Assalamualaikum WBT
Mama ingin berkongsi ayat sahabat Diyana Baiduri Nik Naziman.
"Hargainya pasangan anda ketika mereka masih ada"
Penghargaan bukan apabila pasangan dilimpahkan ataupun dimewahkan dengan wang ringgit atau harta benda.
Apalah ertinya jika pemberian hanya sebagai memenuhi tanggungjawab tapi tanpa hati.
Apakah memberi dengan hati berlainan?
Iya.
Apa buktinya?
Senang. Kenapa pasangan kebanyakan bercinta sebelum berkahwin?
Kerana ingin mengenali hati masing-masing (kononnya).
Selalu waktu bercinta, pasangan selalu bagi hadiah. Adakah anda ingat tentangnya?
Betul-betul ingat. Sebab setiap hadiah punya sebab dan punya memori.
Agak2nya sebab apa?
Sebab ianya sampai ke hati. Setiap perbuatan kekasih sentiasa menyentuh hati.
Kenapa tak sambung benda tu selepas kahwin?
Sebab dah tak tau nak letak mana dah dalam hati lagipun dia dah lain sangat dr yang kenal dulu.
Hahahahaha...
Kan...

Pasangan (kebanyakannya wanita) selalu mengimpikan suami mereka seperti yang mereka kenal semasa zaman berkasihan dahulu. Penyayang, romantik, particular, adalah sifat sejati sang kekasih.
Manakala suami pula selalu menganggap wanita yang dikahwininya sentiasa bercakap lembut, wangi, cantik bergaya dan muda di depan matanya. Kerana mereka berkekasih dengan wanita yang dahulunya masih muda, cantik bergaya dan mereka menghabiskan banyak tahun yang sia-sia dengan hanya melihat.
Semua yang cantik dan baik2 selalunya mudah menyentuh hati.
Cuba sang kekasih sebelum berjumpa pasangannya ambil dua tiga minit untuk membayangkan yang kekasih wanitanya nanti bakal comot dengan baju yang tak matching, dengan rambut yang serabut mengejar anak2 yang tidak memakai seluar. Ataupun membayangkan boyfriendnya balik kerja dengan muka yang berjambang dan bermisai tidak terurus dan menggosok-gosok perutnya yang semakin hari semakin buncit memarahi kita kerana kita belum masak lagi.
Mama yakin ramai yang tak sanggup nak bergewe lama2 kan...
Kahwinlah
Bernikahlah
Semasa kalian masih muda.
Tatkala kalian sudah mengenali seseorang, mintalah pada Allah agar mempercepatkan urusan jodoh kalian jika itu yang terbaik, bukan dengan keluar berdua-duaan untuk sibuk mengenali hati masing2..
Kurangkanlah rasa cinta zaman berkasihan sebaliknya bercintalah setelah disatukan.
Kerana itu lebih baik, lebih indah dan lebih cepat menyentuh hati.
Kita sebenarnya tak tahu bila pasangan kita akan dipanggil Ilahi.
Oleh itu,
Hargailah mereka dengan hatimu
Agar apa yang diberi melekat dalam hatinya
Bukan sekadar sesuatu yang akhirnya habis di mulut atau perut
Atau pun yang penuh bergayut di leher, tangan dan kaki
Tetapi yang tamatnya dengan redha Allah.
Yang perginya diingati
Bukan dinanti
Yang perginya diingati
Bukan dinanti
Kerana sesuatu yang dari hati selalunya bisa menyentuh hati.....
Salam penuh kasih sayang buat sahabat kami Diyana Baiduri dan anak2nya, moga kalian terus tabah dan sabar.
Semoga Allahyarham Zul tenang di sana, menanti kalian di pintu Syurga, Insya Allah.
No comments:
Post a Comment