Saturday, May 23, 2015

Avengers!!


Begitulah....

Hashimiz : Mama...can we ask u something?
Mama : sure.
Hashimiz : what's the name of the guy with bow and arrow and before this he was no good guy and became a good guy and help people.
Mama : alamak..apa tu? What guy? Where?
Balqees H : i think his name Black Vader!
Haarith H : apalah Kakak..thats Dark Vader..bukan Avengers.
Mama : laa...Avengers ke? Is itThor?
Haarith H : no!! Thor bawak tukul..
Mama : ahahha..ok2.. maybe Captain America..
Aiman H : wrong laa Mama... yg tu pegang shield.
Mama : Mama x tau lah.
Anees H : tak apa..malam nk kita pegi tengok. Baru tau sapa nama dia! Bijak tak Adek?
Hashimiz : Yay!!! Best2... nnt kita pakai baju...bla..bla.... popcorn..bla..bla..ice lemon tea...bla..bla..for sure Adek tdo dalm cinema..bla..bla..bla..





Maka..
Gamatlah suasana di dalam kereta tatkala pulang dari sekolah. 

Monday, April 6, 2015

Meh Sini Nak Inform...

Salam Semua!!!

Okeh..
Banyak dah SMS dan Whatsapp asik tanya aje...

"Kak, jual Shaklee lagi?"
"Kak...nak order..."
"Kak..berapa harga.."


So...
Macam ni lah..
Kut2 kalau korang berminat sangat nak beli Shaklee from Mama...
Meh laa Mama tolong..
Tapi..Mama bagi syarat.

1. Bila order..ada masa Mama tak boleh nak balas terus. Kalau Mama reply terus..Alhamdulillah...tapi kalau ada time2 lambat reply..tak payah tunggu..korang boleh carik SID lagi..atau korang nak tunggu..hihihi...mcm call astro lah kan..lama kena tunggu..ihihih

2. Bayaran hendaklah dibuat DAHULU. Tak ada COD ye. Dah bank in, Baru Mama buat ordering. Sebab skrg Mama tak ke HQ..Mama just proses order melalui online. So, manage your payment and I'll manage your order. Mama akan buat pengeposan terus thru Shaklee. Untuk orang Shah Alam? Tengok rules no.3.

3. Mama TAK menguruskan delivery ke merata Shah Alam lagi. Venue delivery sama ada di Petronas/Shell Section 27, Yayasan Restu ataupun di Masjid Al Huda, Section 19 Shah Alam sahaja. Dalam beberapa timing aje..so..kalau nak personal delivery kat situ aje tau.. tapi..refer balik rules no.2. Mesti bayar dulu...

4. Harga ada GST ye.. bukan GST from Mama..but from Shaklee. So, pikir baik2..sbb korang tanya lebih2 bab cukai ni...Mama tak layan tauu...hihihihi.

5. Korang tak akan komplen pasal barang lambat laa...apsal lama betul nak sampai laa...haa..kalau nak cepat..carik lah SID yang berdekatan korang atau beli sendiri kat HQ Shaklee..hihihihih.

Dah..tak nak cakap dah.

Nak beli dan rela dan redha ikut syarat2 Mama?
SMS ataupun Whatsapp lah ye..

ok..bai!





Sunday, April 5, 2015

FunSunday : Nak Tengok VCD Boleh?


Di suatu pagi minggu...

AimanH : Mama, boleh tak nak tgk CD?
Mama : Boleh. Tapii....
AImanH : Tasmi'? Buat maths?
HaarithH : Mandi? Kemas beg sekolah?
AimanH : Susun buku atas meja?
HaarithH : Susun toys kemas2?
Mama : Haaa..bagus2...dah tau dah apa kena buat Masya Allah...so, lepas buat baru Mama bagi..itu pun kalau..
AimanH : Tak gaduh2 dengan Abang?
HaarithH : Okey..kita orang tak gaduh. Boleh ke Mama?
Mama : Boleh. Kalau semua siap sebelum kita fetch Kakak.
AimanH & HaarithH : Yay!! Kakak nak balik. Kakak nak balik.. nak kemaskan beg sekolah Kakak sekali ke Mama?
Hahahahah..
Ini RARE!!




Happy ‪#‎funsunday‬


Saturday, April 4, 2015

Bunyi Burung Macam Mana?




Satu ketika dulu..

