Be the one who nurtures and builds, Be the one who has an understanding and a forgiving heart, Be the one who looks for the best in people. Leave people better than you found them.
Monday, September 8, 2014
Sugar Crush!!!
DUSHHHH!!!
Satu tamparan hebat bila melihat meter!
NOOOOO!!!
8.3 adalah sangat RARE!!!
DUSHHHH sekali lagi...
Terkebil2
Eh...
Assalamualaikum WBT semua....
Pagi yang terkujat skit..hiihhi..al maklumlah...dah seminggu tak cek..hari ni tergerak hati nak cek..mak aiihhhh...selamat laa..kesian organ2 dalaman berhempas pulas bekerja keras dek kerana sugar crush weekend lepas..haihhh...tak baik sungguh!!
Kena lupakan kisah Garret's, kuih lopis, cakes dan segala mak nenek gula dan karbohidrat..(sekejap..hhiihhi)..tapi mmg Garrets itu tersangatlah manisnya (dan sedappppp).
Kisah Mama teman Baba ke Midvalley..ternampak laa fav popcorn kegemaran Mama..dalam kepala dah tau manis yang amat..tapi nakkkkk jugak..haaa..dah laa harga pun kus semangat kan..(tapi pejam mata..beli gak)..hati berdebar2 nak telan..tp..kurelakan..hiihihi..dah start mmg susah nak berenti..haiiihhh..mmg 'sugar crush' sungguh..small pack tahan 2 hari.tu pun share jugak ngan kids..kalau tak share tu tak tau laa berapa meter tu naik..
Pastu nak jadik story naik lori ni..sblm cek..pi makan lak kuih lopis, sblm tu makan bubur ngan teh o suam err..and 2 slices of pandan swiss rolls..hahah...kejam tak?? tak sayang diri betul..but that gojes lopis sangat tempting..haiiihhh...'crush' lagi!!
Dannn lagi..Mama mmg tak berenti makan, munching, mengonyel dan menyunyah...
Yes..betul2..it's my FAULT!!
Okeh..okeh...dah.hari ni kena minum air masak bnyk2 okeh...pi bersenam skit..kawal skit hati tu nak makan macam..jangan asik nak crush aje..hihih..Mama doakan semoga diri Mama berjaya!! Aamiin.
Will check again in 1 hour time (normally gula Mama akan ok after one hour..and hopefully kali ni pun mcm tu..aamiin) ..Oh ye..the best way nak tau kemungkinan kita ada ura2 nak kena diabetes is cek darah 1 hour after meal..so..jom amalkan kehidupan sihat!!

Saturday, September 6, 2014
Bingkisan Di Hari Lahirmu....
Dia sahabat
Ada di kala susah dan payah
Dia kekasih
Ada di waktu suka dan suka
Dia doktor
Ada di kala sihat dan sakit
Dia cikgu
Ada di waktu betul dan salah
Dia imam
Ada di masa tahu dan jahil
Dia suami
Ada di setiap saat,
Dekat di dalam hati,

