Monday, July 8, 2013

Sakitnya Belakang Saya!!

Assalamualaikum WBT

Salam buat semua...
Hari ini kerja agak banyak tertumpu pada anak2. Ruang yang agak limited untuk membuat sharing. Tapi jangan jadikan kesibukan sebagai alasan untuk tidak membuat sharing ye..hihihi

So, Mama dah ada story pasal sakit belakang di dalam Page Igloomama..tp ni nak story lagi dlm blog..ihihhi





Tentu ramai yang mengalami masalah ini. 
Jom tambah ‎#ilmu!

Antara faktor yang menyumbang kepada ‎#sakit ‎#belakang ialah :





*kedudukan postur badan
*pemakanan yang tidak sihat
*melakukan aktiviti di luar kebiasaan
*duduk terlalu lama
*‎#obesiti
*‎#merokok


Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan. Ia terdiri daripada 33 tulang vertebra yang dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu vertebra servikal (tujuh tulang pertama bermula di bahagian bawah tengkorak), 12 tulang vertebra torasik, lima tulang vertebra lumbar (pada bahagian bawah belakang badan) serta lima tulang sakrum dan empat tulang koksiks yang bercantum. 



Di antara setiap tulang ini ada satu ‎#cakera (diska) yang bertindak sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan tulang belakang untuk ‘dilentur’ ke kiri, kanan, depan dan belakang. Cakera ini juga berfungsi mengagihkan berat badan secara seimbang.

Antara punca sakit belakang yang biasa ialah masalah diska tergelincir pada tulang belakang akibat posisi badan tidak betul (apabila cakera terkeluar sedikit, ia akan menekan saraf yang menyebabkan rasa sakit); otot terlalu lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang atau mengangkat benda berat dengan cara salah.

Sakit belakang dibahagikan kepada dua jenis iaitu sakit yang akut (selama beberapa hari hingga minggu) dan kronik jika kesakitan berlarutan melebihi tiga bulan. Kebanyakan sakit pinggang akut disebabkan masalah mekanikal semula jadi - terjadi akibat trauma pada bahagian pinggang atau penyakit seperti artritis. 

Trauma ini boleh disebabkan oleh kecederaan sukan, bekerja dalam rumah, berkebun atau sentakan mengejut seperti kemalangan. 

Gejala dialami setiap pesakit berbeza; ada yang sekadar sakit otot atau sakit seperti ditikam yang menjalar dari satu bahagian ke bahagian lain; menyebabkan pergerakan terhad atau tidak boleh berdiri tegak. 

kekuatan tulang dan keanjalan otot merosot dengan peningkatan umur. Bahkan cakera yang terletak di antara setiap tulang pada tulang belakang juga mula kehilangan cecair dan keanjalannya; menyebabkan ia hilang kebolehan untuk menyerap hentakan. 

Kesakitan boleh berlaku dalam banyak keadaan contohnya mengangkat benda yang terlalu berat atau regangan berlebihan terjadi menyebabkan salah satu otot atau ligamen tergeliat atau kejang. 
Jika tulang belakang mengalami regangan atau mampatan keterlaluan, satu cakera boleh pecah atau tertolak keluar. Cakera ini akan memberi tekanan kepada lebih 50 saraf yang bercabang daripada saraf tunjang. Apabila akar saraf ini terhimpit atau mengalami keradangan, kita akan mengalami rasa sakit. Lokasi kesakitan itu bergantung kepada saraf mana yang terhimpit atau radang. 
Selain itu, bagi masalah sakit pinggang, ia juga boleh disebabkan masalah cakera, artritis, osteoporosis atau lain-lain penyakit tulang.

Masalah ini lebih kerap berlaku pada lingkungan umur 30 hingga 50 tahun; disebabkan proses penuaan dan gaya hidup yang tidak aktif, namun ianya mampu untuk menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur. 




Apa kelebihan Ostematix Shaklee?? 
Boleh click link di bawah :-
http://igloomama.blogspot.com/2013/03/owhhhhbaru-tahu.html

Kenapa perlu Omega Guard?
Boleh click link di bawah :-
http://igloomama.blogspot.com/2013/04/shaklee-omega-guard.html

Apa pula fungsi Advanced Joint Health Tablet?
Boleh click link di bawah :-
http://www.shaklee.com.my/eng/prodview_body.asp?prodcode=11004

Mahu membeli produk Shaklee dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
SMS/Whatsapp Mama at 0192491201

Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara.

No comments:

Post a Comment