Sunday, March 31, 2013

panas..panas..belon..panas...

Assalamualaikum WBT

Salam petang Ahad...bumi Shah Alam sedang disirami rezeki hujan..Alhamdulillah...syukur..sejuk sikit rasanya..cuma ada laaa dgr2 komplen2 kecil sbb astro kejap ada kejap tak de..Hashimiz tgh tgk movie Real Steel...kisah robot lawan boxing tu...ihihhihi...lupa segala Test 2 esok..diaorg dok depan tv ye...haaaiipppp...
(Mama jugak yg bukak TV sebenarnya...sekali...ada cerita yg diaorg minat daaa...hihihihi)

Well...tadi pagi kami dah menjejaki bumi Putrajaya dengan harapan nak solat Subuh di Masjid Sultan Mizan..tapi..malangnya semuanya tersedar hanya selepas azan subuh..,(FRUST betul..) so, dgn sepantas kilatnya kami menyiapkan diri2 kami...solat dan terus bertolak ke Putrajaya...sebelum tu singgah beli sarapan jap..sbb kalau nak tunggu sarapan nnt susah pulak nak dpt parking..

Eh..kenapa yg kalut sangat nak pi Putrajaya tu? ihihih..sebenarnya untuk ini...


Last day hari ni...tu yang excited sangat nak pi...

Apa yang kami dapat? Tahun ni tak de laaaa best sangat Mama rasakan...mungkin sebab cuti sekolah kan..so, org dah pi awal2....

Kali ni tak beli apa2..cuma saja nak menyibukkan diri dengan crowd dan pastu nak kasik diri Mama pening....as usual laa..perasaan excited akan hilang bila org dah start ramai...sbb Mama akan start peluh seram sejuk and pening kalau duduk di kawasan org yg padat...tu pasal kami jarang nak pi shopping mall...hihihihhi....(mujur sangat laa kan...)



Gambar2 ihsan from gallery kat Official Website..Mama mmg tak bawak Cik Nikonita kami..malas sebab berat..hahahaha....

Kanak2 agak frust sebb kami tak belikan belon..hihihihi...buat apa...membazir...baik beli makanan kan..kan...so..pastu Baba pun belanja laaa aiskirim...dan juga alatulis nak naik sekolah esok...dan kami zoom balik rumah dannnnnnn....acara kesukaan ramai...

TIDURRRRRRRR...

Minat dengan Shaklee??
SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
COD area Shah Alam & USJ
Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh je email Mama kat igloomama@gmail.com or you may even letak komen kat bawah ni..

Bawalah ku terbang..zam zam ala kazammm...
iGLooMaMa
Shah Alam.

Saturday, March 30, 2013

M E N G A * D**G??? Lagi????

Assalamualaikum WBT

Salam malam Ahad..Ya Allah...kejapnya cuti sekolah nak abis...kain baju cuti2 ari tu blom sempurna setel lagi..hihihih....kena berusaha keras dalam masa beberapa jam terakhir ni..ye lah..Mama dah nak masuk keje balik..Supir Tetap Hashimiz kan....huhuhuhuhu

Pagi tadi kami ke rumah cousin Baba..Dr.Asyraf Wajdi Dusuki..dan Mama pun berpeluang juga berbual2 dengan wife-nya...Kak Wani - Dr. Irwani Abdullah...kami tak de laa berbual berkenaan islamic banking mcm Baba ralit mengambil kesempatan bertanyakan pelbagai soalan kepada sepupunya..cuma kami banyak bercerita mengenai family...dan kebetulan usia anak kecil kami hanya bezanya sebulan..so, mcm2 laa topic masam2 manis yang keluar kan...
( Ralat tak menjenguk Khola Aini yang baru lepas surgery..maaf yang teramat..melayan kerenah si kecil tadi sehinggakan terlupa untuk bertanya khabar. *insert sedih :((* )

Tapi salah satu yg menjadi topik perbualan kami yang membuatkan Mama tersenyum sendiri..ialah..

"Aida bila nak menambah? Muda lagi tu.."
"Errr....."

Terbayang betapa meriahnya rumah comel kami dengan keriuhan Hashimiz..


*insert LOL*

Kena tunggu Kak Wani conceive ni..so, boleh join...sebab anak2 kami kebanyakannya sebaya..Allahyarham Al Baihaqie Hashim sebaya dengan 'Ammar, Balqees Hashim sebaya dengan 'Affaf, Aiman Hashim sebaya dengan 'Affan dan Anees Hashim sebaya dengan 'Azzah..
Hihihihiiii..

Memang ramai di kalangan kawan2 Mama sekarang sedang berbadan dua..macam2 cerita Mama dah dgr..yang tu nausea..yang tu jadik malas..yang sorang moody semacam..ada yang tak de rasa apa2...relaks aje..

Itulah keajaiban seorang ibu yang sedang hamil..apa yang dia sgt suka..dia jadik tak suka..senang2 je semua benda twist..ihhihihihi..yang paling ajaibnya..ibu ni tak pernah rasa serik kan??? sakit mcm mana pun proses kelahiran anak2 mereka..mereka tetap mahu dan redha melahirkan lagi..Maha Suci Allah!!!
*syukur Allah jadikan Mama seorang wanita dan ibu..Alhamdulillah..*

Bebel punya bebel...jam dah kul 10pm rupanya...nak aturkan tdo Hashimiz...esok pagi2 kami ada agenda, insya Allah...nak kemana?? Haaa...tunggu kalau2 jadik ye...

Minat dengan Shaklee??
SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
COD area Shah Alam & USJ
Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh je email Mama kat igloomama@gmail.com or you may even letak komen kat bawah ni..

wanginya bau babyyyy...
iGLooMaMa
Shah Alam.

