Saturday, August 23, 2014

Mengingati MH17

Assalamualaikum WBT

Berkali-kali timeline FB di scroll ke atas dan ke bawah. Kesemuanya berkenaan dengan Istiadat Penerimaan dan Pengebumian Jenazah Mangsa2 MH17 yang menyayat hati.




Mama masih kurang kuat untuk membaca kesemua cerita mengenainya. Masih belum cukup gagah untuk membuka video-demi video yang dishare..bukan kerana tak mahu ambil pusing, tetapi kerana hati tak sampai.

Sekeping gambar seorang anak duduk menangis di sebelah keranda ibunya, cukup membuatkan Mama berhujan lebat di dalam kereta semasa menunggu Hashimiz pulang sekolah. Hashimiz bertanya kenapa Mama menangis beria2?

Semasa Ayah meninggal, kerap kali Mama mencium pipi Arwah Ayah sebelum Ayah dikebumikan. Itu adalah saat paling sayu dan paling berharga kerana ianya adalah kali terakhir. Lepas ni tak ada lagi sesi mencium pipi Ayah seperti biasa. Itu lah yang Mama bayangkan apabila menatap gambar anak itu. Dia ingin mencium pipi ibunya, buat kali terakhir...ye..kali terakhir.

Anakanda, 
Ketahuilah sayang 
Allah lebih mengetahui segalanya
Allah ada untuk menjagamu
Jadilah dikau anak yang soleh
Supaya ibumu mendapat saham bersama
Supaya nanti erat tanganmu memimpinya bersama ke syurga, Insya Allah.

Tangisanmu di dunia
Insya Allah gembiramu di Jannah
Selagi mana kehidupanmu diredhaiNya

Ye..
Mati itu pasti..pasti..pasti!!
Jadi,
Sedia...sedia...sedia!!
Nak carik,
Redha...redha...redha Allah!!

#RememberanceMH17

MH17,
Dikau di hati segenap rakyat Malaysia..

Igloomama
Shah Alam

Wednesday, August 20, 2014

Jangan laaa sedih.....

Assalamualaikum wbt

Mama tgh tolong Haarith Hashim buat homework..google punya google...jumpa gambar comel nih...ihihihi




ye..baiklah...
(comel sangat....tak jadik nak sedih..hhihihi)

Cheer up!!
We have the ability to endure all the trials in life coz Allah does not burden a soul above it's capacity

So,,
Dont Be Sad okeh!!

Igloomama
Shah Alam

Palang...oooo...palang...

Assalamualaikum WBT

Salam pagi Rabu...

"krek...kekkk..KEKKK....KEkkkkkkkkk!!!"

Black Bug di brek. Pemandunya keluar, hati berharap agar Black Bug-nya tak ada apa2 kerana bunyi tadi. 
Sangkaannya meleset. beberapa kesan calar yang ketara, juga lekukan yang tak sikit. Pemandu mengurut dada, mengungkap istighfar bagi menenangkan diri. 

"Maaf Encik, mesin tu memang problem."
"Ni macam mana cerita ni??"

Supervisor keluar dan berbincang dengan pemandu. Kedua-duanya nampak mencapai kata sepakat, walau nampak kerut di muka pemandu. 

Co-driver pun keluar, meninjau-ninjau Black Bug kesayangan. Luluh melihat ianya cedera. Masuk kembali, memujuk diri dan hati.

---

Itulah manusia. Apa yang dimiliki bila dicalari memang membekaskan perit kat hati. Akal cuba untuk berfikir positif dan memujuk hati supaya berkompromi, namun tak semua situasi hati mahu bersama-sama meredhai.

---

Kisah benar.

Ujian kami hari ini.

So, siapa2 yang pergi ke Oasis Square di Ara Damansara, berhati-hatilah ketika melalui palang keluar dari parkir - lane yang sebelah kiri sekali. Palang tu ada masalah teknikal..mungkin stress, so dia ketuk bumbung kereta orang

Allah Al Musta'an

Igloomama
Shah Alam

Tuesday, August 19, 2014

Lepaskan...

