Wednesday, September 17, 2014

Sahabat, untuk selamanya...



Be with someone who reminds you of Allah.
The Prophet said, “A person is likely to follow the faith of his friend, so be careful whom you befriend." [Abu Daawood & Tirmithi]


"Ada perkara yang kita perlu sentiasa INGAT iaitu sentiasa ingat akan kebaikan orang pada kita dan keburukan kita pada orang. 
Dan ada perkara yang perlu kita lupakan. Iaitu LUPAkan keburukan orang kepada kita dan kebaikan kita kepada orang lain."
Petikan daripada filem Sang Murabbi.



Assalamualaikum WBT

Itulah kepentingan SAHABAT!

One for all, and all for one.


Dahulu Mama ingatkan kawan-kawan ni yang mana sukakan kita. Yang selalu gossip2 dengan kita, yang suka dengan apa kita buat, yang dok pakai sama brand handbag dengan kita..kononnya satu kepala sbb minat benda yang sama..


Tapi semuanya meleset. 
Pengalaman berkawan membuatkan kita kadang-kadang telebih emosi dan terbawa-bawa dengan cara kawan kita yang mungkin tak sesuai dengan kita. 

Percayalah,
Perubahan yang kita lakukan selepas mengenali seseorang adalah petunjuk terbaik sama ada dia sahabat atau pun sekadar koleksi kawan-kawan yang menyedapkan mata dan halwa telinga. 

Benar.
Kawan biarlah beribu. Juta pun tak apa.
Berkasih biar satu..iaitu pada Yang ESA. 
Bersahabat dengan yang sentiasa merapatkan kita dengan Kekasih kita Yang Satu itu.

I just love them for the sake of Allah.
Moga destinasi terakhir mereka adalah Jannah..
Aamiin.


Pilih kawan yang akan tegur kita. Bukan yg suka nak puji kita, bukan juga yang suka kan kita sebab sesuatu yang fizikal.

Petikan pesanan Mak.


Luv.
Igloomama
Shah Alam


No comments:

Post a Comment