Jemput, Jemput-Jemput....

Assalamualaikum WBT

Salam pagi Sabtu.....

Mama nak ajak makan jemput-jemput nih...pagi ni terlebih rajin buat jemput-jemput..
(RAJIN? JEMPUT2?!! Jemput2 tu bukan laa rajin sgt..tapi cuma tak berapa malas jek...uhuhuhu..org lain buat sarapan ganas2 kan..kan...)

Yang ni untuk org tua1 a.k.a Mama and Baba..besor2..baru rasa nak cicah ngan sos..ye tak??

 

Yang comel2 bulat2 ni utk kids..a.k.a Hashimiz.....sonang masuk mulut diaorg dan senang nak pegang dek jari jemari comel diaorg tu kan....


Gambar diambil ngan cik BB aje ye..tak de spesel effect apa..ihihihihihi...tak de seni langsung...
*insert LOL*

OK laaa..Mama nak setelkan kids..nak siap2 kluar jenjalan pagi Sabtu...tapi dalam kepala tak de idea lagi mana mau pigi....

Tataaaa...

SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
COD area Shah Alam & USJ
Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh je email Mama kat igloomama@gmail.com or you may even letak komen kat bawah ni..

Kalau kita nak satu benda yang kita belum pernah dapat, kita kena buat sesuatu yang belum pernah kita buat!
iGLooMaMa
Shah Alam

Friday, March 29, 2013

Owhhhh...baru tahu....

Assalamualaikum WBT...

Tengah buat apa tu? Sibuk nampaknya..ihihihhi..maklumlah kids semua dah nak start sekolah Ahad dan Isnin nnt kan? So, banyak laa benda2 nak setelkan...mana yang belum pi bercuti tu, dah start packing2 apa yang patut untuk bawak family bercuti...

As for Mama...Alhamdulillah...segala kisah percutian kami dah disetelkan awal2 minggu hari tu..syukur dengan rezeki dariNya...Alhamdulillah boleh kami sharekan dengan anak-anak tersayang....

Mama nak bebel skit pasal kepentingan kalsium dalam kehidupan harian kita....

 

Banyak rupanya yang kita tak tahu pasal kalsium...Antara kepentingan kalsium adalah untuk membekukan darah, memperbaiki ransangan urat saraf kita, menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah, mengelakkan kekejangan otot khusus pada ibu yang hamil. Tambahan bagi ibu2 yang hamil, pengambilan kalsium amat penting kerana kalsium membantu dlm pembentukan sel, gigi dan tulang manusia comel dlm rahimnya...
*insert bau baby!!!...wanginyaaaa...*



Adalah tersangat disyorkan utk ibu2 yang hamil tu mengambil kalsium secukupnya iaitu 1000-1300mg bangi menampung keperluan kalsium ibu dan bayi...and guess what...dalam Ostematrix, bukan sahaja ada kalsium malah ada magnesium dan vitamin D..kenapa perlu ada magnesium dan vit D? ye laa..magnesium ni tolong gabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya..manakala vit D pula membantu dlm penyerapan kalsium...Ya Allah...berbaloi2 kan..

Setiap biji Ostematrix mengandungi 250mg Kalsium..pengambilan sehari adalah 4biji..waktu terbaik makan adalah sebelum tdo...kerana penyerapan yang terbaik adalah waktu tubuh badan kita rehat...



Antara2 kelebihan2 Ostematrix adalah untuk mengatasi masalah sembelit, mengatasi masalah pre-menstrual, mengelakkan kekejangan, mengatasi masalah reput tulang, untuk yang mempunyai berat badan yang berlebihan - memastikan tulang anda padat untuk mengampu tubuh, memberi tenaga waktu bangun tidur, mengelakkan kemurungan dan juga membantu dlm pengeluaran susu bagi ibu2 yang menyusukan jika perkara2 asas penyusuan difahami dan dituruti...

Banyaknya Ostematrix dapat membantu kita kan????

Alangkah seronoknya bila nanti anak2 kita bercuti, mereka bawak kita dan kita masih mampu berjalan dengan baik kan??

Jom ambil kalsium..ingat kalsium, ingat Ostermatrix..ingat Ostematrix..ingat iGLooMaMa..hihihihi

SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
COD area Shah Alam & USJ
Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh je email Mama kat igloomama@gmail.com or you may even letak komen kat bawah ni..

Do your best and Allah will do the rest, Insya Allah!
iGLooMaMa
Shah Alam.







Jumaat dan Surah Al Kahfi

Assalamualaikum WBT...

Salam Sayyidul Ayyam...
Alhamdulillah..berjumpa sekali lagi kita dengan hari Jumaat yang barakah...entah sempat atau tidak kita berjumpa dengan Jumaat depan kan??

Dah baca surah Al Kahfi? Hari ni kan hari Jumaat...sunnah untuk kita membaca Surah Al Kahfi...


 :عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ 
"إِنَّ مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ


Daripada Abu Sa’id al-Khudri Radiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari oleh cahaya di antara dua jumaat. [HR al-Hakim di dalam al-Mustadrak: 3320, Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih, lihat Sahih al-Jami’: 6470]



Banyak lagi kelebihan yang boleh kita perolehi dengan membaca Surah Al Kahfi...boleh lihat link ini kalau nak tahu lebih lanjut...
Selain daripada membaca Surah Al Kahfi, banyak lagi sunnah-sunnah yang Rasulullah SAW anjurkan untuk kita sebagai umatnya lakukan...sayangnya Baginda pada kita kan??? 
Selamat berhari Jumaat semuaaaaaaa.....