Balqees...mcm mana bunyi birds?
"Chippp...chiippp 🐤"
Masya Allah...pandainya anak Mama buat bunyi birds....

Haarith...mcm mana birds punya bunyi?
"Twittt....twitt.... "
Masya Allah..sedapnya bunyi burung tu...

Aiman...macam mana bunyi birds?
AimanH muncungkan aje mulutnya..sambil mengepak2 kan kedua belah tangan.
Masya Allah...bird ni x bunyi..tp pandai terbang...

Sekarang...

Anees...birds sound please..
"Mama tak tau ke bunyi bird macam mana? Ishh...ishhh...issshhhh... mcm ni haaa..
Aaaarrkk...aaarkkk..."
Masya Allah...bunyi GAGAK!!
😅😅😅😅

*tepuk dahi*
Aduhai anak..

I Love You, Hashimiz...


Tuesday, March 24, 2015

Anak Notti??

Assalamualaikum WBT

Awak buat apa kalau anak2 awak notti?

Serius payah nak jawab soalan ni.

Saya dapat banyak soalan mcm ni. Mungkin sbb saya slalu share dlm fb kisah saya dan Hashimiz.
Sharing hanya sekadar kisah. Mungkin saya perolehi ilmu baru menerusi komen yg baik2..dan mungkin juga saya dapat mendengar cerita kawan2 yg mungkin mempunyai kisah yang sama dgn saya.

Tapi bila kwn2 minta saya jawab soalan ni...saya susah nak jawab.
Zaman kita dulu..kita sangat takut dgn mak ayah kita. Pendek kata..rata2 kita dibesarkan dengan herdikan, pukulan, pulasan, ugutan. Namun, kita tidak melihat perbuatan mak ayah kita sebagai satu hukuman melampau jauh sekali penderaan. Kita melihatnya sebagai agen penyampai nasihat walaupun berbirat kulit. Kita tidak menyimpan dendam mahupun membenci mereka. Kita bangun dengan pukulan dan ugutan. Kita bangkit dengan cubitan. Kita sedar dengan beberapa sesi hambatan larian keliling rumah. Kita insaf apabila dikurung.

Adakah ianya sesuai dgn anak2 kita sekarang?
Tentunya tidak.

Beberapa tokoh Islam seperti Syaidina Umar Al-Khattab mengatakan :

"Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau. "

Justeru..

Kita sendiri lebih memahami anak2 kita.
Mereka dibesarkan menerusi acuan yang ada pada kita.
Kita yang mereka ada untuk memandu dan kitalah yang perlu betul at first sebelum betulkan diaorg.
Dan, sebelum melakukan sesuatu, ingat satu..dia punya perasaan dan dia amanah Allah.

So, jawapan saya..
Tepuklah dada sendiri dan dapatkan cara sendiri yang terbaik buat khalifah2 Allah itu.
Saya percaya, setiap anak punya satu titik lemah mereka dan mereka akan menerima nasihat kita andai kena gayanya. Jaga hubungan dengan Allah, insya Allah, Allah akan menjaga kalian anak beranak.

p/s : ada time..Hashimiz dicubit. Tapi..selalunya mmg Mama suka bebel


love
IglooMama
Shah Alam

Tuesday, March 3, 2015

Batu Belah Batu Bertangkup





Pagi tadi pergi pasar.

Beli lah ikan keli 1kg.
Ada 7 ekor.

Dalam kepala, plan nak goreng garing-garing dan buat sambal cili api pecah2..
Perghh...kecur liur.

So, balik dr pasar..semangat membersihkannya.
Kelar2 biar nanti goreng cepat masak and garing.
Lumur garam kunyit.
masuk dlm tupperware dan simpan kat chiller.
kasi meresap garam kunyit...

Then, bersihkan diri pulak..
Bau ikan kan...ishhh...
Setel semua, pergi fetch Mek Diva
Balik from amik Mek Diva, panaskan kuali.
Sambil2 tu ambil cili padi dan bawang...hiris2..masuk blender kering..

Setel semua.
Tak campurkan sambal tu dengan ikan..nanti Hashimiz nak makan kan..so, asingkan.
Janji dengan Baba nak pergi beli groceries jap.
So, siapkan food for Hashimiz, kami keluar..

Balik rumah.
Haarith H makan 3 ekor.
Aiman H makan 2 ekor
Then..
Baba makan 1 ekor setengah.
Mama???
Setengah ekor...

