Friday, March 19, 2010

Pengajaran buat semua....

Salam buat semua...

Lama ek Mama tak membebel...blog pun mcm x meriah ngan makanan sejak balik mesia ni..ish..ish..ish...insya Allah..nnt Mama up cerita2 makan kendian yek...bukan Mama x masak tau.tapi Mama x sempat nak amik gambo..hihihi....masak cepat2 sebab nak melayan rakyat n bila malam menjelma ajek..mata Mama pun ngantuk2....

Mama nak share cerita pasal bersyukur sebenarnya....cerita yg betul2 berlaku dlm hidup Mama sekeluarga setelah sebulan kami kembali di tanah bertuah tumpah darah ni....



Alhamdulillah..kehidupan kami bertambah baik dan teratur walaupun mcm2 benda yg berlaku..kami akur dengan ketentuan yang Allah aturkan buat kami...kerana sebaik baik perancangan adalah perancangan Allah...Alhamdulillah jugak kerana Allah tetapkan hati2 kami denganNYA...

Apa lagi kalau bukan perihal maid dan agen yang sama2 membuatkan hati Mama risau tak henti2...sedih kerana dipermainkan dan diambil kesempatan...mmg benarnya...manusia ni kalau kita buat baik dan banyak cakap...mereka mula nak amik kesempatan dan melengahkan masa....

Mama bercerita kerana nak memberi nasihat kepada kawan2 Mama sekelian..Berhati2 lah berurusan dengan mereka...dan buat masa sekarang kemasukan indo maid sememangnya limited...dan agen2 akan mengambil kesempatan dengan melengahkan2 masa setelah mendapat duit penuh dari majikan yg memerlukan....sebagai majikan yg dlm keadaan terdesak [mcm Mama] selalunya akan jadik mangsa..hasilnya..sehingga ke saat yg dijanjikan..maid yg dijanjikan x dapat2..janji ditabur pulak ke minggu depan...dan hasilnya...juga mengecewakan...x seronok kan..kalau mcm tu...

Dan akhirnya Mama berjaya mendapat refund setelah sebulan main tarik tali dengan agen...letih dengan konflik antara agen indo n melayu yang terpaksa kami masuk campur..dan pelbagai kejadian yg di luar jangkaan kami..kami bertekad untuk meminta wang kembali. Alhamdulillah, wang kami telah dikembalikan walaupun dikenakan service charge yg sebenarnya tiada service yang kami dapat pun kecuali yg menyusahkan kami...namun kami anggap itu sebagai sedekah kami kepada agen yang mungkin memerlukan duit itu lebih dari kami perlukan...semoga dengan wang yg dia dapat tu, dapatlah kiranya disalurkan buat mereka2 yg memerlukan...insya Allah...

Dah laaa...nak emosi2 ni buat Mama teringat aje peristiwa ni..Mama dah try to forget semua benda yg berlaku dan jadikan pengajaran...pengalaman mematangkan kita kan....OK...kita kasik lupa semua2 benda...hari ni MAMA CUTIIIIII.....nak lepak2 dan nak siap2kan barang2 nak bawak pi picnic...hihihi...best2...nnt Mama up ek cerita..

TaTa
iGLoo MaMa
Shah Alam

No comments:

Post a Comment