Sayang Jumaat..
iGLooMaMa
Shah Alam
COD Shaklee area Shah Alam dan USJ.
SMS/Whatsapp @0192491201

Thursday, March 28, 2013

Gastric....

Assalamualaikum WBT

Olaaaaa....

Okeh...Mama sakit peyut ye...

Harap Maklum..uhuhuhuhu

salah satu situasi yg terpaksa Mama hadapi..

ESP dah abis stok kat rumah...
Huwaaaaaaaaaa.....


so..Mama makan aje laaa


Tak terus baik..terbaring aje..teruk betul masa tu..kenangan pahit sungguh!!! 
Semoga ianya tak berulang...
Sekarang masih lagi sakit sikit2..
Semoga Allah mengampunkan dosa2 Mama dan juga memperbaiki kesihatan Mama...Ameen. 

Luv Luv,
iGLooMaMa
Shah Alam

COD Shaklee area Shah Alam dan USJ.
SMS/Whatsapp @0192491201

Friday, March 22, 2013

Something for your K I D S

Assalamualaikum WBT

Jam menunjukkan ada lebih kurang 5jam sebelum kanak2 pulang dan bermulanya cuti sekolah selama seminggu...waduhhhh....ada kebanyakan ibu bapa dah start pening2 mana nak bwk kids berjalan...dulu2 kalau cuti sekolah ni, anak2 tak sibuk nak berjalan..cuma sibuk nak bermain je kan...skrg...blom cuti sekolah lg, diaorg dah siap plan awal2 nak ajak mak ayah pi mana...

Tu buktinya anak2 kita ni sebenatnya bijak - Masya Allah! dan mereka sepatutnya diberi pujian sebab keep on reminding mak ayah utk booking mana2 tempat sebelum tempat tu penuh..*insert LOL* mereka sangat2 prihatin tentang kepentingan "planning" kan????



Well, as parents, tentunya kita tak nak percutian kita menggangu kesihatan anak2 kan??? Sakit merupakan satu bentuk ujian di mana Allah hendak menunjukkan kasih sayangNya dengan pengahapusan dosa2 kita..menggantikan dengan pahal2 jika kita sabar dan redha..nikmatnya menjadi Muslim kan??? Cuma kita jangan lupa ikhtiar dalam menjaga kesihatan juga satu tuntutan....jika kita tahu benda itu tak perlu diambil..kenapa mesti kita ambil kan? lebih kurang gitulah ceritanya....dan bila kita tak sihat tentunya..fokus kepada ibadah harian kita akan terganggu...

Seperti yang selalu Mama katakan..tak salah untuk mencuba...ihihihi

So, Mama rasa why not kita sepakat berikan yang terbaik buat kids..anak2 yang Allah beri kepada kita sebagai amanah...kita mampu untuk memakaikan mereka dengan baju berjenama, kita bangga mereka pandai bermain dengan aplikasi telefon dan tablet pintar...tapi at the same time kita kurang ambil perhatian dengan suplemen kesihatan untuk mereka. Tak ada gunanya untuk kita melabur kepada pakaian yang berjenama jika keperluan sokongan kesihatan untuk anak2 kita ketepikan...

Shaklee ada menawarkan product range yang terbaik khusus untuk anak2..antaranya...



Meal Shakes
vitamin & mineral penting, sumber terbaik serat, protin & kalsium yg sedap dibancuh dengan minuman kegemaran anak2 semasa sarapan

Vitalea Chewable
kaya dgn kebaikan tulen, 19 vitamin & mineral penting yg menyokong tulang & badan yg kuat & sihat, lengkap dgn vitamin b harian

Omega Guard
Minyak ikan kaya omega 3 memelihara kesihatan otak, jantung, mata & fungsi sendi.

Chewable Vita C Plus
antioksidan yg kuat dpt menyokong kesihatan menyeluruh jantung, imun, sel, mata, gigi, tulang, otot & pembuluh darah. Insha allah kuat antibodi!

Salah satu testimoni adalah from sifu Mama sendiri...boleh click kat sini --> buahatikusayang

Apa tunggu lagi? Kesihatan adalah antara harta yang tak tenilai..apatah lagi kesihatan anak2 kita..bila mereka sihat..kita pun gembira kan???? 


SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
COD area Shah Alam & USJ
Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh je email Mama kat igloomama@gmail.com or you may even letak komen kat bawah ni..

Selamat bercuti dengan Shaklee...

Shaklee : where you create your own success story, Insya Allah.
iGLooMaMa
Shah Alam.

Hari ni Jumaat? Esok Cuti Sekolah??

Assalammualaikum WBT...

Salam Sayyidul Ayyam....

"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. 
 Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. 
      Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu."


Syukur kita dipertemukan dengan penghulu segala hari. Alhamdulillah. pernah tak kita terfikir jika kita tidak lagi bernyawa sewaktu dikejut untuk bangun pagi? Mama selalu terfikirkan perihal ini. Apa yang selalu Mama fikirkan adalah bagaimana anak4 Mama nanti.... Allah lebih tahu kan...cuma setiap hari Mama doa agar Mama sempat untuk melihat mereka membesar dalam keadaan Mama yang sihat, Insya Allah.



Semalam Balqees Hashim sudah remind Mama yang cuti sekolah one week ye Mama...Kakak will be back to school on 1st April tauuu...Haarith Hashim pulak melompat tak sudah bila dgr cuti...tu Aiman Hashim blom paham lagi apa tu cuti sekolah..hiihhi...kempem jap lagi balik, dia akan cerita pasal cuti sekolah walhal dia sendiri mungkin tak berapa paham pun..hiihhi..

