Monday, February 3, 2014

Oh Kelemumur...

Assalamualaikum WBT.

Jom-jom..
Belek2 story pasal kelemumur..
Sambil garu-garu kepala tu...hiihihhi



Kelemumur adalah pengelupasan berlebihan sel-sel kulit mati dari kulit kepala. Kelemumur bukan organisma seperti kutu, tetapi hanya kulit mati yang terkumpul pada kulit kepala. Sel-sel kulit mati dan mengelupas adalah perkara biasa dan normal. Tetapi pada sesetengah orang ia menjadi berlebihan. Apabila disertakan dengan kemerahan dan kerengsaan kelemumur boleh menjadi gejala dermatitis seborrheic atau psoriasis.

Ramai orang percaya bahawa kelemumur adalah disebabkan oleh kulit kepala kering. Walau bagaimanapun, kelemumur juga ditemui di kulit kepala berminyak. Lapisan minyak berlebihan pada kulit kepala boleh kering, menebal dan menjadi serpihan dalam bentuk kelemumur.

Seborrheic dermatitis biasanya menunjukkan simptom gatal-gatal, kulit kepala berminyak atau kulit kepala kering, gatal dan berkeruping. Keadaan ini disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.

Bagi wanita yang kurang mencuci rambut juga mudah mendapat masalah ini. Jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.

Ada sesetengah wanita menghidap masalah psoriasis yang merupakan sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan. Keadaan ini biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala. Penghidap penyakit kulit ekzema juga biasa mengalami kelemumur.

Bagi wanita yang mengalami masalah sensitif pada sesetengah produk rambut akan menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Sebenarnya terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.

Nak try petua2?

Jom belek lagi...

1. Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejenak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali hilang.

2. Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat. Campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu, ditapis lalu usaplah air tadi ke kepala anda yang ada kelemumur. Lalu bilas dengan air biasa.

3. Ambil sebiji limau nipis, kemudian belah 4. Basahkan rambut anda. perah air limau tadi dan ramas diatas kepala anda beberapa minit. Selepas itu bungkus rambut anda dengan tuala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian basuh rambut anda dengan syampu. Lihatlah hasilnya dalam seminggu. Hasilnya pasti memuaskan anda.

4. Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampu yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah

5. Ambil semangkuk daun inai. Tumbuk inai tu sampai halus. Basahkan rambut anda dengan air dan lumurkan inai tadi kat atas kepala. Bungkus rambut anda dengan plastik pembungkus rambut. Pakai "shower cap" pun boleh. Biarkan rambut anda berbungkus selama 30 minit. Akhir sekali, basuh rambut anda tu dengan air bersih. Insya Allah kelemumur anda mampu hilang dalam tempoh seminggu.

6. Bertukar dengan rangkaian jagaan kulit kepala dan rambut Prosante daripada Shaklee. Info lanjut click sini



Hihihihih...jangan mara aaaaaaa....
Tapi insya Allah berkesan...tak cuba tak tau.. :D

Order Shaklee dengan Mama??
COD sekitar SHAH ALAM
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201

Sunday, February 2, 2014

Inikah Malaysia??


Hati sedih..tersentuh..

Anak mati dikelar bapa, ibu bapa bersama anak2 hidup bergelandangan, orang2 Islam yang hidup daif tanpa bantuan, bayi-bayi tak berdosa terusan dibuang...


mampukah kita dengan hanya melihat dan kasihan? berapa ramai lagi jumlah yg tak diketahui..

Inikah Malaysia??

Mama pernah suarakan cadangan kepada Baba..
"Kita letak signboard *bank bayi* depan rumah. Siapa yang rasa belum mampu nak jadik mak ayah..boleh tumpangkan sementara bayi2 itu. Kita sediakan kaunseling untuk mak ayah dan didik anak itu. Harapannya anak itu bakal menjadi pencen kubur buat mak ayahnya."
Cadangan perbualan hanya berakhir di situ.

Di manakah Mama??
Sedih..
Kenapa Mama tak mampu nak membantu..
Sedang Mama sibuk dengan melekakan Hashimiz dengan pelbagai aktiviti dan material, Mama membiarkan mereka2 tetap menjadi mereka dan bukannya seseorang..