Salam Hari Lahir Encik Hashim Ahmad Shiyuti
Friday, September 5, 2014
Kemuliaan Ilmu Atas Harta
Benarkah??
Jom kita selusuri penjelasan Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah berkenaan perbezaan antara ILMU (tuntutan pada ilmu shar'ie) dan HARTA.
1. Ilmu adalah warisan para Nabi sedangkan harta adalah warisan para raja dan orang kaya.
2. Ilmu menjaga pemiliknya, sedangkan pemilik harta sentiasa sibuk menjaga hartanya.
3. Ilmu ada penguasa atas harta, sedang harta tidak berkuasa atas ilmu.
4. Harta bisa habis dengan sebab dibelanjakan, sedangkan ilmu sentiasa bertambah dengan diajarkan.
5. Pemilik harta jika telah meninggal dunia, dia berpisah dengan hartanya, sedangkan ilmu akan mengiringi pemilik ilmu ke dalam kubur.
6. Sesiapa sahaja, muslim ataupun tidak, baik ataupun jahat, soleh ataupun tidak mampu memperolehi harta, sedangkan ilmu yang bermanfaat hanya didapatkan oleh orang yang beriman sahaja.
7. Sesungguhnya jiwa menjadi lebih mulia dan bersih dengan mendapatkan ilmu, menyempurnakan diri dan kemuliaannya. Sedangkan harta tidak membersihkan diri dan tidak pula menambahkan sifat kesempurnaan diri, malah jiwa dan perasaan menjadi kurang serta kikir dengan mengumpulkan harta dan menginginkannya. Jadi keinginannya kepada ilmu adalah inti kesempurnaannya dan keinginnya kepada harta adalah ketidak sempurnaan dirinya.
8. Mencari ilmu dan mencintainya adalah akar seluruh ketaatan, sedangkan mencintai harta dan dunia adalah akar kepada pelbagai kesalahan.
Kawan-kawan..
"To seek knowledge is to seek path in Jannah"
Love
Igloomama
Shah Alam
Monday, September 1, 2014
Our 13th Anniversary .... Alhamdulillah.
Kami tak serupa
Kami tak sama
Dia pandai, Saya? Takkkkk..
Dia bijak, Saya? Kurengggg....
Dia hensem, Saya? Jauh laa..
Dia tinggi, Saya? Rendang...ahahah
Dia berprinsip, Saya? Hentam ajee...
Dia hebat, Saya? Low profile, biasa-biasa aje...
Tapi
Kerana perbezaan itulah
Dia melengkapi kekurangan Saya
Dia menutup kelemahan Saya
Dia pimpin ketempangan Saya
Kerana Kami tak serupa-lah
Buat Kami kena sentiasa bersama
Untuk bantu satu sama lain
Kami percaya
Kerana Kami tak sama-lah
Buat Kami perlu bergandingan
Untuk meneruskan kehidupan dalam redhaNya
Kami percaya
Kerana Kami tak matching-lah
Kami kena jadi geng
Supaya Hashimiz tak pening tgk Mama Baba diaorang.
(Ketawa sikit...ihihihi)
It was never easy coping and dealing with our differences.
We both know it has been a rough ride.
However, I don’t care how bumpy the road is as long as I’m not taking this ride all by myself.
Yes it was a rough ride but the sweetest of it all because you were with me.
That’s why I came to love you more.
Thanks for the wonderful years we shared
For the happy moments and the great bonding
Thanks for giving me a chance to be the mother of your children
I’ve never been so happier like this before
Alhamdulillah, it's our
HAPPY 13th ANNIVERSARY
Saturday, August 30, 2014
Kata-kata indah dan bahayanya..
"Terbang,
Terbang tinggi walau tanah di kaki,
Kan ku cari langit"
Sedap kan??
Assalamualaikum WBT semua...
kat atas tu petikan lagu baru Yuna..tajuk lagu..LANGIT.
Mama memang suka kalau dengar bahasa-bahasa puitis ni...masyukkk aje rasanya...
Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
Yang ni pulak lirik Arjuna Beta, dendangan Fynn Jamal.
Masya Allah bakat diaorg dalam penulisan sangat-sangat unik. Tak nak ambilpusing pasal irama dia..tapi lentuk gaya penulisan mmg menyentuh kalbu..,,
Ye..Mama memang suka menulis..tapi tak berapa pandai..tapi memang Mama suka baca penulisan kreatif yang puitis2 ni...
Tapi..kena bataskan juga kreativiti kita dengan bahasa ni..
Mama pick Fynn Jamal punya lirik juga..
(maaf ye)
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
Kena berjaga-jaga dengan kata-kata indah yang kita tulis. Takut kita terjerumus dengan syirik atau perkataan2 yang boleh menjerumuskan diri kita dalam "dot..dot..dot"
Lebih indah rasanya jika ayat itu ditukarkan kepada :
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
Allah sentiasa ada
takkan engkau tercela
Love you all
Igloomama
Shah Alam.
Kisah Cinta Ulung
Assalamualaikum WBT
Jatuh cinta dengan ayat-ayat ini...
Jatuh cinta dengan ayat-ayat ini...
Hubungan kita dengan Allah ialah sebuah kisah cinta
Ulangilah kata-kata cinta kita kepada Allah dengan sentiasa membasahi lidah dan hati kita dengan kalimah suci Al Quran dan Zikrullah.
Buktikanlah rasa cinta kita dengan amar ma'ruf dan nahi mungkar
Prof Tariq Ramadan
Friday, August 29, 2014
Studio Hati : Selagi Hidup..
Assalamaualaikum WBT

Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang, tetapi berusahalah untuk tidak menyakiti hati mereka walaupun di saat hati kamu disapa kesakitan.
Studio Hati : Kerana Dirimu Seorang Lelaki...
Kerana dia seorang wanita
Pada dasarnya lembut
Pada dasarnya gemalai
Pada dasarnya lemah
Pada dasarnya memerlukan
Kerana dia seorang wanita
Pada hakikatnya kasar
Pada hakikatnya tegas
Pada hakikatnya kuat
Pada hakikatnya diperlukan
Kerana dia seorang wanita
Dia tak boleh lemah bila dia perlu mengasari jemari mengurusi rumah.
Dia tak boleh gemalai pabila dia perlu bertegas mendidik anak-anak.
Dia harus kuburkan kelemahan demi menguatkan sebuah ikatan.
Dia tidak boleh terus memerlukan kerana dia sangat diperlukan.
Kerana dia seorang wanita
Dia punya sekeping hati
Yang kadang merasai lebih
Walau bibir senyum melirik
Yang ada masanya pedih
Walau tawanya mengekek
Yang dalamnya sudah rebah
Walau di luar nampak tabah
Kerana dia seorang wanita
Jangan disentuh hatinya dengan senjahan
Jangan diganggu hatinya dengan kesedihan
Jangan diusik hatinya dengan sindiran
Jangan direnggut hatinya dengan kesangsian
Kerana dia seorang wanita
Sentuhlah hatinya dengan belaian
Usiklah hatinya dengan kegembiraan
Hiburkan hatinya dengan pujian
Cuitlah hatinya dengan kepercayaan
Kerana dirimu lelaki
Percayalah
Tak rugi kata-kata
Tak hilang kuasa
Tak lari hebat
Bila wanita dijaga hatinya
Aida Ishak
Shah Alam
Thursday, August 28, 2014
Studio Hati : Hikmah Musafir
Memandang, menikmati, melewati dan mengambil ibrah
Detik ke detik berlalu dalam waktu
Waktu di mana aku masih dia yang dulu
Cepat sekali senja mendatang sedang tadi mentari bersinar riang
Safar membuat diri lebih mengenali dan mengerti
Akan alam, akan manusia
Alam yang auranya berbeda
Manusia yang tersiratnya tersurat
Moga Allah sentiasa memeliharaku
Di waktu aku masih dia dan di waktu aku menjadi kamu.
Aamiin.
Aida Ishak
nukilan musafir solo Segamat-Shah Alam
27 Ogos 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)