Untuk cuti sekolah ni, Mama dah reserved satu tempat nak bawak kids...tempat tu kita cerita nantilah ye...tunggu hari kejadiannya, boleh Mama include gambar sekali, Insya Allah. 
Balik from retreat tu nanti..kami akan hohohohoooo balik kampungggg...hohohoooo balik kampunggg....dan destinasi kampung kami adalah SEGAMATTTTTT!!! hoyeeehhhhhh



Seronok betul rasa nak balik kampung...lama Mama tak balik...Mak pun tak berapa sihat..so, amik kesempatan lah cuti sekolah ni nak balik...nak balik hujung minggu tak boleh sebab Baba punya kelas semua weekends..so, bila cuti sekolah..dapatlah nak menjengah Mak sekejap, lepaskan rinduuuu...walaupun sehari 2-3 kali call Mak n berborak ngan Mak..tapi mana sama kan...syokkk syokkkk...

Alaaaa..nak pegi jenjalan kena laaa packing kan??? Huhuhuh...ni yang malas ni...

Cerita pasal packing, sebenarnya Mama tak setel pun lagi unpack untuk last week Family Retreat...hari ni nak setel basuh abaya2 yang dah masuk sebakul jumlah nya..hihihihi...
Last week retreat kami pergi ke Furama Bukit Bintang Hotel. Mama dan Baba sepakat menghabiskan complimentary nite from Orient Rewards kat sana sebelum kami sendiri lupa expiry date nya..dah kebetulan ISSA cuti sebab sports day ari tu...so, kami pun on lah ngan plan tersebut. Plan asal nak lepak kat Pullman Putrajaya...tapi...fully booked..so, yg kosong hanyalah Furama..so..redah ajelah..



Extremely happy bila bilik kami dinaik taraf ke Exec Suite...Alhamdulillah..rezeki anak2..kids happy sebab dpt mandi2 kat swimming pool. Cuma sedikit ralat sbb swimming pool tgh under maintenance...so, limited laa ruang swimming tu. 



sepatutnya kami dpt superior ni aje...



tapi rezeki kids..dapat yang ni..Alhamdulillah

Ok lah..Mama nak kasik setel urusan rumah jap..Mama akan kembali ngan Shaklee's sharing jap lagi...nak tau apa yang menarik Mama nak share?? Of course pasal anak2 kali ni...ye laa...kan dah nak cuti sekolahh ni..so, jom kita beri yang terbaik untuk kids...tunggu Mama punya bebel pas ni yeee...

iGLooMaMa
Shah Alam

Thursday, March 21, 2013

Khamis dan Kurus..dah makan Lecithin?

Assalamualaikum WBT..

Ahahahah..sabo je laaa tajuk Mama tu ye...well...Mama just nak ingatkan jek..sapa2 kut yang dah ada Lecithin tu..sila laa makan 3 biji pas dinner tadi...



Ada yang masih blom ada Lecithin??
SMS/Whatsapp Mama at 0192491201 or just leave a comment inclusive your fon no or email..nnt Mama akan balas insya Allah.

Nak sambung skit pasal Lecithin...

Mama nak kasi tgk link bagaimana caranya Lecithin membantu kita dlm proses penurunan berat badan..hihihi..korang boleh tgk kat SINI ye...

Oh ye..lupa pulak nak pesan..nanti sebelum tido..sapa2 yang ada Ostematrix tu jangan lupa telan ye..minum air masak, amik wudhu' n tdo laa..oooppsss...jangan lupa solat isyak sudah...wajib tuuuu...

Mama nak sambung tgk Haarith Hashim buat keje sekolah...mata dia dah layu..tapi mata Mama lagi layu youuuuuu...hihihihi...

"THE BEST WAY TO PREDICT THE FUTURE IS TO CREATE IT!" -Dr.Forrest C. Shaklee


iGLooMama
Shah Alam

COD Shaklee area Shah Alam dan USJ.
SMS/Whatsapp @0192491201


Khamis dan Kurus? Lecithin?

Assalamualaikum WBT..

Ya Allah...cepatnya masa berlalu. Tik tok tik tok jam berjalan kadang2 Mama pun tak perasan...sibuk dengan kerja2 rumah, kids, keje2 opis (dapur ye...) dan jugak blogging?? hahahahaah....bnyk laa sgt keje tu kononnya..tapi sebenarnya bnyk masa dok ngadap facebook...ihihihhihi

Semalam Mama ada cerita pasal Ostemetrix Shaklee kan??? Tapi pity Mama sbb smlm Mama tak manage nak ke HQ untuk stock up stok Mama sendiri...so..sapa2 nak join2 beli apa2 untuk diri sendiri atau nak hadiahkan untuk sapa2 esp our parents...nnt inform Mama ye..boleh Mama tolong belikan on behalf...

Just incase kalau sapa2 yg dok dekat2 area ada stokis shaklee atau HQ tu..tapi bukan ahli..boleh jek guna membership Mama... 852410 tapi jangan laa lupa inform Mama lepas beli tu ye...ihhihihi...sms/whatsapp je Mama kat 019-2491201 kalau2 nak beli atau dah beli..kalau rasa2 nak tanya apa2 pun boleh...insya Allah Mama boleh tolong laa...dan usahakan untuk membantu...insya Allah...

"THE BEST WAY TO PREDICT THE FUTURE IS TO CREATE IT!" - Dr.Forrest C. Shaklee

Hari ni Mama nak story skit pasal satu vit yang menjadi kegemaran ramai sekarang tau...ihihihih...ramai betul yang Mama dengar nak kurus...nak cun..nak dapatkan cutting yg baiiikkk punya dan sekaligus nak sihat..kiranya mcm 2 in 1 gitu laaa....

