Thursday, July 11, 2013

Siapa tak SAHUR???

Assalamualaikum WBT

Salam buat semua..

Alhamdulillah..2 Ramadhan sudah..seronok kan berpuasa??
Teringat di zaman sekolah dulu, Mak akan kejutkan Mama pukul 3am..makan2 (mesti makan nasi!! + teh o suam!!) dan Mak juga akan paksa tidur balik pukul 4am sbb tak nak anak2 dia ngantuk kat sekolah. Macam2 cara yang mak2 kita buat untuk pastikan anak2 mereka berpuasa dengan jayanya kan..hihihi

So, siapa di antara pembaca yang tidak pernah bersahur? Atau mungkin frasa yang tepat adalah MALAS..jom kita cuba selusuri apa manfaat bersahur..



Puasa adalah ibadah yang melambangkan keikhlasan. Jika seseorang itu benar-benar berpuasa, tanda adanya keikhlasan yang besar dalam penghayatan Islamnya. - Dr Maza

Walaupun Sahur tidak diwajibkan, ianya adalah SUNNAH! Ini bermakna bersahur adalah amat digalakkan. Antara sebabnya ialah :-

1. Ianya menjadi perbezaan antara orang-orang Islam dan Yahudi.
"Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. 
(Riwayat Muslim).

2. Allah meletakkan keberkatan dalam bersahur.
"Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3. Bersahur di samping membantu kita untuk lebih cergas semasa berpuasa, ia juga mendidik seseorang untuk bangun pada sepertiga yang akhir malam. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyai kelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar. Dalam hadis, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).




Aduhh..baru tau ye betapa ruginya kita jika tak bersahur? 

"Tapi saya mmg tak boleh makan tgh2 malam tu..nnt lagi sakit perut saya"
Bukan suruh makan sampai penuh sehidangan di meja. Cukup sekadarnya.

Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” 
Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid).

Atau sekadar bersahur dengan tamar!! Dan ianya sangat digalakkan. 
"Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. 
(Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).



Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan.

Sahur itu Sunnah untuk dilewatkan. So, tak de lah masalah bgn tgh malam untuk makan. Selesai bersahur, terus solat Subuh dan boleh sambung dengan apa2 aktiviti ibadah yang lain.

Ayat Al-Quran dan Hadith berkenaan melewatkan sahur antaranya :-

1. “Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadith ini menunjukkan pada zaman Nabi s.a.w ada dua kali azan bagi waktu subuh. Ini seperti yang diamalkan di kebanyakan dunia Islam terutamanya Mekah dan Madinah. Azan pertama sebelum masuk waktu, ia dilaungkan oleh Bilah bin Rabah. Azan kedua, oleh sahabat Nabi s.a.w yang merupakan seorang buta, beliau Abdullah ibn Ummi Maktum. Maka Nabi s.a.w mengizinkan seseorang yang hendak berpuasa itu makan sehingga azan kedua, iaitu masuk waktu subuh yang sebenar, maka barulah berhenti.

2.“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).

Maka berdasar al-Quran dan hadith2 di atas, juga pelbagai riwayat yang lain, maka waktu ‘imsak’ yang sebenarnya bermula apabila masuknya waktu subuh, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Maka, apabila seseorang bangun bersahur dan didapati waktu subuh belum masuk sekalipun hanya tinggal beberapa minit, dia tetap boleh memakan sahurnya sehinggalah masuknya waktu subuh.

Apa lagi alasan yang nak diberi?
Tepuk dada tanya diri....


Mungkin anda boleh juga cuba yang ini..



Mudah, Ringkas, Berkesan...cuma tambah buah tamar aje...dapat pahala, Insya Allah!!!






Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam & Subang Jaya
PosLaju seluruh negara

No comments:

Post a Comment