Salam buat semua.
Seminggu dua ni Mama rasa ada feel nak ber blogging balik since BFF Mama tu sangat sibuk suruh Mama aktif berblogging. Tapi biasalah..demam nak berblogging sekejap ada..sekejap masuk lubang..uhuhuhhu...entah kemana semangat itu terbang.
Hari ini semangat Mama berjaya dikait semula. Mungkin juga sebab Baba ada ber blog ari ni..so, apa kes pulak Mama yang tak berapa sibuk ni turut sama mencoret apa yang terfikir dalam kepala sekarang...
Sebagai ibu bapa, kebanyakan kita tahu apa yang patut dan tak patut anak-anak kita buat dalam kehidupan seharian mereka. Sindrom "Ada Aku Kisah" skrg mcm dah jadik trend mak ayah moden...Lebih kurang cerita macam hari Sabtu, kena basuh kasut (mujur kasut kids kaler itam :p) dan kita pun suruhlah anak-anak basuh kasut. Homework kena siapkan kalau nak pegi jalan mana-mana...dan macam-macam lagi. tapi mungkin kita tak perasan, dalam kita cuba untuk menguruskan kehidupan anak kekononnya dengan lebih baik, kita sebenarnya mengganggu ekosistem dalam badan diaorg (betul ke ekosistem? haha...)..Kenapa Mama kata begitu? Mungkin pada masa kita suruh dia buat macam2 yang kita NAK mereka buat, mereka sebenarnya telah merancang kerja2 mereka bersesuaian dengan keadaan diri mereka..so, dengan adanya arahan daripada Mama dan Papa veto ni....so, mereka terpaksa menukar perancangan diaorg dan mencambahkan rasa kurang senang dlm kati mereka pada orang tuanya...bla..bla..bla...
Benda yang macam bagus ni Mama baru belajar semalam. As for me, parenting juga macam jadik doktor..trial n error..mungkin kesalahan cara kita hari ini membantu kita membetulkan landasan kita memandu anak-anak pada masa selepas sesuatu kesalahan atau error berlaku...
Oh ye..begitu juga as parents..kita kena jaga janji kita pada kids..ye..walaupun mereka adalah anak kecil..ye..walaupun mereka adalah anak2 kita! Jangan berjangkit dengan sindrom "Ada aku kisah" udah laaa...
Mama suka nak memberi contoh...
Katakan lah kita dah beritahu anak2, hari ni, Papa nak bawak kamu pergi beli baju..dengan syarat kamu mesti siap homework dan berperangai baik. Anak2 punyalah happy dan tak sabar2 nak dapat baju baru. homework disiapkan dengan baik dan masing-masing semuanya berperangai baik, siap tolong Mama mengemas lagi. Mama pun mungkin sangat excited sebab selalunya bila anak2 dapat baju, Mama pun dapat baju. Mama pun masak lah sedap2, kemas rumah...dan hidangkan makanan untuk Papa dan anak2 dengan seikhlasnya. Then tiba masa nak pergi, semua anak-anak dah suka (normal untuk kanak2 excited bila keluar berjalan-jalan apatah lagi untuk mendapat baju baru..perasaan mereka tidak dapat dikawal..alaaa..sama mcm kita dulu kalau mak ayah nak belikan baju...)..salah seorang daripada anak2 terpijaklah kaki sorang lagi..dan bermulalah bertekak mulut..pot pet pot pet...
Maka daripada situasi tersebut akan mula satu senario Ada Aku Kisah...
Anak akan fikir,,ada aku kisah pasal apa..yang penting yg sorang sakit...yang sorang lagi tak sengaja...masing2 akan memenangkan diri masing2...mungkin yg sorang akan meminta maaf tapi yang sorang lagi tak puas hati...atau tak mintak maaf langsung dan start laaa yang sorang lagi akan memulakan aksi yang macam2...mereka akan membuat bising selagi mereka tidak dileraikan...
Parents pun akan keluar dengan statement ada aku kisah akan janji aku tadi..so, akan terjadi lah dialog sebegini "Jom masuk rumah balik..Papa tak jadik nak pergi.."
Dan begitulah akhirnya sebuah hari minggu yang tak de apa2 kisahnya.
Si anak yang mungkin tidak dipujuk akan terusan merajuk..membawa diri ke bilik masing2 dan mungkin juga menangis..bukan sahaja baju tak dapat, mungkin juga cubitan atau tengkingan mereka perolehi. Manakala ibu bapa pula akan panas hati kerana mereka rasa anak2 mereka tak pernah nak mengerti apa yang telah disuruh.
Sebaiknya jangan lah kita menjadi seperti sketsa di atas ye...
Mama bukan nak kata Mama bagus sangat..apa yang terjadi di atas, banyak kali berlaku pada Mama juga. Biasalah, mood wanita seperti Mama ada pasang surutnya...so, benda2 macam di atas tu akan ada tetapi tak mustahil untuk dielak.
Tambahkan perisa kesabaran dalam kita menjalani kehidupan seharian, kerana anak2 sebenarnya mempunyai preference tersendiri dalam melakukan tanggungjawab mereka. terangkan pada mereka apa yang perlu mereka buat dan ajar mereka untuk menggunakan masa yang betul dan juga penuhi janji kita pada mereka...ingat..melupakan janji adalah perbuatan org munafik..jangan pandang remeh benda ini walau pada anak2 kecil.
Mama suka nak share apa yang Prof Dr. Muhaya kata..Setiap kali kita nak marah, cubit, pukul, bebel kat anak..kita tgk dulu diri kita sendiri..kita fikir mereka adalah ahli syurga....kalau kita pukul diaorg, diaorg mati..apa kita nak jawab? sedang mereka adalah anak2 yang akan menolong kita ke syurga...dan setiap kali kita lihat mereka...kita ingat ini mungkin kali terakhir kita atau dia melihat kita,,,,
So, ketepikan sikap "Ada Aku Kisah" pada anak2 kita, suami kita, isteri kita..hargai perasaan dan peranan mereka dan Insya Allah kasih sayang antara kita dapat dikukuhkan dan kita pun akan kurang rasa stress.
bila bebel tak ingat...
iGLooMama...
Shah Alam.
No comments:
Post a Comment