Well, Mama nak kasik sikit info pasal Lecithin..untuk pengetahuan semua..masa Mama bf Anees Hashim dulu..Mama ambil sekali Lecithin..bukan setakat membantu Mama dalam proses penyusuan, tapi Mama punya keberatan ni pun turun...cuma yang penting dlam apa2 pun, kita kena laaa istiqomah kan...



Kebaikan Lecithin
Lecithin membantu peningkatan penghasilan kolin dan inositol supaya kita lebih mengingat. Jika Lecithin diambil dengan B complex, ia akan membantu kita lebih tumpuan dalam apa yang kita lakukan dan usahakan. Zaman belajar dulu memang rata2 kawan-kawan makan Lecithin dan B complex. Orite, Lecithin juga membantu mengilatkan kuku, rambut dan mencantikkan kulit. Fungsi lainnya ialah membantu dalam pembakaran lemak tidak tepu dalam badan kita. Selain ia baik untuk jantung dan membantu dalam masalah pembuangan yang tidak lawas.

Kepentingan Lecithin
Lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kegunaan Lecithin
* Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
* Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
* Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
* Membantu kawal paras triglycerides.
* Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
* Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.


info from : buahatikusayang

So, kebanyakan testimoni kawan2 dan org2 yg amik Lecithin ni mmg terbaik..mereka bukan sahaja lebih sihat..malah mereka sedar berat badan mereka berkurangan...
Tak salah kalau mencuba kan??

Boleh call/sms/whatsapp Mama kalau nak tahu lebih lanjut. 

Harga? Alahaiii...teramatlah berpatutan..mesti korang tak percaya dengan harga dia...
Mama buat COD kat area Shah Alam dan jugak USJ..jom2...kita kurus secara sihat!!!!

*Grab Ostematrix GOOD Price in March 2013...Good Vits + Good Price = I Feel Good!!!*


iGLooMaMa

Shah Alam



Wednesday, March 20, 2013

Wordless Wednesday : Susah Bangun Pagi dan Ostematrix

Assalamualaikum wbt....

Salam pagi Rabu ye...owh..Wordless Wednesday ye hari ni...ihihihi..Apa yang menarik hari ni?
Nak cerita sebenarnya pasal satu kisah Mama ni....ni wordless ke apa ni..siap nak bercerita pulak ye...hihihihi

Well, semua org tau kan yang Mama ni dah ada 4+1 anak kan??? 4 yang sedang membesar di rumah ni...dan seorang yang tunggu Mama n Baba nak masuk syurga sama2..insya Allah..uhuhuhhu...

So, sejak kelahiran kelima..Mama sangat susah untuk bangun pagi..bukan susah nak sedar..tapi susah nak bangkit dari katil...esp tang kaki...semua urat2 rasa sakit..huhuhuhuhu...normallynya Baba yang akan tolong Mama untuk bangun pagi..sakit di pergelangan kaki dan juga kat area2 pinggang n paha..

So, Mama kan bf kan Anees Hashim kan..jadi..Mama masa tu amik laa set tripple M Shaklee tu..untuk BF Mama..tapi..sifu Mama advise untuk Mama amik sekali Ostematrix. dan Alhamdulillah..kurang rasa sakit selepas hanya beberapa hari intake...sangat best!!!

Kalau nak tahu..Ostematrix sangat banyak manfaatnya pada kita..esp untuk BF Mommies..mmg sangat2 berbaloi kalau kita amik..Insya Allah x rugi..hiihihhii






Antara manfaat yang kita dapat dari Ostematrix adalah :

* mengatasi masalah sembelit
* memberi tenaga dan dan mudah bangun dari tidur
* mengekalkan tekanan darah normal
* membantu kita segar 
* mengelakkan kemurungan
* mengatasi masalah "water retention"
* mengatasi masalah pra-haid
* mengelakkan kekejangan & sakit tulang belakang
* membantu pengeluaran susu (milkbooster) dgn syarat perkara asas penyusuan dipatuhi
* mengatasi masalah pereputan tulang
* memastikan tulang padat bg mengampu tubuh yg berat(jika ada masalah berat berlebihan)


shared from : buahatikusayang

Dan Mama sarankan untuk kita baca tentang Ostematrix ni from this link

Yang penting, jangan takut untuk mencuba...Mama dah try dan feel good Alhamdulillah...

Tapi kan..huhuhuhu..esok lusa nak kena pi Shaklee..sebab Ostematrix Mama dah abisss...huwaaaa...

Tapi yang lagi best..bulan Mac 2013 adalah bulan offer untuk Ostematrix...yay!!!

Nak grab peluang yg ada? PM Mama yee....

iGLooMaMa
Shah Alam

Tuesday, March 19, 2013

ISSA's Sports Dayyyyyyy!!!!!!

Assalamualaikum WBT.

Helloooooooo..anybody home???

Alhamdulillah, Mama dah balik rumah manis rumah..ihihihih...

Mama was having a good time masa sukan sekolah kids aritu...Balqees Hashim dan Haarith Hashim buat performance yang menarik..cuma yang tak berapa best nya adalah..Anees Hashim menagis tak berenti sepanjang sukan tu...alahaiiii...Anees Hashim mmg sgt takut ngan bunyi sound system yg bergegar2 tu..mujur laa ada Ucu tolong mententeramkan dia..hihihihi...tp still nangis laa..cuma x lah sekuat mula2...ihihi..