Assalamualaikum WBT


Ada hati yg bertegas mahu
Ada hati yg berbicara perlu
Ada hati yg bertanya lagi 
Ada hati yg bertekad pergi

Ada rasa yg masih jitu
Ada rasa yg kekal di situ
Ada rasa yg sipi-sipi
Ada rasa yg mahu lari

Ada akal yg diguna elok
Ada akal yg dipakai pelik
Ada akal yg diputar balik
Ada akal yg dilontar tak ditarik

Terima lah andai itu takdirnya
Andai itu jodohnya
Andai begitu keinginannya 
Andai di situ titik nokhtahnya

Melepaskan lebih bererti..



Igloomama
Shah Alam.

Tuesday, July 15, 2014

Nak kena sabar sampai bila??

Assalamualaikum WBT

Fuhhh...sabar..sabar...



"Jika kita disakiti, lekatkan sabar dalam hati, doalah agar kita tidak menyakiti orang lain"

Allah sangat mencintai orang-orang yang sabar.
“… Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”
(Az-Zumar: 10).

Sampai bila perlu sabar?
Jawapannya : sampai mati.
Sabar tiada batas, bukan hanya rela, tetapi rela bertukar redha.
Quote from Hashim Ahmad Shiyuti

Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu pernah menuturkan: “Ketahuilah, bahawasanya (perumpamaan) sabar dengan iman seperti kepala dengan badan. Jika kepalanya terpotong maka binasalah badannya.”

Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah memberikan gambaran bahawa:
Sabar bukan bererti menyerah tanpa usaha namun, sabar juga bukan bererti perjuangan tanpa hasil.
Sabar adalah taman kesejukan di antara usaha yang maksima dan tawakkal yang sepenuhnya.
Sabar adalah timbulnya keyakinan yang kuat kepada janji Allah. Allah tidak mungkir janji.
Dengan sabar, hati begitu optimis, bahawa Allah akan segera menyambut niat dan keinginan tulus seorang hamba.

*sabarlah wahai anak, puasa kan didik sabar..

Salam 17 Ramadan
Igloomama
Shah Alam

Monday, July 14, 2014

Palestin, engkau tidak keseorangan...

Assalamualaikum WBT

Salam kasih 16 Ramadan..

"Kami bersahur di Gaza, kami berbuka di Syurga"

Apa perasaan anda bila membacanya?
Apa yang terdetik di hati dan fikiran?
Apa yang anda cuba bayangkan?



Islam menggariskan Tawakal, Sabar dalam segenap aspek kehidupan, begitu juga dengan Syukur.

Apakah kita seperti mereka bila ditimpa musibah?
Apakah kita mampu berfikir demikian bila diberi ujian?
Apakah kita mampu menggerakkan kaki dan tangan untuk melawan?

Ya Allah, peliharalah mereka-mereka yang ditindas dengan sifat Tawakal, Syukur dan Sabar agar mereka terlepas dr belenggu kemaksiatan yang bermaharajalela. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, redha-Mu dan syurga; dan kami berlindung kepada-Mu dari murka-Mu dan api neraka. Ya Allah, Engkau Yang Maha Pengampun Lagi Maha Pemurah, Engkau suka mengampuni hamba-hambaMu oleh itu ampunilah dosa-dosa kami."

Aamiin.

Igloomama
Shah Alam

Sunday, July 13, 2014

Kisah Amal dan Ilmu

Assalamualaikum.

Coretan 15 Ramadan

Kisah Amal dan Ilmu

Biasa kita dengar tentang orang yang ada ilmu kena amalkan tapi tahukah kita yang beramal juga perlu dengan ilmu. Pernah tak kita ikut pendapat mana2 pihak atau orang perseorangan, mempercayainya dan menuruti amalannya sedangkan kita tidak memiliki pengetahuan apa2 tentang amalan tersebut?

