Wednesday, October 23, 2013

Gusi bermasalah????

Assalamualaikum WBT

Lewat malam tadi...bff Mama whatsapp..tanya pasal gusi...katanya gusinya nampak akar2 gigi sudah..

Mama pun rasa mcm terpanggil nak selak mr gugel pasal ni...



Sekali Mama jumpa pasal gangivitis..
Mama rasa nak share laa...

Credit to BabyCenter.

Kebanyakan daripada kita pasti akan mengalami gusi berdarah dan gigi sensitif (gingivitis) pada satu ketika dalam hidup, tetapi perkara ini lebih kerap berlaku jika anda hamil. Hormon-hormon kehamilan boleh membuatkan gusi anda bengkak. Ini bermakna ia lebih mudah dan lebih kerap berdarah, terutamanya apabila anda memberus gigi atau memflos.

Kalau mengikut kata hati, anda mungkin akan cuba mengelak dari melakukan apa-apa yang akan membuatkan gusi anda berdarah, tetapi penting bagi anda memberus gigi dengan kerap. Gunakanlah berus yang lembut jika gusi anda bengkak. Ketika memflos pula, buatlah dengan perlahan-lahan.

Plak (lapisan air liur, bakteria dan sisa makanan yang menyaluti gigi di antara waktu memberus gigi) boleh membuat gusi anda lebih mudah berdarah. Anda boleh mengurangkan jumlah plak yang terbentuk pada gigi anda dengan mengikuti tip-tip berikut:

Berus gigi anda selama dua minit, sekali pada waktu pagi dan sekali lagi sebelum tidur pada waktu malam, dengan menggunakan ubat gigi berfluorida.

Gunakan berus gigi elektrik. Berus elektrik lebih berkesan menghilangkan plak dan mengurangkan bengkak gusi berbanding berus gigi biasa.

Bersihkan celah-celah gigi anda sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mengeluarkan plak dan sisa makanan. Anda boleh gunakan flos atau berus mini (interdental brushes).

Jumpa doktor gigi dengan kerap.

Jika anda merokok, hentikanlah. Merokok boleh membuatkan penyakit gusi semakin teruk. 

Tanyalah doktor atau doktor gigi mengenai pengkumur mulut yang selamat digunakan jika anda hamil. Pengkumur yang mengandungi antiseptic chlorhexidine boleh digunakan, tetapi boleh meninggalkan kesan kotor pada gigi dan lidah. Anda mungkin perlukan bantuan doktor gigi untuk menghilangkan kesan ini.



Gingivitis yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit yang dipanggil periodontitis. Periodontitis melemahkan tisu-tisu dan tulang yang mencengkam gigi pada rahang anda. Tidak kira samada anda hamil ataupun tidak, jika tidak dirawat, periodontitis boleh menyebabkan gigi tercabut, atau mungkin lebih teruk lagi.

Anda boleh menghentikan kerosakan dengan mengikuti tip-tip bagaimana membersihkan gigi dan gusi seperti yang disenaraikan di atas. Dengan mempraktikkan kaedah tersebut serta rawatan daripada doktor gigi, anda dapat menghentikan periodontitis daripada menjadi semakin buruk. Rawatan yang diberikan mungkin termasuk mencuci gigi (scaling) di mana tartar akan dibuang dan dasar gigi akan dibersihkan.

Jika anda tidak menghentikan kerosakan yang disebabkan oleh periodontitis, gigi dan gusi anda akan rosak teruk. Jika keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan perkara-perkara berikut:
:: Gusi anda terkena jangkitan dan bernanah. Ini dipanggil abses gigi.
:: Ruang kosong terbentuk pada bahagian di mana gusi dan dasar gigi bertemu.
:: Ruang kosong di sekeliling gigi menjadi semakin besar. Gusi mula meregang daripada dasar gigi.
:: Gigi anda menjadi longgar.
:: Gigi mula tercabut.

Ini mungkin kedengaran sungguh menakutkan, dan penyakit ini perlu sampai ke peringkat yang teruk sebelum gigi anda mula rosak seperti ini.

Ishhhhh..mcm scary..
So, jaga gusi anda...

Nak jaga struktur gigi dan gusi yang baik???

Jom amalkan Vit C..bagus utk gigi dan gusi tau...

Ostematrix juga bagus...

Nak tambah lagi??? Boleh juga ambil CoQ Health Plus....

Best betul laa Shaklee..mcm2 ada....

Jom..sapa2 yang nak order...boleh PM Mama laju2 ye...
Nak cepat..SMS/Whatsapp ye...cepat2...

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara




No comments:

Post a Comment