Wednesday, February 19, 2014

Wordless Wednesday : Mama.....Mama....

Assalamualaikum WBT

Wednesday sudah...cepatnya masa berlalu.
Hashimiz semua sudah dihantar ke madrasah tarbiyyah, Alhamdulillah.
Masing2 membawa bekalan kasih sayang Mama..hari ini simple aje..hashbrown fingers dan sosej. 2 bekal seorang untuk Balqees Hashim dan Haarith Hashim. 1 bekal seorang buat Aiman Hashim dan Anees Hashim.

Mama?
Follow Baba ke opis. Dah jadik routine selama Che Puteh holiday sakan di CoSE. Moga Che Puteh sihat dan cergas lepas holiday nnt, insya Allah.
Che Puteh akan kembali bekerja hari Jumaat nnt Insya Allah.
Berita gembira buat Mama..hiihhi..tak payah laa follow Baba hari2..ihhihi

Now duduk diam2 dalam opis Baba dan baca buku..layan tenet..tulis blog..layan customer..tu aje laa..
Kerja rumah???
Alhamdulillah..semua dah setel sebelum keluar pg tadi..kecuali masak.
Balik nanti baru Mama masak.

Tiba2..
Ingatan dibawa dekat dengan Haarith Hashim.
Anak ketiga. Manja tapi garang. Sensitif dan emosional dan juga penyayang.
Tabiatnya yang suka memeluk mencium Mama tak kira masa. Pantang ada selang waktu yang tak ada buat apa2 atau sedang menonton..dia memang akan duduk di atas Mama atau memeluk Mama dari belakang atau sisi. Dia suka meletakkan tangannya di sekeliling pinggang dan memeluk dengan erat. Mama rasa sangat2 disayangi..bagaimana Mama mampu memarahi jika dia tak pernah kurang memeluk dan mengasihi Mama??
*air mata bertakung - sobsss*
Haarith Hashim juga sensitif. Tak boleh bergurau dengannya. Dia anggap semua gurauan sebagai serius. Garang dan marah apabila disakiti. Kalau dia tak sakit, dia tak marah tetapi membiarkan aje adik2 mengusiknya. Tapi kalau dia rasa sakit, abis laaaa...mmg gunung api meletus laa..hihiihi

Itulah anak2..
Dilahirkan oleh wanita yang sama.
Tetapi berbeda sikapnya...

Dakaplah anak dengan cinta
Ucaplah kata-kata dengan kasih
Tuturlah ayat dengan santun
Nasihatilah mereka untuk membangun
Bimbinglah dengan sabar
Didiklah dengan sayang
AmanahMu, ibadahku..

p/s : aku bukan sesiapa..tapi aku ibu pada anak2ku..

Sihat bertenaga dengan kasih sayang Allah

Order Shaklee dengan Mama??
COD sekitar SHAH ALAM
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201

No comments:

Post a Comment