Sudah tiba masanya..
I HAVE TO include Hashimiz dalam aktiviti2 sebegini..
Memahami dan membantu..

Satu idea dalam otak..
Nanti kita cerita lagi..

Order Shaklee dengan Mama??
Harga Ahli semestinya!!
COD sekitar SHAH ALAM
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201


Pentingnya Multivitamin

Assalamualaikum WBT

Mama terbaca satu artikel dari Utusan Online berkenaan kepentingan mengambil multivitamin..

Jom Baca..

"Penjagaan kesihatan patut diutamakan sejak usia muda lagi. Kemerosotan kesihatan disebabkan banyak perkara, antaranya gaya hidup yang sentiasa sibuk, tabiat pemakanan yang gemar kepada makanan segera dan tidak bersenam," kata Pakar Kesihatan Usia dari Pusat Perubatan Pantai, Dr. Rajbans Singh.

Jelasnya, semua orang tahu bahawa pemakanan seimbang sangat penting untuk kesihatan. Namun dalam kesibukan urusan seharian, sukar untuk kita pastikan mengambil makanan yang benar-benar berkhasiat.

Kesudahannya kata beliau, kita terpaksa memilih makanan segera yang kononnya 'nilai untuk wang anda' tanpa menyedari ia sebenarnya punca kepada kebanyakan penyakit.

"Melalui gaya pemakanan yang tidak seimbang ini, badan kita tidak berupaya mendapatkan mineral dan vitamin secukupnya," katanya.

Kerana itu Dr. Rajbans berkata, bagi mendapatkan semula keperluan tubuh dalam menjalankan fungsinya dengan betul, kita digalakkan mengambil suplemen berbentuk multi vitamin.

Dengan pengambilan multi vitamin yang lengkap katanya, individu berusia boleh menjalani pertambahan usia dengan lebih yakin.

kan dah kata...penting untuk menjaga kesihatan..health is wealth!!



Jom rebut offer Vitalea.

Order Shaklee dengan Mama??
Harga Ahli semestinya!!
COD sekitar SHAH ALAM
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201


Saturday, February 1, 2014

What C-Sec Mom SHOULD NOT Do!!

Assalamualaikum WBT

Got these tips from parentscountry.com

Hopefully it help c-sec moms out there!!

1. Sometimes a c-section is absolutely necessary, so do not be strongly against it and never lament over the fact that you didn’t have a natural vaginal birth.

2. You will have pain in your incision area. Driving home from the hospital won’t be awesome even though it is great that you are going home. Every bump the car drives over will inflict pain. If you get sick, sneezing can be very hurtful. So you should always cushion your stomach with a pillow.

3. Avoid laughing, crying or coughing as much as possible.

4. Don’t eat anything that can cause constipation or gas.

5. Don’t look at your incision area. Let someone else check it to make sure it is well.

6. Don’t be angry at your doctor for not making your stomach flat again. Having a flat stomach after a c-section takes a lot of time and effort.

7. Avoid housework and climbing stairs. Let friends and family help you with cooking and cleaning and if you have two floors, stay on the first one.

8. Take pain medicines according to your doctor’s advice.

9. Don’t expect the numbness to go away. It may take years.

10. Don’t brag about the perfect shape of your baby’s head because it was born with a c-section and not with a vaginal birth.

Shaklee may be your perfect buddy along your confinement and breastfeeding journey.
Being a c-sec mom is not a nightmare anymore, Insya Allah.

Shaklee Anyone??
COD - Shah Alam
SMS/Whatsapp 24/7
0192491201


Kulit Gebu..sapa tak nak kan???

Assalamualaikum WBT

Kulit comel?? Bebas jerawat, jeragat??
Jom cuba
B Com
Vita E
Vita C

Bajet lebih??
Add on ESP

Walaaaaaaaaa....

Consultation?
FREE!
Price??
Jangan Pengsan sudah...

Order Shaklee dengan Mama??
COD sekitar SHAH ALAM
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201

Friday, January 31, 2014

Stress dan kehidupan...