Yang paling best...Mama cabut awal..abis jek Balqees Hashim n Haarith Hashim punya performance...Mama terus balik..tak larat dengar Anees Hashim terus merengek n cuaca sangatlah panasnya....hihihi..dan..tak sempat kamitgk battle cries pasukan...so..the winner for this year is Yellow House - Hamzah Asadullah!! yay!! Balqees Hashim punya rumah tuuu....kompem excited....

Ni adalah video battle cries Hamzah Asadullah......


Kids punya performance nnt Mama try upload...hihihi...kena tunggu Baba tolong Mama tang tu...

Sampai je rumah...kami lapar giler...u know something?? kiteorg makan 8 keping roti canai..dan abis...hahahah..lapar tuuuuu...

Ok lah cerita Mama dulu..Mama nak setelkan keje rumah skit sblm Mama nak pi rumah SIL tgk Baby Qaisara yang bam bam ituuu..nnt Mama sambung cerita pasal family retreat kami ye...tataaaaaa

Mari kita cuci bajuuuu

iGLooMaMa
Shah Alam


Friday, March 15, 2013

Never Ending Stories....

Assalamualaikum.....

Phewwwwwwwsss...

Salam semua...mula2 ayat je dah buat bunyi yg bukan2 kan...*sigh* yeahh..ERRANDS adalah never ending stories...Mama sangat letih dan penat today...
Mama has to accomplish laundry since tomorrow Ucu akan tdo sini. I'm sure mass laundry afterwards..hihihi...biasalaa kan..org dok asrama manalah rajin nak membasuh ni (memang dia nak basuh baju tu kalau nak dtg sini :p)...Mama punya laundry dan Ucu punya laundry kena setel sebelum Ahad..huhuhuhuhu..

Kenapa kena setel sebelum Ahad? sebabbbbbb...Ahad nnt Sports Day ISSA! Hoyehhh...x sabar nak tgk Balqees Hashim dan Haarith Hashim punya performance nnt... :D 
But..kali ni agak sedih..sebab Baba x dpt nak join...sian Baba coz Baba kena berhempas pulas mengadap mid term dia..uhuhu..-Good Luck ye Baba...
Owh yeah..remind me to charge camera n fon's battery... :D

After 'sporting event' tu nanti..kami akan hoorey2 sebab kids dpt cuti hari Isnin..hehehehe..(dan Mama bg cuti kat Aiman Hashim..kehkehkeh...) dan cerita pack n unpack akan bermula...

Dont wait for Mama's next story mory but Mama really hope that Mama can tell you where we are going to spend that special holiday...hihihihihih...
*lompat bintang*

Ok lah..nak sambung never ending stories tu..bila basuh kain..kompem ada yg kena jemur n lipat kan?? so..mari kita lipat kainnn...

This video is for you..

HAPPY FOLDING!!. 

never ever end these stories...hihihihih

iGLooMaMa
Shah Alam

Wednesday, March 13, 2013

Wordless Wednesday....

Assalamualaikum WBT

Salam semua.....

Hari ni Mama ada satu cerita menarik. Pada Mama ianya menarik lah, tapi buat orang lain, tak tau pulak lah...hihiihhi...

Kisah yang selalu dialami oelh para ibu bapa di waktu pagi. Sapa taw??

Ya betulll!!!Kisah nak suruh anak pi sekolah..dan kisah bagaimana nak pujuk anak yang x berapa nak ke sekolah...

*sigh..sigh...sigh*

Dalam situasi Mama sekarang, Aiman Hashim sangat menguji kebolehan sabar Mama...hohohoho..kenapa? Okeh, since 2-3 weeks, dia akan buat macam2 alasan untuk tidak ke sekolah. Bila tanya kenapa Aiman tak nak pegi school? Dia kata "Teacher Raudhah marah" Owh...dan sebagai Mama yang sangat tak berapa puas hati dan curious dengan jawapan itu, Mama pun call sekolah dan tanya..tapi, satu jawapan yang amat meyakinkan Mama..."Sampai sekolah, dia ok je puan..tak de pula kami marah2 ke apa..cuma Aiman mmg bnyk cakap..." hohohoho..ikut sapa laaa tang banyak cakap tu ye nak? (Mama batuk-batuk..uhuk uhuk)

So, memamg senang nak naik hot ngan kids yang sebegini...kesabaran mak ayah akan diuji dengan pe'el anak2 bila dia tak nak ke sekolah kan?? Jadik..Mama dan Baba pun amik peranan masing2 yang sangat lah terrorist dalam bab pujuk memujuk nih...

:: this is definitely not Aiman Hashim..ahahahah ::

Isnin 11/3 : Aiman Hashim tak ngamuk sebab kami pergi sekolah bersama2 sekali masa hantar Balqees Hashim dan Haarith Hashim. Tapi itu pun lama nak boleh pegi mandi..selepas Mama terpaksa janji nak belikan kek Secret Recepi ko! ohohohho..dia angguk2 dan terus happy nak pegi sekolah..*pengsan*

Selasa 12/3 : Baba dah pegi dulu, so..tanggungjawab memujuk pada Mama laa..end up? Mama kena pikul dia dari rumah ke dalam kereta. Arrrgghhh..sambil2 meronta tu...rasa muscles semua bergerak lebih had..hihihihi...dah tu bila sampai sekolah..dia tak nak masuk sekolah pulak..teacher datang pujuk pun tak jalan..Bawah sekolah dia ada kedai makan..org2 yg tgh makan tu semua pandang laa kat kami sbb suara Aiman Hashim mmg sangat kuat okeh...ala2 all out gitu laaa..ihihhihi..untuk tidak menambahkan kemerahan muka Mama (bukan merah2 pink..ihihihi), Mama pun kata laa ngan tcer, yang Mama bwk Aiman Hashim pusing2 dulu..nnt dah reda dan redha Mama hantar dia..switch on engine, pi Max Value kat Kota Kemuning tu...then bg tau laa Aiman yg kat sini ada jual fav food dia..dan magic terjadi di mana tangisan dia terus berhenti immediately! Owh no!! just realized that DRAMA KING in the making okeh!!! uhuhuhuhuhuhu...kopak laaa Mama Aiman Hashim kalau hari2 mcm ni......

