Sunday, July 7, 2013

Yakinlah rezeki itu jaminan Allah!

Assalamualaikum WBT



Jika bukan rezeki, nasi yang sudah berada di dalam mulut pun boleh terkeluar mungkin kerana tercekik.
Jika bukan rezeki, wang yang diniatkan untuk zakat pun mungkin hilang tak tahu ke mana.
Jika bukan rezeki, beratus km memandu pun tak dapat makanan yang diidam isteri yang sdg mengandung.



Begitulah kudrat kita sebagai manusia.
Kita merancang, Allah juga merancang
Tetapi perancangan Allah yang terbaik!!
Masya Allah..

Allah menggerakkan hati kita
Allah memberi kekuatan kepada kita utk mengerjakan sesuatu,
Allah menurunkan idea kepada kita,
Allah juga yang memberikan rezeki kepada kita,
Tapi kita selalu menikmati rezeki tanpa kita ingat
Segala apa jua yang terjadi adalah rahmat dari Allah.
Siapalah kita...

Kerja yang dilakukan bertungkus lumus
Mungkin orang lain yang lebih layak untuk menikmatinya
Kerana dari apa yang kita dapat
Ada bahagian utk orang lain.
Dan mungkin bukan satu pertiga, bukan juga separuh
Tapi kesemuanya.

Bila kehilangan sesuatu
Mungkin tampak hilang secara fizikalnya
Tapi sebenarnya lebih banyak yang bertambah
Tambah sabar
Tambah tabah
Tambah hati-hati
Tambah dekat dengan Allah
Tambah zikir
Tambah pahala, Insya Allah.




Ingatan untuk diri sendiri....dan untuk kalian juga...



Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam & Subang Jaya
PosLaju seluruh negara.

No comments:

Post a Comment