Assalamualaikum WBT

Apa topik Mama ni??
Bukan Mama yang stress ye.

Saban hari Mama melihat pelbagai ragam kehidupan. Ada yang happy tak ingat..ada juga yang sedih tak terkata..ada yang biasa-biasa aje...ada yang stress memanjang..ada yang positif..ramai jugak yg negatif...hihihihi..

Apa pun cuma satu Mama nak pesan..jangan sesekali tinggalkan Al-Quran. Sentiasalah dalam keadaan berwudhuk. Bangunlah tahajjud - ingatan untuk diri sendiri.

Letih macam mana pun..tak cukup masa pun..bacalah Al-quran walau sepotong ayat - juga ingatan untuk Mama juga :((

Ok lah readers...
Mama nak rehat. Esok ada agenda main-main dengan Hashimiz. Early in the morning, Insya Allah.

Order Shaklee dengan Mama??
Harga Ahli semestinya!!
COD sekitar SHAH ALAM
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201

oh ye.. bcomplex bagus utk kawal stress :D




Lelong Alfalfa!!!!

Assalamualaikum WBT

Last day for Alfalfa punya offer!!

cepat2...grab yours...

murah-murah aje nak kasik... :D

*terms n cond applied,




Order Shaklee dengan Mama??
Harga Ahli semestinya!!
COD sekitar SHAH ALAM
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201

Thursday, January 30, 2014

Tinta Hati : Wanita Biasa


Wahai suami
Ku hanya wanita biasa yang ketika kahwini
Yang harapnya bukan sekadar teman

Wahai suami
Ku masih lagi wanita biasa walau sudah bergelar isteri
Yang kadangnya tak pandai mengatur langkah, menjaga diri

Wahai suami
Ku masih juga wanita biasa setelah melahirkan
Yang ada tika semua tak tertanggung dengan kudratku

Wahai suami
Ku ingin menjadi luar biasa di matamu, di hatimu, di mindamu
Tapi ku masih menjadi wanita biasa juga
Yang ada kalanya tak kuat, goyah, penat dan kabut.

Wahai suami
Ku sedar
Ku tetap wanita biasa.
Bukan bermakna tak bercita-cita

Biarlah tak setanding sesiapa
Asal hayunan langkahku tak lelah, tak patah
Biarlah tak sehebat mana
Asal sendiri tak rebah,

Bantulah diriku untuk cekal
Ampulah diriku untuk kuat
Sokonglah diriku untuk tabah
Pimpinlah daku bersamamu..
Matlamat yang satu
Mencari redha Allah....

Igloomama
Shah Alam
30012014

Wednesday, January 29, 2014

Audit Diri : Marah..

Kita selalu mengangkat telunjuk
Menunjuk salah
Meledak komentar
Membuah amarah

Mungkin kita x perasan
Jemari digenggam
Menjojolkan mata
Merah padam muka

Telunjuk diangkat
4 jemari lain menghala ke kita
Jemari digenggam
Persis kurang kesabaran di dada

Apa sebabnya?
Kerana kita lebih nampak kesalahan orang lain dan menganggap diri kita sempurna.
Sedangkan mengutuk, mengeji dan menuduh tanpa usul juga adalah satu kesalahan yg bukan kecil.

Dunia bukan medan untuk mengangkat telunjuk
Tetapi mengeratkan jemari untuk membina jambatan ke syurga.
Dunia juga bukan tempat untuk kutuk keji
Tetapi untuk menyinsing lengan menentang perkara yang terkutuk dan terkeji.

Untuk apa kita mengungkit?
Sedang Allah tak pernah lokek memberi.
Sedang Allah tak pernah henti memberi

Apakah bahagia dirasa pabila kita berjaya mencungkil kesilapan orang lain sedang kita tak cuba untuk memperbaiki diri kita?

Apakah manfaat yang kita dapat apabila kesalahan dahulu terusan dirobek seperti manusia tak berakal?

Bukankah kita perlu ke depan,
Meneledani kekurangan,
Menjana kekuatan
Mencipta kejayaan.

