Monday, September 15, 2014

Day Two : Santai Ria dan Silaturrahim

Assalamualaikum WBT

Hari ini kami tidak ke mana2...

Mama buat bihun goreng dan juga jemput-jemput. Special kali ini Mama buat jemput-jemput menggunakan tepung attar..
Tepung attar tu apa?
Tepung yang buat capatti tu..ada dijual di pasaraya. Cari tepung ATTAR.. sedap..lembut..best!!


Lepas tu Mama dan Baba keluar untuk sedikit brisk walk di Tasik Kota Kemuning.
Lama kami tak buat aktiviti ini...

Sedikit penat tapi sangat syiokk...hiihhi

Kami sampai di rumah...
Mama siapkan kerja2 rumah dan Hashimiz buat homework dengan Baba..
Kami ada jemputan untuk menghadiri kenduri kesyukuran bersempena pertunangan sepupu Baba di Gombak..so..kami pun berehat lah sekejap..

Alamak!!
Dah terlewat bangun..cepat2 siap..kami sampai di Gombak pukul 4ptg!!
Ya Ampunnnn..hihihi..mmg dah lewat sangat2..

Sebelum ke Gombak tu, Baba selesaikan sedikit kerja nya..tu yang jadik tambah lewat,..hihihi


*sorry nismah...akak cilok gambar from FB..ya ampunnn...

Tapi yang penting, kami datang..tetap untuk meraikan..Tahniah buat Cousin Nismah Hayati Nasiruddin!! Moga jodoh kalian panjang, sehingga ke jinjang pelamin..insya Allah.
*Nismah punya jamuan di tepi swimming pool..awesome sangat!! Hashimiz spent masa main playground,,and Mama enjoying the foods..Masya Allah..Alhamdulillah..sedap sungguh dapat makan gulai ikan masin ngan nenas :D

Sebelum pulang..Baba singgah di UIA..sambil2 drop Affaf dan Amer (anak2 sedara Baba yang sedang belajar di UIA). Baba beli samosa sedap di cafe Ali..mmg sodap...hiiihihih

Sampai di rumah..Maghrib.
Lepas solat Isyak..Mama dan Baba lepak2 tengok Batman.
Best. Lepas tu...ngantukkk.....tdo! hahaahah

Luv,
Igloomama
Shah Alam.

Studio Hati: Monolog Pemerhati Gelandangan


Duduknya di situ, 
Menanti mana hala yang hendak dituju.
Hati terusan berdoa agar mudah dipertemu,
Jalan selesai yang kini masih buntu.

Duduknya di situ,
Perlahan mengusap lembut rambut anak-anak,
Yang tidur berlantai papan, beralas tangan.
Matanya terusan merenung seolah mahu melenyap kerisauan.

Duduknya di situ,
Masih memerhati jauh ke hadapan,
Meletak harapan,
Mengingin impian.
Moga satu hari,
Bukan lagi duduknya di situ.

Monolog pemerhati tehenti
Tatkala tangan cuba memberi
Bukan takdir rezekinya 
Mahupun bukan takdir rezeki di pemerhati
Allah ada, sebaik-baik Pemberi.





Aida Ishak
Tasik Kota Kemuning,
Shah Alam
15.9.2014

Day One : Short Trip to Cameron Highland

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah...

Cuti sekolah kali ini Mama dah ada plan ahead. so, at least kita dah ada guideline..just in case apa yg plan tak menjadi..so..kita main tukar2 hari aje laa...hihihi

Okeh..berbalik pada kisah short trip kami..
The best and amazing short trip yang Mama rasa sangat2 bermanfaat buat Mama, Baba dan Hashimiz. Alhamdulillah.

5.15am - Bertolak dari rumah
5.30am - Solat Subuh di Masjid Shah Alam.
6.30am - Memulakan perjalanan. (ingatkan anak2 untuk membaca doa musafir)
8.00am - Tiba di Tapah
*Kami spend masa di sini agak lama, bersarapan bersama dengan rakan sekolah Baba. Terima kasih kerana sudi bersarapan bersama kami : Arjunee, Wife dia Yani dan juga sons, Amal dan Aiman.
(Silaturrahim juga penting :D)

9.30am - Mula mendaki Cameron Highland (melalui Tapah)



10.30am - Tiba di Tanah Rata. Kami terus ke Taman Agrotek Mardi. Info : Tiket Dewasa RM3, Kanak2 7 -12thn RM1.50. So total tiket kami, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak RM9.
Kalau korang nak beli pokok2 bunga, hiasan ataupun anak2 pokok, baguslah belinya di sini. Harga lebih murah. Mama beli sepokok daisy, sepokok pine hiasan, sepokok bonsai dan beberapa pasu kaktus buat Hashimiz dan kawan2nya.



