Sunday, May 5, 2013

Kenapa perlu pilih/ambil makanan tambahan?

Assalamualaikum WBT

Salam sayang buat semua.
Selamat mengundi buat warga negara Malaysia. Semoga pilihan anda adalah pilihan yang terbaik dan pilihan yang mampu memakmurkan negara. Semoga pemimpin yang bakal menerajui bahtera Malaysia adalah pemimpin yang soleh! Ameen.

Ramai yang telah pulang ke kampung atau mana-mana tempat mengundi. Jalan raya utama di seluruh Malaysia khususnya Semenanjung dikatakan sesak. Terasa seperti hari raya pula ye..
Kepada mereka yg telah selamat sampai ke tempat mengundi masing2, jadilah pengundi yang bersopan ye serta semoga pulang kembali ke tempat mencari rezeki dengan selamat,Insya Allah,

Mama saja nak berceloteh mengenai pengambilan makanan tambahan atau dengan kata lainnya supplement atau pun vitamin. Yelah, sambil2 kita dok belek kisah pilihanraya, kita perlu juga belek-belek tentang pilihan supplement yang terbaik buat kita dan keluarga, mungkin juga kawan2 kita, jiran2 kita...

Kita pernah tak terfikir yang pengambilan diet seharian kita lengkap dengan 12jenis vitamin dan 7jenis galian? Mampukah kita untuk memakan berbiji-biji buah oren untuk mendapatkan kebaikan vitamin C? Mampukah kita untu meminum bergelas-gelas susu (terutamanya bg wanita hamil/menyusukan) untuk mendapatkan kalsium yang sememangnya sangat penting untuk kita?



Mama rasa 99% jawapan akan mengatakan "TAK SANGGUP"
Kenapa?
Kita sendiri tak berapa arif tentang diet pemakanan yang perlu diambil. Ramai juga yang mengatakan masa zaman tok nenek kita dulu tak ada pun vitamin2 ni tetapi kita lupa yg mereka mengambil makanan yang segar /tidak tercemar, mereka bekerja kuat -berkebun, berladang, ke laut mencari rezeki dan juga mereka mengamalkan memakan herba2.ulam2an, akar kayu atau juga jamu2yang dibuat sendiri bg memastikan kesihatan mereka dijaga sebaiknya.
Kita juga bukan sahaja tidak mampu nak membeli berkilo-kilo buah oren dan memaksa diri sendiri memakan buah2 tersebut. Jika kita sendiri tak mampu, apatah lag anak2 kita, orang lain kan? Tentu ramai yg akan kata, ish, tak logiknya nak makan buah bnyk2.
Selain itu, ramai yang takut gemuk dengan pengambilan produk tenusu yang banyak. Jadi, adalah mustahil untuk kita meminum susu 4-5gelas sehari, mungkin sehari boleh,bagaimana jika seumur hidup? Mama pula mmg tak boleh minum susu melainkan susu berperisa, dan itu juga boleh mendatangkan bahaya kerana kandungan gula yang tinggi sementelah dengan Mama mempunyi keturunan diabetics. Walau tak mustahil,tetapi tetap tak mampu.



Kita membeli sayur-sayuran di pasar, kebanyakannya ditanam menggunakan baja2 chemical, yang organik ada, cuma harganya agak mahal. Ayam pula disuntik untuk cepat membesar walaupun ada pilihan ayam organik atau ayam kampung, tetapi kadang2 bekalannya sangat terhad dan juga mahal harganya. Bagi keluarga yang berkerjaya mungkin kebanyakan diet harian dibeli di luar dan selalunya makanan segera menjadi pilihan kerana mudah, senang dan ringkas. Air yang diambil kebanyakannya mempunyi kandungan gula yang tinggi, air masak seakan tidak menarik untuk diminum, mungkin kerana keletihan dan kita lebih cenderung untuk mengambil minumam berperisa.

Pilihan di tangan kita. Kita berhak untuk menentukan apa yang penting untuk diri kita sendiri. Mama selalu beritahu kepada pelanggan2 Mama, kita ambil vitamin, adalah untuk diri kita sendiri kerana kira perlu berkhidmat kepada banyak orang sekeliling kita dan juga kita perlu sihat untuk terus melaksanakan ibadah kita secara optimum kepada Allah SWT.

Sedikit pesanan buat mereka2 yang berkira2 untuk mengambil makanan tambahan/vitamin.
1) Selamat : dibuat secara semula jadi dan bebas daripada bahan2 yang berbahaya.
2) Berkesan - syarikat pengeluar vitamin mempunyi rekod yang baik, mengeluarkan pelbagai kajian saintifik berkenaan produk2 yang dikeluarkan, pengiktirafan dunia terhadapa anugerah2 yang diterima, testimoni yang genuine dan apa sahaja yang usaha syarikat berkenaan dalam meneruskan nilai tambah dan passion mereka terhadap produk mereka.
3) Mesra Alam - bersungguh2 dalam mencipta produk yang mesra alam/semulajadi dan berusaha untuk mengekalkan kehijauan bumi dengan tidak mengamalkan penggunaan chemical/baja yang boleh merosakkan struktur tanah/bumi.

Lihat keistimewaan Shaklee -> Shaklee


Bijaklah memilih!

Untuk kesihatan optimum, Mama ingin memberi cadangan pengambilan vitamin2 berikut :-



JOM SHAKLEE!!

Mama adalah pengedar SHAKLEE yang sah dengan ID No : 852410



Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-


1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201

2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
PosLaju percuma dengan pembelian RM350 ke atas

COD di Shah Alam & Subang Jaya
PosLaju seluruh negara.

No comments:

Post a Comment