Monday, September 15, 2014

Day One : Short Trip to Cameron Highland

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah...

Cuti sekolah kali ini Mama dah ada plan ahead. so, at least kita dah ada guideline..just in case apa yg plan tak menjadi..so..kita main tukar2 hari aje laa...hihihi

Okeh..berbalik pada kisah short trip kami..
The best and amazing short trip yang Mama rasa sangat2 bermanfaat buat Mama, Baba dan Hashimiz. Alhamdulillah.

5.15am - Bertolak dari rumah
5.30am - Solat Subuh di Masjid Shah Alam.
6.30am - Memulakan perjalanan. (ingatkan anak2 untuk membaca doa musafir)
8.00am - Tiba di Tapah
*Kami spend masa di sini agak lama, bersarapan bersama dengan rakan sekolah Baba. Terima kasih kerana sudi bersarapan bersama kami : Arjunee, Wife dia Yani dan juga sons, Amal dan Aiman.
(Silaturrahim juga penting :D)

9.30am - Mula mendaki Cameron Highland (melalui Tapah)



10.30am - Tiba di Tanah Rata. Kami terus ke Taman Agrotek Mardi. Info : Tiket Dewasa RM3, Kanak2 7 -12thn RM1.50. So total tiket kami, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak RM9.
Kalau korang nak beli pokok2 bunga, hiasan ataupun anak2 pokok, baguslah belinya di sini. Harga lebih murah. Mama beli sepokok daisy, sepokok pine hiasan, sepokok bonsai dan beberapa pasu kaktus buat Hashimiz dan kawan2nya.



1.30pm - Tiba di Tapak Pasar Malam. Kebanyakan gerai2 pasar malam sudah dibuka awal. Kami pun membeli lah. Sayur2, Teh dan juga sedikit cenderamata.
2.15pm - Tiba di Kedai Teh Bharat, Cameron Valley. Kami berhenti untuk minum teh dan amik lunch ringan2.
3,00pm - Mulakan perjalanan pulang (juga ikut Tapah)
4.30pm - Singgah di Masjid di Area Tapah untuk solat Jamak Ta'khir.
6.00pm - Sampai di Shah Alam

Selesai misi kami.
Tujuan utama ke Cameron :-
--> Permintaan Haarith Hashim nak makan strawberi coklat. *Sedap strawberi coklat di Mardi. secucuk RM2.50.



--> Mama nak beli teh
--> Nak pergi Mardi.
--> Nak jalan-jalan lihat alam sekitar.





Alhamdulillah..
Semua yang di plan menjadi.
Letih?
Tolak ketepi.
Nikmat Allah beri terlalu banyak nak dibandingkan dengan letih yang sedikit.
Alhamdulillah.
Seronok!




Nak buat short trip mcm ni lagi..Insya Allah.

Luv,
Igloomama
Shah Alam


No comments:

Post a Comment