Sebenarnya, apabila sesuatu amalan yang menyangkut hak orang lain, ianya lebih bahaya akibatnya sama ada di dunia atau di akhirat.

Allah berfirman :

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (Al-Isra`: 36)

Beberapa hari lepas, Mama sempat menyedut ilmu dengan Datin Dr Irwani Abdullah berkenaan beberapa perkara yang mengelirukan Mama dan antara pesannya ialah "konteks hal ehwal ibadah adalah amat rigid, kita tak boleh nak ubah suai atau tokok tambah walaupun atas niat yang baik..itu namanya bid'ah"
Terima kasih Kak Wani, nasihat itu insya Allah akan sentiasa diingati.

Di saat itu terasa betapa kerdilnya diri. Betapa Mama banyak mensia-siakan masa dan tidak memanfaatkan masa dengan sebaiknya.

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Seseorang itu juga tidak mampu menjauhkan dirinya daripada api neraka hanya dengan bergantung kepada pencapaian hidup dan ilmunya semata-mata.

Ia hendaklah diikuti dengan amalan yang didasari dengan ilmu yang telah dipelajarinya. Apabila kita tidak beramal dengan ilmu yang ada pada diri kita, kita sudah tentu tidak dapat melepasi perhitungan Allah pada Hari Akhirat kelak.

Maka pergunakanlah masa di dunia ini sebaik- baiknya dengan menuntut ilmu dan beramal dengannya, dan jauhilah sikap hanya berbangga- bangga dengan amalan sedangkan ilmunya tiada.

Igloomama
Shah Alam

Saturday, July 12, 2014

Allah Al Musta'an

Assalamualaikum

Salam 14 Ramadan

Mama tak perasan yang hari ni sudah Ramadan 14,
Cepat masa berlalu kan..

Rutin harian di bulan Ramadan juga berubah pola. Sekolah pun awal pulangnya dan cabaran dengan anak-anak yang baru belajar memahami kaedah berpuasa memang sedikit sebanyak merenggut masa Mama (tak nak mengaku dah tua n mudah lupa :D)

Hashimiz yang berusia 9, 8, 6 dan 4 tahun masing2 perlukan perhatian Mama dan kadangkala mereka minta lebih daripada 100% (ye ke?). Dan bulan Ramadan ini nampaknya membuatkan Mama perlu bekerja lebih dengan target diri sendiri - untuk TIDAK membeli sebarang juadah berbuka puasa dan berbuka seadanya tetapi MESTI memenuhi kesemua keperluan diet Hashimiz yang seleranya berlainan.

Cabaran seterusnya adalah untuk memastikan Hashimiz sentiasa berada dalam 'mood' yang baik, supaya segala aktiviti yang menjadi santapan rohani dan jasmani mereka berlangsung tanpa gangguan. Walau ada sedikit-sedikit yang mengelat..ihihih (biasalah kan...)

Dan yang sedang berlangsung sekarang di mana Mama perlu mengambil alih sebentar watak utama dalam keluarga. Ketika watak utama tersebut hanya dapat berlintas langsung dalam sela waktu yang tertentu sahaja. 2 in 1. (Yang ni tak boleh ngelat ye....)

Sifir mudah dalam keadaan ini yang mungkin dapat Mama rumuskan..

1) Baca Al Quran + Berzikir = Tenang

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…”

(Al-Baqarah: 185)

2) Sabar + Syukur = Tenang

" iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" ( surah Ar-Ra'd ; 28 )

"Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, kerana segala perkaranya adalah baik. Jika ia mendapatkan kenikmatan, ia bersyukur kerana (ia mengatahui) bahawa hal tersebut adalah memang baik baginya. Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan, ia bersabar kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut adalah baik baginya." (HR. Muslim)

Allah Al Musta'an

Igloomama
Shah Alam

Thursday, July 10, 2014

Apakah yang kita doakan?