Rabu 13/3 (hari ni) : Baba pun pegi awal hari ni. Nak jemput pak sedara br sampai from Kelantan..dan..ye..mcm2 gaya lagi pujukan...tetapi..hari ni, Mama more prepared. Get him wake up late dan tutup astro. Then bila dia start ngamuk...Mama kata.."Aiman nak main basikal?" Dia angguk. "Kalau nak main basikal...skrg pegi mandi n pi sekolah..then balik sekolah, kita main basikal ye.." Dia bangun dan amik pi mandi. dah sudah mandi, dia kata.."Mama, Aiman nak roti beli kat kedai bawah boleh?" "Owh...boleh2.." Dia pun pakai baju n kasut n weoff to school dengan sonang hati...yeeeehuuuuuu...Alhamdulillah...

Khamis 14/3 : ? tak tau laaaa apa nak jadik esok...tapi rasanya..akan ikut cara hari rabu tu..hihihihihihhi...

So, Mommies out there..how do you find yourself convincing your little ones to school? 
*salute to all mommies*

wish me luck!!
iGLooMaMa
Shah Alam

Monday, March 11, 2013

Apa nak buat?

Assalamualaikum WBT

Salam kasih sayang semua..sekali lagi, lama betul Mama tak menulis...Allahu Rabbi..teruk betul sesawang dalam blog Mama nih...and I'm again bersemangat kononnya nak keep on menulis daily(sangat hope boleh buat kali ini :D) Yeah..being a HOME MOMMA makes Mama teramat-lah bz dengan house chores(Owh no!! why I can go down and under mr.facebook every seconds but i dont have time for blogging??? simple..coz blogging will needs Mama to sit and focus writing..while FB-ing pakai fon aje kan??kan?? ihihihihih)

Yesterday...Baba ajak Mama bawak kids pegi Setia City Park...main layang2...mmg best ok! Cuma nak jadik cerita, kami bentang tikar kat tempat sprinkler air tu...ahhahaah...mmg selamat kain Mama basah..eeerrrgggghhh......silap port..so, nanti pasni, kiteorg akan tengok betul2 dulu..ihihih..

Kids were really having fun. Seronok bila tgk mereka suka mcm semalam and Alhamdulillah as usual, Baba mmg terer bab main dgn kids..while Mama dok diam2 atas tikar n jaga barang2..teringin gak nak main2 kejar2 ngan kids...tapi public place kan..so..mcm malu2 nak main2 depan2 org...plus..angin kuat..kang terbang picnic mat kami..hohoho ( cakap le laa malas dan tak berapa rajin...ihhihi)

We managed to spent our time kat situ about 2 hours...kids were extremely happy and keep on telling Baba that they wanna go there again..Aiman siap ajak 2 kali pergi every week...hihihihih...

Dah berpenat lelah kat park..,..kamimasuk Setia City Mall untuk solat Maghrib. Ramainya laaa manusia...
Mama ada satu alergy...mmg x leh tgk org ramai2...start kuar peluh sejuk..kepala rasa dizzy..kaki rasa dah x jejak atas tanah....

Setel Solat Maghrib...kami menuju ke destinasi memenuhkan perut...ihihih..Mama beli voucher The Manhattan Fish Market kat Groupon...so, as usual...penasihat tetap Mama, mek BFF dah kasik warning yang makanan sangat bnyk..so, Mama dah readykan kids yg hanya makan roti masa bekpes smlm dan penat main2..so, mmg diaorg lapar sgt2...sup datang...sup abis..spegeti dtg..spegeti abis...ikan dtg..ikan abis..haahahahah....seronok tgk diaorg makan..esp Haarith laa...(sebenarnya tgk Mama Baba makan lagi best..ahahahahah)

Memang berbaloi2 dengan pembelian kali ni..rasanya kalau tak makan MFM setahun pun masih teringat2 kan hidangan yang sangat banyakkkk...well, as for Mama..Mama mmg sgt suka kat MFM..so, we'll be there again soon ye...oh ye..ari ni last for MFM punya deal dlm groupon..so, u guys..sapa2 nak..cepat2 grab..bwk laa Mak Ayah MIL FIL semua pegi mkn situ..mmg terbaik...

Ni link dan link kalau korang nak beli..for this time being..ada lagi plus minus 14jam lagi...grab jgn tak grab...hihihihi

Ok lah..Mama nak setelkan keje2 rumah...12pm nnt nak pick up Aiman..dok ngadap pc mmg ralit...better step off now..kita dating lagi nnt ye...

Hari panas baik cepat jemur kain...

iGLooMaMa
Shah Alam

Sunday, March 10, 2013

Ada aku kisah?

Salam buat semua.

Seminggu dua ni Mama rasa ada feel nak ber blogging balik since BFF Mama tu sangat sibuk suruh Mama aktif berblogging. Tapi biasalah..demam nak berblogging sekejap ada..sekejap masuk lubang..uhuhuhhu...entah kemana semangat itu terbang.

Hari ini semangat Mama berjaya dikait semula. Mungkin juga sebab Baba ada ber blog ari ni..so, apa kes pulak Mama yang tak berapa sibuk ni turut sama mencoret apa yang terfikir dalam kepala sekarang...

