Saturday, May 4, 2013

Kisah Mak dan Ma

Assalamualaikum WBT

Salam buat semua..rindu menulis setelah dua hari tak sempat Mama nak update blog. Banyak skit kerja, hanya sempat untuk Mama celah-celah masa di dalam FB Page - Igloomama sahaja.

Saja Mama nak cerita sedikit mengenai dua orang tersayang Mama ni..
Mak (Mak Mama sendiri) dan juga Ma (Mak mentua Mama).

Syukur Mama diberi Allah peluang untuk menjaga mereka. Ma memang tinggal dengan kami, Mak pula akan tinggal dengan Mama bila Cik Lie (adik no 2 Mama) kena outstation. Selalu pun kalau Mak dok sini..paling kurang seminggu..paling lama 2bulan..

Bila ada orang tua tinggal dengan kita, benda yang paling penting yang perlu kita buat ialah menjaga hati mereka. Ibu-ibu, apabila usia mereka semakin meningkat, emosi mereka lebih sensitif dan yang paling ketara ialah, diaorg amat menyayangi cucu-cucu mereka.

Hari ini Mama berpeluang membawa Mak dan Ma mengambil angin di Tasik Kota Kemuning. Tempat kebiasaan Mama, Baba dan Hashimiz beriadah pada hujung minggu/cuti sekolah.



Nampak kan gambar di atas? Perjuangan mereka sebagai ibu masih belum selesai lagi. Kedua-dua mereka sudah kematian suami yang selama ini menjadi teman mereka. Yang ada kini Mama dan anak2 yang lain untuk membahagiakan mereka.

Di kala melihat mereka beriadah sambil memegang tongkat, hati Mama dihambat rasa sayu apabila mereka masih mampu menggagahkan diri setia bersama anak-anak di kala anak-anak dalam kesusahan. Mereka tetap menabur jasanya walau kami sudah beranak pinak...AllahuAkbar..besarnya pengorbanan ibu..


Dengan keadaan mereka yang bertongkat ini, Mama terus bulatkan tekad untuk terus gigih dalam mencari rezeki menerusi apa yang Mama buat sekarang. Semoga dengan doa yang tak henti dari mereka, suatu hari nanti Mama mampu untuk membelikan mereka sebotol seorang Vivix daripada Shaklee sekaligus mengharapkan mereka tidak perlu lagi mengambil ubatan yang terlampau banyak setiap hari. Ya Allah, makbulkanlah doa Mama ini, Ameen.


We love you Mak & Ma!!

JOM SHAKLEE!!
Mama adalah pengedar SHAKLEE yang sah dengan ID No : 852410
Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-

1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
PosLaju percuma dengan pembelian RM350 ke atas

COD di Shah Alam & Subang Jaya
PosLaju seluruh negara.


Luv,
iGLooMaMa
Shah Alam

No comments:

Post a Comment