri. Anugerah ini mesti dipertahankan hingga keakhir hayat tetapi jangan sampai melekakan.

Rasulullah SAW bersabda
“ Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang ” (Hadis riwayat Bukhari)



Islam meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang teratas selepas seluruh taruhan keyakinan hanya kepada Allah (keimanan). Kalau kita mempunyai masalah kesihatan bermakna segala urusan ibadat juga turut terganggu.

Pernyataan tersebut berdasarkan Sabda Nabi SAW yang bermaksud
“Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “ (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Kaedah terbaik dalam penjagaan kesihatan ialah dengan menyediakan perisai pencegahan seawalnya. Namun apabila diserang penyakit, kita terpaksa juga berikhtiar untuk menyembuhkannya walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang. Ini bermakna mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubatinya. Kita diminta berubat apabila ditimpa penyakit tanpa mengambil sikap membiarkannya.

Jangan sesekali berubat dengan benda yang diharamkan agama. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud ”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” ( Hadis Riwayat Abu Daud).

Dalam kehidupan seharian, kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan dan juadah bagi memenuhi keperluan jasmani. Tujuannya untuk membekalkan tenaga yang secukupnya dalam melakukan aktiviti harian. Keadaan ini begitu ketara di bulan Ramadan. Makan hidangan secara berlebihan boleh memudaratkan badan. Al-Quran menjelaskan mengenai pentingnya bersederhana dalam soal makan dan minum sebagai panduan untuk kebaikan.

Allah berfirman bermaksud:
“Makanlah dan minumlah serta jangan berlebih-lebihan.” (Surah al-Araf, ayat 31)

Firman Allah SWT
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.” ( Surah Al-Baqarah, Ayat 222)



Kebersihan memainkan peranan yang begitu penting dalam mengelakkan seseorang ditimpa penyakit. Persekitaran yang kotor akan mengundang pelbagai jenis kuman pembawa penyakit ke kawasan tersebut. Sebab itu aspek kebersihan merupakan cabang keimanan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
“Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. ( Hadis Riwayat Muslim)

Pentingnya menjaga kesihatan dan kebersihan kan...
Jangan lengahkannya!!

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara.

Wednesday, July 24, 2013

Optimumkan Ibadah Kita

Assalamualaikum WBT

Ya Allah..sekejapnya masa..kita sudah di pertengahan Ramadhan!!
Jom kita kejar pahala beribadah,taklama dah Ramadhan bakal meninggalkan kita..
*sedih..*


Dan hanya beberapa hari sahaja lagi untuk malam2 terakhir..Malam Lailatul Qadar..



Kejar nikmat berpuasa dan beribadah dengan kesihatan yang optimum..

Jom kita cuba!!

Set Kesihatan Optimum Shaklee

> Vita-Lea
*Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
*Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan   tisu.
*Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
*Biotin dan asid pantotenik membantu untuk emetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
*Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
*Multivitamin terbaik yang lengkap dengan semua nutrisi dan zat penting untuk tubuh
*Memberikan kesihatan menyeluruh untuk tubuh
*Badan anda lebih sihat dan sukar dijangkiti penyakit
*Membekalkan tenaga berpanjangan
*Stamina lebih baik


> B Complex
*Menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan   yang baik.
*B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat     kepada tenaga.
*Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik      yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang  kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg. *membekalkan tenaga pada badan
*dikenali sebagai pil ‘anti-stress’
*meredakan sakit-sakit saraf pada badan
*membantu mencantikkan kulit anda dan kulit akan kelihatan 'glow'






> Chewable Vita C
*memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh
*penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.
*rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren untuk setiap tablet.
*Untuk kulit yang cantik










Jom imarahkan pesta ibadah kali ini!!

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk (berada dalam kebenaran)"

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara.


Tuesday, July 2, 2013

Wanita berkerjaya : Pandangan Islam

Assalamualaikum WBT

Terdetik di hati ingin bersama2 berkongsi rasa dan mengumpulkan pandangan ibu2 yang berkerjaya. Apa yang menyebabkan mereka menceburi dunia pekerjaan.

Semasa Mama mula2 bekerja sebagai eksekutif di Proton, Mama sendiri tak tahu kenapa Mama menerima tawaran Proton sedangkan dalam hati nak menjadi suri rumah sepenuh masa. Mungkin pada ketika itu Mama nak rasa pegang duit yang diusahakan sendiri atau mungkin juga nak bantu Baba yang juga baru di tahun2 awal bekerja.



Apakah pandangan Islam tentang wanita yang berkerjaya?

Allah SWT berfirman yang membawa maksud
"Dan jangan kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan oleh Allah kepada sebahagian daripada kamu atas sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi orang perempuan (pula) ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan. Dan mohon kepada Allah sebahagian daripada kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu."
(An-Nisa' : 32)

Kebanyakan wanita pada hari ini sudah menjalankan tanggungjawab mereka di luar rumah. Masing2 sudah berkerjaya malah adadi atara mereka mampu hidup mewah. Selain bekerja di sektor tertentu, mereka juga hebat dalam mengendalikan perniagaan sendiri.

Persoalannya,
Adakah Islam membenarkan mereka berada di tengah2 masyarakat?

Para Ulama' telah sependapat dalam menentukan hukum bagi kedudukan wanita berkerjaya seperti berikut :

Wajib
Jika mereka tidak bekerja, ia boleh menyebabkan seluruh ahli keluarga tidak dapat meneruskan kehidupan. Berkemungkinan keadaan suami yang sedang sakit/uzur atau tidak mampu untuk menyara keluarga.

Harus
Jika mendapat izin dan redha suami untuk sama2 membantu menjaga kewangan keluarga. Tetapi wanita/isteri perlu menjaga aurat, batas pergaulan dan juga menghindarkamn diri dari berleluasanya fitnah.

Haram
Jika sesorang isteri itu tidak mendapat izin suami, tidak menutup aurat, tidak menjaga hubungan antara lelaki dan wanita yang akhirnya menjurus kepada fitnah.



Sayangnya Islam terhadap wanita.

Oleh itu, apa alasannya untuk kita membiarkan diri kita?
Jika Islam menjaga martabat wanita-wanita, kenapa tidak kita menjaga diri kita.
Dunia dalaman menentukan dunia luaran kita...

Jika kerjaya anda memerlukan anda sentiasa 'energetic' dan cergas, anda mungkin memerlukan makanan tambahan.
Shaklee juga amat memahami kehendak wanita yang berkerjaya. Set kesihatan optimum bagi wanita mungkin sesuai bagi anda!

Apa yang terkandung dalam Set Kesihatan Wanita?



GLA Complex
Ostematrix
Omega Guard

additional
ESP
Performance Drink
Vit C Chew
B Complex

Jika anda berkerjaya dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan supplement di atas, boleh saja hubungi Mama.
Pembeli akan menerima konsultasi berterusan. Yang paling penting, harga ahli yang mampu milik!

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam & Subang Jaya
PosLaju seluruh negara.