Assalamualaikum WBT
Salam kasih sayang buat semua...
16 Ramadhan!! AllahuRabbi..sekejapnya..rasanya baru beberapa malam Mama bangun awal menyediakan santapan sahur..betapa waktu menghambat kita..*sigh*
Hari ini rasa mcm nak berceloteh pasal perihal kesihatan dan kebersihan..tapi melihat dari perspektif Islam. Bagaimana Islam itu indah!! SubhanAllah!!
Tidak ramai yang memberi fokus kepada amalan kesihatan dan penjagaan tubuh badan sedang agama memberi perhatian yang serius. Kecenderungan ini dapat disaksikan sepanjang bulan Ramadan sedangkan Islam amat menitikberatkan kesihatan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal penganutnya.
Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud :
“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Menunaikan hak terhadap tubuh badan bererti menikmati tahap upaya badan yang benar-benar baik dan selamat disegi fizikal, mental, emosi, dan rohani secara optimum sehingga berupaya mencapai potensi dan matlamat kehidupan yang dipandukan agama. Mukmin yang kuat mempamerkan kekuatan agama berbanding dengan mukim yang lemah.
Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud :
“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.” (Hadis Riwayat Muslim)
Kita diingatkan betapa bernilainya harga kesihatan. Tiada gunanya harta dan kekayaan yang melimpah ruah sedangkan ianya tidak dapat dinikmati kerana keadaan diri yang tidak sihat akibat pelbagai penyakit berhimpun. Istilah “sihat” merupakan anugerah dari Allah yang sewajarnya disyukuri. Anugerah ini mesti dipertahankan hingga keakhir hayat tetapi jangan sampai melekakan.
Rasulullah SAW bersabda
“ Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang ” (Hadis riwayat Bukhari)
Islam meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang teratas selepas seluruh taruhan keyakinan hanya kepada Allah (keimanan). Kalau kita mempunyai masalah kesihatan bermakna segala urusan ibadat juga turut terganggu.
Pernyataan tersebut berdasarkan Sabda Nabi SAW yang bermaksud
“Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “ (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Kaedah terbaik dalam penjagaan kesihatan ialah dengan menyediakan perisai pencegahan seawalnya. Namun apabila diserang penyakit, kita terpaksa juga berikhtiar untuk menyembuhkannya walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang. Ini bermakna mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubatinya. Kita diminta berubat apabila ditimpa penyakit tanpa mengambil sikap membiarkannya.
Jangan sesekali berubat dengan benda yang diharamkan agama. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud ”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” ( Hadis Riwayat Abu Daud).
Dalam kehidupan seharian, kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan dan juadah bagi memenuhi keperluan jasmani. Tujuannya untuk membekalkan tenaga yang secukupnya dalam melakukan aktiviti harian. Keadaan ini begitu ketara di bulan Ramadan. Makan hidangan secara berlebihan boleh memudaratkan badan. Al-Quran menjelaskan mengenai pentingnya bersederhana dalam soal makan dan minum sebagai panduan untuk kebaikan.
Allah berfirman bermaksud:
“Makanlah dan minumlah serta jangan berlebih-lebihan.” (Surah al-Araf, ayat 31)
Firman Allah SWT
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.” ( Surah Al-Baqarah, Ayat 222)
Kebersihan memainkan peranan yang begitu penting dalam mengelakkan seseorang ditimpa penyakit. Persekitaran yang kotor akan mengundang pelbagai jenis kuman pembawa penyakit ke kawasan tersebut. Sebab itu aspek kebersihan merupakan cabang keimanan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
“Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. ( Hadis Riwayat Muslim)
Pentingnya menjaga kesihatan dan kebersihan kan...
Jangan lengahkannya!!
Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-

1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya?
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara.
No comments:
Post a Comment