Sebagai ibu bapa, kebanyakan kita tahu apa yang patut dan tak patut anak-anak kita buat dalam kehidupan seharian mereka. Sindrom "Ada Aku Kisah" skrg mcm dah jadik trend mak ayah moden...Lebih kurang cerita macam hari Sabtu, kena basuh kasut (mujur kasut kids kaler itam :p) dan kita pun suruhlah anak-anak basuh kasut. Homework kena siapkan kalau nak pegi jalan mana-mana...dan macam-macam lagi. tapi mungkin kita tak perasan, dalam kita cuba untuk menguruskan kehidupan anak kekononnya dengan lebih baik, kita sebenarnya mengganggu ekosistem dalam badan diaorg (betul ke ekosistem? haha...)..Kenapa Mama kata begitu? Mungkin pada masa kita suruh dia buat macam2 yang kita NAK mereka buat, mereka sebenarnya telah merancang kerja2 mereka bersesuaian dengan keadaan diri mereka..so, dengan  adanya arahan daripada Mama dan Papa veto ni....so, mereka terpaksa menukar perancangan diaorg dan mencambahkan rasa kurang senang dlm kati mereka pada orang tuanya...bla..bla..bla...

Benda yang macam bagus ni Mama baru belajar semalam. As for me, parenting juga macam jadik doktor..trial n error..mungkin kesalahan cara kita hari ini membantu kita membetulkan landasan kita memandu anak-anak pada masa selepas sesuatu kesalahan atau error berlaku...

Oh ye..begitu juga as parents..kita kena jaga janji kita pada kids..ye..walaupun mereka adalah anak kecil..ye..walaupun mereka adalah anak2 kita! Jangan berjangkit dengan sindrom "Ada aku kisah" udah laaa...

Mama suka nak memberi contoh...
Katakan lah kita dah beritahu anak2, hari ni, Papa nak bawak kamu pergi beli baju..dengan syarat kamu mesti siap homework dan berperangai baik. Anak2 punyalah happy dan tak sabar2 nak dapat baju baru. homework disiapkan dengan baik dan masing-masing semuanya berperangai baik, siap tolong Mama mengemas lagi. Mama pun mungkin sangat excited sebab selalunya bila anak2 dapat baju, Mama pun dapat baju. Mama pun masak lah sedap2, kemas rumah...dan hidangkan makanan untuk Papa dan anak2 dengan seikhlasnya. Then tiba masa nak pergi, semua anak-anak dah suka (normal untuk kanak2 excited bila keluar berjalan-jalan apatah lagi untuk mendapat baju baru..perasaan mereka tidak dapat dikawal..alaaa..sama mcm kita dulu kalau mak ayah nak belikan baju...)..salah seorang daripada anak2 terpijaklah kaki sorang lagi..dan bermulalah bertekak mulut..pot pet pot pet...
Maka daripada situasi tersebut akan mula satu senario Ada Aku Kisah...
Anak akan fikir,,ada aku kisah pasal apa..yang penting yg sorang sakit...yang sorang lagi tak sengaja...masing2 akan memenangkan diri masing2...mungkin yg sorang akan meminta maaf tapi yang sorang lagi tak puas hati...atau tak mintak maaf langsung dan start laaa yang sorang lagi akan memulakan aksi yang macam2...mereka akan membuat bising selagi mereka tidak dileraikan...
Parents pun akan keluar dengan statement ada aku kisah akan janji aku tadi..so, akan terjadi lah dialog sebegini "Jom masuk rumah balik..Papa tak jadik nak pergi.."
Dan begitulah akhirnya sebuah hari minggu yang tak de apa2 kisahnya. 
Si anak yang mungkin tidak dipujuk akan terusan merajuk..membawa diri ke bilik masing2 dan mungkin juga menangis..bukan sahaja baju tak dapat, mungkin juga cubitan atau tengkingan mereka perolehi. Manakala ibu bapa pula akan panas hati kerana mereka rasa anak2 mereka tak pernah nak mengerti apa yang telah disuruh.

Sebaiknya jangan lah kita menjadi seperti sketsa di atas ye...

Mama bukan nak kata Mama bagus sangat..apa yang terjadi di atas, banyak kali berlaku pada Mama juga. Biasalah, mood wanita seperti Mama ada pasang surutnya...so, benda2 macam di atas tu akan ada tetapi tak mustahil untuk dielak. 
Tambahkan perisa kesabaran dalam kita menjalani kehidupan seharian, kerana anak2 sebenarnya mempunyai preference tersendiri dalam melakukan tanggungjawab mereka. terangkan pada mereka apa yang perlu mereka buat dan ajar mereka untuk menggunakan masa yang betul dan juga penuhi janji kita pada mereka...ingat..melupakan janji adalah perbuatan org munafik..jangan pandang remeh benda ini walau pada anak2 kecil.
Mama suka nak share apa yang Prof Dr. Muhaya kata..Setiap kali kita nak marah, cubit, pukul, bebel kat anak..kita tgk dulu diri kita sendiri..kita fikir mereka adalah ahli syurga....kalau kita pukul diaorg, diaorg mati..apa kita nak jawab? sedang mereka adalah anak2 yang akan menolong kita ke syurga...dan setiap kali kita lihat mereka...kita ingat ini mungkin kali terakhir kita atau dia melihat kita,,,,

So, ketepikan sikap "Ada Aku Kisah" pada anak2 kita, suami kita, isteri kita..hargai perasaan dan peranan mereka dan Insya Allah kasih sayang antara kita dapat dikukuhkan dan kita pun akan kurang rasa stress.

bila bebel tak ingat...
iGLooMama...
Shah Alam.