Batu belahhhh...
Batu bertangkuppppp...

Hahahahah...
Lesson learnt.
Lepas ni beli keli..10 ekor ye!!

igloomama
shah alam


Monday, March 2, 2015

Mama Seorang Penulis...







"Akak tak boring ke? Dok rumah aje. Kalau saya laa..saya boring gak." Ujar adik kat service centre ni.

"Tak lah. Tak sempat nak boring dik. Anak-anak sekolah."

"Akak tak buat bisnes ke? Memang totally suri rumah?" Dia bertanya lagi,

"Tak buat bisnes. Malas."

"Ishh..kalau saya, memang boring."

"Akak menulis."


Okeh..
Sekarang Mama dah ter'cakap' pulak.

Nasib baik dia tak tanya lagi..
kalau dia tanya...
nak jawab apa??

TULIS STATUS DALAM FACEBOOK dik nun....

HAHAHAHHAAH...


ok bai

igloomama
Shah Alam.



Thursday, January 1, 2015

Siapa Profesor?

Assalamualaikum WBT





"Mama, Kobitos tu wujud?"
(Pertanyaan Hashimiz semasa menonton TV IQ)
Alamak, apa Mama nak jawab ye - bisik Mama.
Tiba-tiba Anees Hashim menyampuk.
"Allah tu wujud. Kobitos mana ada!! Apa laaaa"
Budak 4 tahun tolong jawabkan untuk Mama..
Terima kasih my Lil Diva.
Selepas tu, Mama still termenung. Apasal Mama payah sangat nak jawab macam Anees H jawab? Konon-konon nak beri jawapan ala-ala profesor, tapi sudahnya?? Malu sendiri. Hihihih..

---

Mama : Hari ni hari akhir dalam tahun 2014. Esok dah masuk 2015
Balqees H : Hah? Bukan Januari tu tahun depan ke Mama?
Mama : Yelah, tahun depan tu esok.
BH : Macam mana esok boleh jadi tahun depan?
Mama : Sebab hari ni 31st Dec. Esok 1st January lah.
Balqees H tergaru2.
BH : How can?? Pelik.
Mama pun tergaru-garu. Macam mana nak explain?
Aiman H : 12hb kita naik sekolah. Esok 1hb kan Mama?
Mama : Ye Aiman.
Balqees H : Owh. Tahun baru tu esok ke? Sebab lagi 12 hari nak naik sekolah. Tu Kakak tanya Mama tadi.
Mama garu kepala lagi.
Apa yang silap masa bagi penerangan??
Haihhhh....
Jawapan profesor kah??

-----

Mama dok depan laptop.
Haarith H : Mama tak sampul buku lagi?
Mama : Belum. Nak tau dulu Haarith dok kelas mana.
Haarith H : Selalu Mama sampul je dulu. Nanti Mama tulis dengan marker pen kemudian.
Mama : Saja. Kali ni nak letak nama kat dalam. Tak adalah marker tu terhakis.
(Alasan..padahal..belum ada mood...nak buat sekaligus nanti..)
Haarith H : Owh, Mama tengok orang dalam Facebook buat macam tu ye??
Hahahahah...
Sekarang sapa profesor???


-----

Monday, December 29, 2014

Tukang Gunting dan Tampal

Assalamualaikum WBT

Penat scroll FB.

Cerita banjir macam dah tak popular, yang popular sekarang, macam-macam cerita yang "macam-macam". Isu kampit beras lah, isu parti politik laa. Ini soal kemanusiaan, humanity! bukan kisah sapa bakal menang pilihanraya nanti.



Cukup2lah nak memetingkan diri. Letak tepi dulu. Jadilah seseorang yang membantu, jika tak mampu pergi sana, cukuplah sekadar membantu dengan doa dan juga rentilah menjadi 'tukang gunting dan tampal'.




Sia-sia hidup sebagai manusia jika hanya hidup untuk hidup.


Buat yang diuji dengan musibah ini, Mama doakan kalian banyakkan bersabar dan semoga urusan kalian dipermudahkan. Boleh juga amalkan doa ini...








Thursday, December 25, 2014

PU Mana Menang??


Alahaiii...

Tengah nak tau keputusan akhir...




Sekali......

"Service Currently Not Available"

SIGH...


Agak-agak sapa yang menang??