1.30pm - Tiba di Tapak Pasar Malam. Kebanyakan gerai2 pasar malam sudah dibuka awal. Kami pun membeli lah. Sayur2, Teh dan juga sedikit cenderamata.
2.15pm - Tiba di Kedai Teh Bharat, Cameron Valley. Kami berhenti untuk minum teh dan amik lunch ringan2.
3,00pm - Mulakan perjalanan pulang (juga ikut Tapah)
4.30pm - Singgah di Masjid di Area Tapah untuk solat Jamak Ta'khir.
6.00pm - Sampai di Shah Alam

Selesai misi kami.
Tujuan utama ke Cameron :-
--> Permintaan Haarith Hashim nak makan strawberi coklat. *Sedap strawberi coklat di Mardi. secucuk RM2.50.



--> Mama nak beli teh
--> Nak pergi Mardi.
--> Nak jalan-jalan lihat alam sekitar.





Alhamdulillah..
Semua yang di plan menjadi.
Letih?
Tolak ketepi.
Nikmat Allah beri terlalu banyak nak dibandingkan dengan letih yang sedikit.
Alhamdulillah.
Seronok!




Nak buat short trip mcm ni lagi..Insya Allah.

Luv,
Igloomama
Shah Alam


School Hols September 2014

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah..

Insya Allah Mama akan buat update harian untuk aktiviti cuti sekolah kali ini. Walaupun seminggu, tetapi Mama rasa nak SHARE.. mungkin boleh menjadi panduan untuk parents yang mencari-cari aktiviti dengan anak-anak.

So..
Untuk Update Cuti Sekolah, Mama akan letak label "School Hols Sept 14"
Dan setiap tajuk ada menunjukkan hari ke berapa.


Okeh...moga ianya bermanfaat buat kalian..Insya Allah.


Luv,
Igloomama
Shah Alam

Saturday, September 13, 2014

Kambing oh kambing...

Assalamualaikum wbt..

Haa..

Ari tu Mama ada cerita yang Mama beli kambing kan... pastu Mama kata nak grill ngan rosemary kan....

Haa....tadaaaaaaaaa
*insert drumroll*

Ini lah pelakon utamanya!!!

Alhamdulillah...

Moist dan lembut..
Burppp...kenyang Alhamdulillah..


Luv,
Igloomama
Shah Alam

Eh..Cuti Sekolah ke??

Assalamualaikum WBT

Pejam mata 10 saat..tenangkan fikiran sambil tarik dan lepas nafas perlahan-lahan...rasai kehebatannya.

**mesti ada yang buat kan...ihihihhihi

OKEH...



Cuti sekolah dah START!!

Ayuh lah Mama...buatlah plan yang bagus-bagus untuk anak2.

Hari ni Mama ada agenda dengan Hashimiz. Idea sumbangan Haarith Hashim.
Cuma..ke mana kami?? Kami sedang ber 'jaulah' menikmati alam sekitar ciptaan Allah.

Insya Allah nanti Mama akan share cerita jalan-jalan kami hari ini. Cuma kawan-kawan doakan perjalanan kami dipermudahkan dan selamat pergi dan balik, Insya Allah.


okeh..sekarang ni Mama nak share sikit perancangan Mama dan Hashimiz untuk tempoh seminggu.

Monday 15/9      :  Movie time
Tuesday 16/9      :  Field
Wednesday 17/9 :  Optometry Visit
Thusrday 18/9     :  Dental Visit
Friday 19/9         :  Bookshop/Library
Saturday 20/9     :  Field

ni plan yang major lah..aktiviti bersama.. yang rutin tetap akan dibuat juga Insya Allah.

So..harapnya korang dapat sikit idea apa nak buat cuti sekolah ni.

Pada yang pergi bercuti..selamat jalan drpd kami..semoga jaulah kalian diredhai dan diberkati.
Pada yang tak ada plan, sila lah plan benda yang menambah manfaat dan menguatkan hubungan silaturrahim antara keluarga.
Pada yang masih dalam mood exam, ulang kajilah...dan berdoa lah..setiap yang berlaku ada hikmahnya..Mama doakan kejayaan dunia akhirat milik kalian..aamiin.!



kosa kata :

'Jaulah' bermaksud perjalanan. perkataan drpd bahasa Arab.

