Assalamualaikum WBT
Salam Sayyidul Ayyam!!
Jumaat merupakan hari yang diberkati, ia adalah sebaik-baik hari yang terbit matahari pada paginya. Pada hari inilah Nabi Allah Adam A.S diciptakan, dimasukkan ke dalam syurga dan dikeluarkan daripadanya. Jumaat juga akan berlakunya hari kiamat dan yang penting perlu diketahui oleh kita juga ialah terdapat satu saat yang mana Allah memperkenankan doa-doa hambaNya. Demikianlah antara kelebihan-kelebihan hari jumaat yang banyak disebutkan oleh para alim ulama dalam karya-karya mereka.
Banyak benda yang masih kita tak tahu pasal keistimewaan Jumaat ni kan...
Mama pun tahu serba sikit ni hasil carian sebab sama-sama tolong Balqees Hashim buat scrap book about Jumu'ah Mubaraqah.
Betul lah ajaibnya ilmu ni...makin bnyk kita baca..makin banyak kita tak tahu dan makin banyak kita cuba nak paham..makin menarik jadinya..
Tapi...kena stop jap..penat juga jadi tukang gam ni..
Oh ye...bila nak siap laa scrap book Kakak ni tak tau laaa... :D
*insert...ketuk kepala*
Siang Mama tolong Hashimiz siapkan homework yang sangat laa banyakkkkkkk..mcm cuti sebulan pulak..hihihihi...
Okeh..hari ni ada something best..
KAMI NAK BALIK KAMPUNG!!!
Destinasi : Segamat, Johor.
Kami bertolak pukul 9.30 malam.
Alhamdulillah sampai Segamat pukul 12.30. Lewat skit sbb hujan, plus Baba ngantuk..
Okeh...
So..tips cuti hari ni.. balik kampung!! sesekali balik tgk atok and nenek di kampung!! best kannnnnn..
Luv,
Igloomama
Segamat
No comments:
Post a Comment