Assalamualaikum WBT

Jom baca...kali ni Mama nak share pasal doa pulak...

Doa meminta rahmat dan redha Allah.

Inilah cita-cita tertinggi yang harus dimiliki seorang Muslim lagi Mukmin . Tentang hal ini, dalam kitab Hikam, Imam Ibnu Athaillah mengungkapkan bahwa:

"Sebaik-baik doa yang harus engkau panjatkan kepada Allah, adalah apa-apa yang Allah perintahkan kepadamu."

Jadi, doa terbaik yang harus kita panjatkan kepada Allah adalah doa minta dikuatkan iman, doa minta diberi ketaatan pada semua perintah dan diberi kekuatan menjauhi larangan, serta istiqamah dalam pengabdian.

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, redha-Mu dan syurga; dan aku berlindung kepada-Mu dari murka-Mu dan api neraka".

Saat kita meminta redha Allah, maka saat itu kita telah meminta hal paling berharga dalam hidup. Sebab, tidak ada gunanya harta, pangkat, jabatan, rupa, atau apa pun, bila Allah tidak redha kepada kita. Bila Allah sudah redha, maka semuanya akan jadi mudah. Dunia, insyaAllah akan kita dapat, dan akhirat pun akan kita peroleh.

Kerana itu,
- daripada minta kecukupan, lebih baik kita minta tawakal;
- daripada minta nikmat, lebih baik kita minta syukur;
- daripada minta terlepas dari musibah, lebih baik minta sabar, dsb.

Hal ini bukan bererti kita tidak boleh berdoa. Berdoalah apa pun, selama tidak memohon kemaksiatan.

**Shah Alam hujan lebat.
اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

Salam 12 Ramadan...

Igloomama
Shah Alam

Tuesday, July 8, 2014

Cabaran Anak Kecil Berpuasa....

Assalamualaikum WBT

Cabaran!!

Salah seorang Hashimiz berasa tidak puas hati dengan menu bersahur semalam.
Sebelum tidur dia request burger ayam, dan Mama turutkan menu permintaannya. Namun, kerana kekangan mata yang tak terbuka luas, dia hanya menjamah separuh sahaja burger tersebut.

Apa yang terjadi hari ini mungkin pengajaran buatnya. Namun, kerana dia masih kecil dan tidak faham, maka kesalahan itu diletakkan pada Mama.
Keadaan di rumah agak tegang apabila Mama mengatakan perlu makan secukupnya jika tak mahu lapar atau sabar menanti waktu berbuka puasa walaupun perut berkeroncong tak sudah. Tapi...kejadian berlaku sebaliknya.

Maka dalam hal ini Mama senyap dan cuba bersabar. Dia masih kecil dan kurang memahami situasi. Namun ada di antara selang masa Mama cuba bertegas. Walaupun kurang berkesan, dia masih meneruskan puasa dan aktiviti lain dengan amukan yang mencabar.

Toleransi tanpa Ketegasan adalah ketidakupayaan
Ketegasan tanpa Ilmu adalah Ketidakcerdikan
Toleransi dan Ketegasan di atas ilmu adalah Kebijaksanaan.

"Dan orang yang berdoa : "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikan kami pemimpin bagi orang yang bertakwa"
Al-Furqan : 74

Berusaha mencetak insan soleh perlu 'printer' yang premium kualitinya. Mudah bila sekadar bersemangat (seperti melihat printer yang baru dibeli) tetapi prosesnya bukan sekadar memetik suis printer.

Maafkan Mama, Mama belum lagi cukup ilmu di dada, kurang kesabaran kadangkalanya, cuma, ada masanya Mama perlu bertegas, moga suatu hari nanti kamu semua faham akan erti 'bebel' dan 'garang' Mama..

Salam 10 Ramadan

Igloomama
Shah Alam