Luv,
Igloomama
Shah Alam

Friday, September 12, 2014

Sayyidul Ayyam datang lagi...

Assalamualaikum WBT

Mama bz skit semalam..

Salam Jumaat semua..

Sayyidul Ayyam datang lagi...

Pagi ni Balqees Hashim minta potong kuku..padahal Mama baru potong kukunya hari Isnin yang lepas. dan lihat kukunya masih pendek.

"Kan sunnah potong kuku hari Jumaat."



Baik lah anak..
Mama pun potong kuku Mama sekali..


Satu lagi sunnah pada hari Jumaat adalah...

Membaca Surah Al Kahfi.

Dah baca???
Alhamdulillah... tapi kalau belum..bacalah..tak lama pun..paling lama setengah jam...

satu tips mudah nak baca Al Kahfi..

Kalau selalu kita bangun pukul 5,30am, so, amalkan setiap hari Jumaat kita bangun setengah jam lebih awal. Alaaa...seminggu sekali aje.. solat Tahajjud dan baca Al Kahfi sblm subuh. Haa..mudahkan!! Jadi hari anda bermula dengan bermunajat pada Allah dan menuruti sunnah Rasulullah SAW.

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

Al Kahfi : 1-2


Selamat beramal!!

Luv,
Igloomama
Shah Alam

Wednesday, September 10, 2014

Studio Hati : Kerana mulut







Indah mulut bukan pada zahir, tapi terletak pada tutur, terserlah pada pekerti, tersentuh pada hati

Andai ia suka menyakitkan, tak mustahil suatu hari tutur tak terzahir suka, pekerti tak terserlah elok dan hati tak tersentuh indah....

Tuesday, September 9, 2014

Studio Hati : Mujahadah Rela untuk Redha


Susah untuk melupakan jika sesuatu yang memang telah berada lama dengan kita. Terutamanya yang berada di dalam hati. Organ yang satu ini menyimpan seribu malahan mungkin berjuta rasa dan cerita.

Macam-macam ragam manusia. Pelbagai cerita dan gerak gaya. Ada yang sakit dan menyenangkan, ada sayang dan kebencian, ada suka dan kesedihan.

Meletak sesuatu dalam hati lebih mudah dari membuangnya.

Kisah cinta yang indah. Maka sejauh mana kemampuan untuk melupuskan rasa cinta yang telah lama bertapak atau hanya sekadar melupakan walau sesekali ianya datang menyapa lembut.

Tapi soalnya di sini..
Adakah boleh diletakkan sesiapa ataupun apa pun dalam hati selagi ianya tidak mengundang kemaksiatan pada perbuatan yang menampakkan jatuhnya akhlak seorang muslim/muslimah?

Ataupun
Lepaskan lah dan isilah hati dengan sesuatu yang lebih menjaga dirimu daripada melakukan kemaksiatan dan seterusnya merapatkan hubungan dengan Allah.

Ataupun
Letaklah hati pada yang menghargai kehadiran rasa. Ianya lebih memahami.

Sebaiknya
Yang pertama di hati adalah Allah. Tuhan yang membolak balikkan hati.

Maka,
Pilihlah Tuhanmu, kerana Dia, Pencipta Hati.


Aida Ishak
9 September 2014
Shah Alam


Pasar Day!!

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah...bertemau kita dengan selasa lagi ye...
Salam Selasa semuaaaaaaa

Owh ye..ni nak bagi tau..

HARI SELASA adalah HARI PASAR MAMA..
best!!!


Ni tempat Mama soping lauk pauk...



So..hari ini akan lebih penat sedikit,,
sebab,,
kena berdiri lama skit untuk bersih2 kan ikan...

Apa Mama beli hari ni??

LALA!!
Ada lala hari ni...Alhamdulillah...rezeki..fav Haarith Hashim, Aiman Hashim dan Anees Hashim.

Pastu Mama beli....
KAMBINGGGG...Mbekkk...

hiihhi...
Rabu kita buat Kambing Rosemary ye.. sebab hari Rabu adalah Hari No-Nasi...hihihihi...nyumsssss

okeh...
Nak rehat jap..

Pas ni nak bawak Black Bug pi mandi..dah lebih 2 minggu dia tak mandi..
Anees Hashim kata "Car Mama ni ada kelemumur lah..." Hahahahahha

Jumpa nanti...

Luv,
Igloomama
Shah Alam