Wednesday, January 29, 2014

Audit Diri : Marah..

Kita selalu mengangkat telunjuk
Menunjuk salah
Meledak komentar
Membuah amarah

Mungkin kita x perasan
Jemari digenggam
Menjojolkan mata
Merah padam muka

Telunjuk diangkat
4 jemari lain menghala ke kita
Jemari digenggam
Persis kurang kesabaran di dada

Apa sebabnya?
Kerana kita lebih nampak kesalahan orang lain dan menganggap diri kita sempurna.
Sedangkan mengutuk, mengeji dan menuduh tanpa usul juga adalah satu kesalahan yg bukan kecil.

Dunia bukan medan untuk mengangkat telunjuk
Tetapi mengeratkan jemari untuk membina jambatan ke syurga.
Dunia juga bukan tempat untuk kutuk keji
Tetapi untuk menyinsing lengan menentang perkara yang terkutuk dan terkeji.

Untuk apa kita mengungkit?
Sedang Allah tak pernah lokek memberi.
Sedang Allah tak pernah henti memberi

Apakah bahagia dirasa pabila kita berjaya mencungkil kesilapan orang lain sedang kita tak cuba untuk memperbaiki diri kita?

Apakah manfaat yang kita dapat apabila kesalahan dahulu terusan dirobek seperti manusia tak berakal?

Bukankah kita perlu ke depan,
Meneledani kekurangan,
Menjana kekuatan
Mencipta kejayaan.

Kesalahan bukan untuk diungkit
Kegagalan tidak untuk diperkatakan
Tetapi
Kesalahan petunjuk kepada kebenaran
Kegagalan memeta jalan kejayaan.

Usah lah berterusan bertegang urat menyalahkan
Tak payah menyambung perkara2 yang tidak menyihatkan
Tutuplah aib orang jika mahu Allah lindungi aib kita
Jagalah akhlaq kita jika mahu anak2 kita membantu kita di alam barzakh nnt.

Berdebat dengan ilmu.
Bukan dengan emosi.

No comments:

Post a Comment