Sunday, August 29, 2010

Green Carpet Cake

Salam buat semua..



Yuhuuuu...ni laa hasil godeh2 resepi kek kukus yg Mama godeh2 kat blog kak dayangjack. Masa dok kat Riyadh lagi Mama slalu kak dayang n hasue suka buat kek2 yg dikukus2...mcm lembut n lembab aje...suke2...tapi kat Riyadh x de kukusan..so..hasrat itu dipendam sehingga ke hari ni....
Kek yang sedap..dan tersangat laa sedappp..hihihihi...buka posa je..terus abess...x sempat nak tunggu sok lusa nak abeskan..
Mula2 pas angkat dari kukusan aje kids dah start kenen2...bila Mama dah siap potong..tgh amik gambar...ada pulak alien ni...hahahahahah

Kak Dayang..Mama mintak izin kopipes resepi ye..ori punya entry boleh click kat sini. Yang versi derhaka..sila tgk kat bawah..hiihihih

Bahan-bahan : Loyang 6 ATAU 7 inci (kek ni saiz kecil je)

1 1/4 cawan tepung naik sendiri - Mama guna tepung gandum biasa+baking powder
5 biji telur A
225 gm mentega
3/4 cawan gula halus - Mama tambah 1 cawan sebab terlupa susu pekat dah abis stok :p
4 sudu besar tepung biskut marie (kira2 5 keping biskut marie, dikisar/ditumbuk halus) - Mama pakai biskut tiger susu 4 keping
3 sudu besar horlicks
1 1/2 sk pandan paste/pandan emulco - Mama blend daun pandan + tambah esen ijo
1/4 cawan susu pekat manis - Mama tukar ngan santan
Cara-cara :

Panaskan pengukus. Sediakan loyang kek. Lengserkan dgn mentega dan lapik dgn baking paper (gris dgn mentega dan taburkan sedikit tepung).
Satukan tepung dengan horlick dan tepung biskut marie. Ayakkan sekali dan gaulkan rata2. Ketepikan.
Sediakan mixer. Pukul mentega dan gula hingga betul2 kembang, putih dan gebu. (pastikan gula hancur betul2). Gunakan kelajuan maksimum.
Masukkan telur satu demi satu hingga habis. Gunakan kelajuan minima shj.
Masukkan susu pekat dan kacau lagi.
Masukkan tepung tadi sambil dikacau perlahan.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dgn pes pandan dan satu lagi dibiarkan kosong (x perlu letak warna, nanti ia jadi warna kuning selepas dikukus).
Kemudian tuangkan adunan td di dlm loyang secara berselang seli atau berlapis (ikutlah kreativiti sendiri).
Kukuslah selama 1 jam 20 minit.
Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

iGLoo MaMa
Shah Alam

No comments:

Post a Comment