Kesalahan bukan untuk diungkit
Kegagalan tidak untuk diperkatakan
Tetapi
Kesalahan petunjuk kepada kebenaran
Kegagalan memeta jalan kejayaan.

Usah lah berterusan bertegang urat menyalahkan
Tak payah menyambung perkara2 yang tidak menyihatkan
Tutuplah aib orang jika mahu Allah lindungi aib kita
Jagalah akhlaq kita jika mahu anak2 kita membantu kita di alam barzakh nnt.

Berdebat dengan ilmu.
Bukan dengan emosi.

Wednesday, January 22, 2014

Solat tapi buka aurat

Assalamualaikum wbt

Soalan yg pernah Balqees Hashim tanya kat Mama.
"Kenapa org tu tak pakai tudung, pakai baju pendek..tp dia solat. Dia org Islam?"
Mama hanya menjawab..
"Kalau solat, org islam laa.. dalam surau x leh ckp..kena senyap..hormat org nak solat"
Sebenarnya Mama tak de idea nak beri jawapan. Jawapan untuk Balqees Hashim kena bernas dan padat..kalau tak..dia akan terus bertanya sampai dia puas hati!

Dia senyap.

Selang beberapa lama..kami menunaikan solat di luar juga.
"Mama, kakak pelik lah. Kalau org yg pakai tudung ni..dia pakai baju lengan pendek..kan nampak aurat tangan tu"
"Kakak..kita senyap dulu ye..nnt kita continue ckp masa dalam keta"

Dia senyap dengan muka tak puas hati.

Mama mencari jalan keluar bukan x nak bg jawapan..tapi Mama nak pastikan jawapan yg Mama keluarkan adalah berhikmah..dan Mama bukan lah pakar sangat..masih jahil dan masih belajar.

Senario yang nampak mudah..tp payah nak terangkan...

Mama tanyakan pada Baba..jawapan mcm manakah yg perlu Mama jawab jika soalan begitu ditanya lagi..
Baba memberi metafora..
Mama dan Baba suruh Kakak pergi sekolah..Kakak pergi sekolah..tapi Kakak tak buat homework.
Walau situasi sekolah adalah 'cause and effect' dan situasi seorang muslimah adalah fardhu ke atasnya.. tapi metafora sebegitu mungkin dapat memenangi persoalan Balqees Hashim.

Cuma..Mama mungkin lebih play safe dari Baba..sebab Mama lebih suka Balqees tak masuk campur hal org lain..melihat apa yg org buat tetapi lebih pada memperbaiki diri sendiri..
"Pada Mama..lebih baik Kakak jangan buat mcm tu..sbb dlm Islam solat tu wajib..tutup aurat pun wajib. Tutup aurat bukan hanya pada tudung atau baju lengan pendek. Baju ketat, seluar yg ketat, nampak bentu tubuh dan melekap kat badan pun termasuk dalam tutup aurat. Kalau kita tgk org buat x berapa nak betul..kita doa biar Allah beri hidayah dan kita pun jgn buat mcm tu."

"Owhhhh..tapi kan Mama..orang tu kalau tak tau, dia dosa tak? Macam dia dah besar, tapi dia pakai seluar jeans yg ketat, tapi dia pakai tudung dan baju lengan panjang."
"Kalau dia tak tahu, tak kan dia pakai tudung dan baju lengan panjang."
"Oh..maksudnya dia pura2 tak taulah ye?"
"Sometimes, diaorg terlupa. kita doakan aje ye..tp kita jangan lah buat. "
"Tapi.."
"Tapi sekarang Mama nak Kakak tak buat, boleh?"
"Okeylah!"
Again, muka tak puas hati.

Anak2..mereka lebih cepat belajar dr apa yg mereka lihat..ingat tu...

Bila anak2 kecil mempersoalkan..Mama rasa Mama sangat2 kecil..

Moga kalian membesar secara sihat, anak2 soleh dan solehah insya Allah..Aamiin...

Seperti biasa...
Order Shaklee dengan Mama??
Harga Ahli semestinya!!
COD sekitar SHAH ALAM
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201