Friday, April 25, 2014

PCOS : Polycystic Ovarian Syndrome

Assalamualaikum WBT


Mama tertarik dengan cerita pasal PCOS
Jom share apa yang Mama jumpa.
Thanks to blog owner!!




Satu sindrom endokrin yang kompleks yang menyebabkan anovulatory cycle (kitaran haid tidak tetap dan tanpa ovulasi) dan banyak cyst pada ovary ('polycystic ovaries').

Selain daripada itu, ia menyebabkan berlebihan hormon testosteron (yang menyebabkan jerawat dan berlebihan bulu pada badan), resistan kepada insulin (berkait dgn obesiti, kencing manis dan tinggi kolesterol dalam darah). Wallaubagaimanapun, simptom dan keterukan penyakit berbeza bagi setiap wanita.

Punca utama tidak dapat dipastikan, tetapi berdasarkan banyak kajian yang dilakukan ia banyak diklasifikasikan dalam penyakit genetik/keturunan.

Mengikut kajian yg dilakukan oleh WHO (2010), seramai 116 juta wanita seluruh dunia (3.4% populasi) yang menghidap PCOS. Ada juga yg menjalankan kajian (2011), mendapati terdapat 18% wanita menghidap PCOS dan 70% daripadanya tidak pernah didiagnos sebelum ini.

Bagaimana cara mendiagnos PCOS?

Pengambilan sejarah : berkenaan kitaran haid
Pemeriksaan fizikal : obesiti, lebihan rambut/bulu pada badan ('hirtusim')
Ultrasound abdomen : ovari dan uterus, juga utk melihat folikel dalam ovari
Ujian darah hormon :
                  - Serum Testosteron - tinggi
                  - Day-3 LH/FSH ratio - melebihi 1:1
                  - Day-21 Progesteron - rendah
**
Tidak semua pesakit PCOS mempunyai 'polycystic ovaries', dan
Ttidak semua pesakit yang mempunyai cyst di ovary didiagnos PCOS.


Apa lagi yang akan dilakukan?

Laparoscopy (pembedahan melalui 'teropong')
+
Dye Insufflation Test (menguji tiub tersumbat atau tidak)
+
Ovarian Drilling (untuk merangsang ovulasi)

Pembedahan ini dilakukan di dewan bedah dengan bius penuh ('general anesthesia')
Jangan risau, memang tak sakit...InsyaAllah.
Selepas pembedahan, akan rasa pening/mabuk/ngantuk kesan daripada ubat bius yang diberi
dan akan ada sedikit pendarahan.
Luka pembedahan kecil sahaja - 1 cm panjang di pusat dan bahagian ari2.


Selain itu, pesakit PCOS harus memantau tahap gula dan kolesterol dalam badan.

Cara rawatan PCOS

Tiada satu rawatan yang dapat menyembuhkan PCOS.
Apa yang boleh dilakukan adalah merawat dan mengawal simptom2 yg dialami.
Rawatan juga berbeza bagi setiap pesakit.

Anovulatory (infertile) dan overweight : kurangkan berat badan sekurang2nya 5% dan mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam makanan.
Anovulatory (dan tiada masalah berat badan) : rawatan kesuburan, samada ubatan (clomiphene/clomid) atau IUI/IVF
Kitaran haid tidak tetap : pil perancang
Resistan pada insulin : Metformin (juga dikatakan dapat merangsang ovulasi)
Jerawat/Hirsutism : pil perancang yang mengandungi Cyproterone Acetate (cth Diane)


Masalah/risiko yang dihadapi oleh pesakit PCOS

Kanser rahim
Kencing manis
Darah tinggi  - terutamanya bagi pesakit obese dan mengandung
Kolesterol tinggi
Kemurungan ('depression') dan keresahan ('anxiety')
Penyakit jantung
Angin ahmar
Keguguran ('miscarriage')
Sesak nafas ketika tidur ('sleep apnea') - terutama bg pesakit obese
Penyakit hati - terutama bg pesakit obese
'Acanthosis nigricans' (hiperpigmentasi - kulit menjadi hitam, di kawasan ketiak, celah peha dan belakang leher)
Penyakit tiroid ('autoimmune thyroditis')

CREDIT TO : http://ibuamiruluwais.blogspot.com/

---

Shaklee Anyone??
COD - Shah Alam
SMS/Whatsapp 24/7
0192491201

:: RM75 for life and enjoy products at member's price! ::


No comments:

Post a Comment