Swinging Love Hearts Maker
Alhamdulillah..syukur pada Allah atas limpahan rahmatnya...
8 tahun..walaupun terasa sekejap masa berlalu namun untuk mengisikannya bukan satu perjalanan yg mudah...mcm2 dah Mama n Baba tempuh untuk melangkah ke usia 8 tahun ni...kalau diikutkan umur budak sekolah..dah naik darjah 2..masa tu br nak belajar tambah n tolak pakai angkat ratus2..darab n bahagi pon belum belajar lagi...pelajaran masih dibantu dengan suai padan gambar atau bentuk ataupun warna...nampak sangat kami masih baru dalam meniti gerbang perkahwinan....
Dalam 8 tahun inilah..pelbagai suka dan duka kami tempuhi bersama...sama2 melihat masing2 menerima segulung ijazah semasa convocation, pulangnya atuk, ayah dan anak sulung ke rahmatullah, dipindahkan cawangan sehingga ke Tawau dan paling latest di Riyadh, kenangan membawa sendiri kereta semasa nak bersalinkan Haarith, kenangan beraya sendirian tahun lepas dan pelbagai pahit manis kehidupan telah menerjah setiap sudut penghidupan kami sebagai suami isteri..dan Alhamdulillah..kami masih bergandingan bahu untuk terus membajai janji sehidup semati tatkala sah sebagai suami isteri....
Untuk Baba..
Kisah suka dan duka kehidupan, tak pernah luput dari ingatan..Terbitnya cinta dan sayang terhadap dirimu takkan sekelumit pun hilang dari tinjauan pemikiran..Janji sehidup semati, Insya Allah kekal tersimpan dalam hati..Semoga ianya sekuat tali kasih sayang yang telah kusimpul kemas dalam sanubari..
Dengarlah bisikan angin bayu
Dengarklah bisikan hatiku
Bagaikan sebuah melodi cinta murni
Semua adalah untukmu
Walaupun dalam lautku selami
Walaupun tinggi gunungku daki
Ku rela tempuhi rintangan yang ada
Semua demi cinta suci
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Harapan yang ada
Tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi
Usah kau ragui keikhlasanku
Usah kau ragui hasratku
Kuserah seluruh jiwa dan cintaku
Semua adalah untukmu
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Semua adalah untukmu
Mama loves Baba so MUCH!!
iGLoo MaMa
Ar Riyadh
Kingdom of Saudi Arabia
No comments:
Post a Comment